Saya siarkan iklan nuffnang!

Monday, February 10, 2014

Taman Burung Seberang Jaya

Alhamdulillah

Hampir 5 taun dok kat seberang jaya ni , dapat gak menjejakkan kaki kat taman burung..sadiskan. tu pun dah abis pujuk Mr opel. Kitaorg pegi sana pada 12/01/14, petang. Cuaca pon ala2 panas terik. Tapi ku gagahkan jua sbb boring sangat dok rumah lelama. jarak taman ni dari rumah dekat je, tak sampai 5 minit.

Tak sangka rupa2nya dalam taman ni kawasannya boleh tahan luas. Dari luas nampak kecik je. Banyak sungguh spesis burung dlm ni. Kitaorang jalan2 cuci mata je. Yang paling excited adalah Syahmi, laju sungguh melangkah sempat mengepau mama aiskrim cornetto. Syaurah macam takut2 je, maybe sebab pernah kena 'serang' dgn ayam opah. Siap boleh tanya bila nak balik lagik..ermmm..





Selain burung ada gak buaya besar, kancil kat dalam tu. Tapi tu la payah nak ambil gambar sebab dok kejar si debab tu. Mr opel dok sorong stroller Syafiah. Nasib baik si kecik ni mood ok. Sempat la nak round sampai abis.


Muka sedih hehehe

Laluan tasik menghala ke jln keluar. Tapi melalui kawasan terbuka, yg mana ada certain burung yg dibiar lepas macam tu saja. Saspens sungguh ..laju je jalan takut kena patuk.
Before balik sempat lagi kitaorg bergambar dgn burung kakak tua, kira pakej la dlm rm30 rasenya...lupa plak. Ingat nak beli souvenier tapi macam mahal je. Takpe la gambar pun dah cukup

Lain kali kita jalan tempat lain plak oke

posted from Bloggeroid

Prudential untuk Syafiah

Assalammualaikum

Alhamdulillah , dah dapat policy & kad insurans untuk Syafiah. Untuk perlindungan masa depan in shaa Allah.



Syaurah punya insurans pun kami decide utk upgrade kpd yang ada kad, masih dalam proses pemohonan. Senang sikit nanti bila ketiga2 polisi sama. Payment pun sama rm120 sebulan.Tak larat nak baca buku polisi satu satu, dh sama nanti sekali harung je

posted from Bloggeroid

Rumah Kami : Kunci & tinted

Assalammualaikum....(entry taun lepas yerrrr)

Rentetan dari check defect dlm bulan 10 tahun lepas, surat jemputan utk ambil kunci kitaorg terima lebih kurang 2 minggu lepas abis pantang. Ingatkan lepas dapat surat terus boleh ambil bila kita free, rupanya kena buat appoinment dulu. Ni kes excited terlebih. Nasib baik dah join fb tmn sg dua utama, ada yang share pengalaman diorang ambil kunci. Baru gelabah nak telefon pemaju. rupanya ramai yang dah booked tarikh, full sehingga next weeknya. Nasib baik dapat jugak slot minggu berikutnya, tu pun hari jumaat, petang. Takpe2 tak lari rumah dikejar...menten situ jerrrr

Hari ambil kunci 6 Disember 2013..


Check balik defect yg dah report sebelum ni. Dah dibaiki tapi ada plak defect yg baru. Tak sabarnya nk masuk rumah baru. Tingkap yg mengadap rumah depan tu master bedroom. Abaikan stroller cik piyah kat bawah tu, terpaksa bawak sbb x larat nak gendong. Pintu putih sebelah tangga tu untuk stor. Kecik je, tp sangat penting untuk simpan barang2 yang tak berapa sedap mata memandang : )

Sebenarnya kami dah buat appoinment dgn tukang tinted pada hari yang sama.. kes terlebih excited tadi ( sama je laki bini hehe ) . Elok je setel dapat kunci tukang ni dah sampai depan rumah. Sementara kitaorg menge'test' kunci2 yg berlambak ni , dia ukur tingkap. Selesai ukur dan bagi harga kitaorg terus deal jadi. Harganya agak murah, siap warranty 5 taun lagi. So dia akan pasang tinted keesokkan harinya sbb dah lewat petang.

Hasilnya..


Pasang tinted ni sehari pon dah siap. So far servis memuaskan dan tukang ni akan dtg balik lepas 10 hari utk check balik kualiti pemasangan. Macam kitaorg ada gelembung udara naik kat tingkap sliding, so terus dia betulkan. Harap2 sejuk la rumah lepas ni....


Kenangan:
malam hari ambil kunci ni, syafiah lain macam skit. Menangis je. takmo kat orang lain, asyik nak gantung ngan mama je. Kitaorg syak mungkin pasal masuk rumah tadi. tak ikut adab yang sepatutnya. Tambahan dah petang plus hujan renyai2 plak tu. Rasa menyesal sangat sebab terlebih gembira tadi. Mr opel pasang ayat Al Quran kat hfon & telefon tata minta tolong pakcik mansur buatkan pendinding. Lepas baca ayat kursi beberapa kali kat telinga, baru syafiah tenang mcm biasa. Alhamdulillah..lepas ni mmg sentiasa INGAT. In Shaa Allah
posted from Bloggeroid