Saya siarkan iklan nuffnang!

Monday, February 28, 2011

syahmi..syahmi...& syahmi..

Salam pagi, bila syaurah dah masuk 2 tahun, means lagik sebulan syahmi pun bakal mencecah setahun. Progress dia agak cepat & sangat aktif. Kekadang letih dibuatnya + hobi dia yg suka mencubit, sakit wooo..banyak progress yg dah dicapai, syabas hero no2 mama. let see his pics!
driving using his stomach
sempat baca buku sambil memandu!
dah terbalik...eksiden ke dik?
gigi kapak saiz beso & jarang...bawah pun dah ada 2
hobi extrem..main kipas..siap boleh onn-off lagi
rutin harian..repair TV & speaker
pose istimewa utk blog ni
sekarang syahmi suka meniti kerusi + meja + tangga dan seangkatan dengannya. Maybe tengah praktis kaki nak berjalan. Cecepat la jalan ye nak, boleh join kakak jalan2 depan rumah







Wednesday, February 23, 2011

kek Upin & Ipin

Kek ni mama sesaja tempah untuk syaurah sempena genap 2 tahun. Takde sebarang majlis cuma tumpang majlis aqiqah zahirah, (anak Nyah) di sebelah tengahari. Petangnya baru hantar rombongan meminang untuk fahmi. Thanks to kak zana sebab sudi ambil tempahan mama. Sebijik kek upinipin & 2 biji cheese brownis. (yg ni memang sedap) ..rasa macam nak order lagik.
upin&ipin yang jadi rebutan

mana boleh korek kek tu

happy sangat sebab ramai orang

antara yg hadir

happy besday to ME!
untuk adik syahmi, abah kata cukup 2 taun baru potong kek...fair & square katanye...

Majlis pertunangan Fahmi@ Pak uda

Sekitar majlis pertunangan adik mama, Fahmi pada 20 Februari lepas..
perkara wajib...ambil gambar dulu

muka masam pasal org lain dukung

sesi tukar tepak sirih..dah mcm kawen plak

pelamin & hantaran, yg hijau tu dr belah kami

discuss...discuss and discuss

sesi wajib, salam bakal mak mertua

bakal pengantin...fahmi & illa
Terima kasih pada sedara mara yg datang, pak cu & family, mak lang, mak anjang, mak long minah serta jiran2 terdekat yg sudi ikut rombongan meminang. Walaupun dekat je, tetap terasa kemeriahannya.

Monday, February 21, 2011

Terapi sakit kepala mama

 Actually dah lama nak tulis entri ni, gambar dah simpan tp selalu malas nak tulis.2-3 minggu lepas selalu sakit kepala. kes tak cukup tido malam. Bila pergi kerja muka pun seposen je. Bila free jadi penghuni surau, dapat lena 10-15 minit tu kira tersangat lah oknye sbb mama payah nak tidor siang. Antara pengubat sakit kepala mama adalah...

adik punya

kakak punya

pergi jejalan waktu rehat. Baju2 kat atas tu beli di Sunway Carnival sempena raya cina  "Jualan Gudang Ekstrem" Parkson. Word ekstrem ni la yang menjadikan mama tak sabo2 nak pegi.. Sangat la suka shopping baju anak. Total balik duit abis lebih kurang RM102++. Habis hilang semua sakit kepala...puas hati sungguh!

Tuesday, February 15, 2011

14 Februari 2011

Jam dah melangkau pagi, anak2 dah tido. Turn mama pulak masuk blog. 14 Februari 2011, genap anak dara mama, syaurah mencecah usia 2 tahun. Alhamdulillah tahun ni takde demam2 mcm taun lepas ( 6 hari dok wad). Semoga kakak membesar dengan sihat & ceria. Actually memang tak plan nak sambut birthday syaurah pun. Cuma mama dah tempah kek untuk hjg minggu ni, pak uda (adik bawah mama) nak bertunang. So sekadar menumpang kemeriahan majlis bersama adik-bradik + sedara mara yg datang. 
 Alih2  semalam abah tetiba nak sambut kecil-kecilan. Balik rumah petang tadi....dah bersih..( mekaceh...hehe) siap ada gantung belon lagik..rajin sungguh laki aku . Tak ajak sesapa pun, yang ada family adik ipar ( adik abah) & su nora (adik abah gak...dia memang dok penang lepas stpm). Thanks sbb datang & lain tahun kita sambut lagi.

2 hari b4 besday..posing 'pink'
 
kek, sate, kfc + air oren


abah yang tiup lilin..


asyraaf...pasai apa la nampak blakang ja?


Wednesday, February 9, 2011

2011 - A STRANGE YEAR

Salam petang. Agak lama tak buat entri...masih lagi keletihan balik dari kelantan, dengan jalan jammed merata2...dah balik penang anak2 pula payah tidur malam...syaurah selalu mengigau time tidur. mata pejam tapi tangan dok tunjuk sana-sini. Semalam bawa pegi klinik - batuk + selsema +panas badan.....pagi ni syahmi pulak macam nak demam...aduhaii..Inilah dugaan sebagai ibubapa.

Lupakan kejap segala masalah cuba tengok masalah ni pulak. Mama dapat dari outlook hari ni:

Tahun 2011 ni ada 4 tarikh yg agak unik iaitu 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, dan 11/11/11
Ambil 2 nombor terakhir kita dilahirkan, kemudian tambah dengan umur kita sekarang (ikut tahun semasa), cuba cek dapat brape?
Jawapannya ialah 111.
Tak kira berapa umur & tahun bila dilahirkan, tetap memberikan jawapan yang sama.Sesama la kita fikirkan.

Wednesday, February 2, 2011

walker Mu walker Ku jua

Mengimbau kembali kewujudan walker sweet cherry yang menjadi warisan turun temurun.

First time bawak syaurah pegi Jusco QueensbayMall belah pulau. Time tu dia sekitar 8 bln. Sebenarnya kitaorang plan nak beli kereta mainan yang boleh duduk. Tengok harga dalam RM 35++.Kira murah la kan. Masa tunggu saleswoman tu bukak kotak baru, Abah sesaje letakkan syaurah dalam display walker & ambik gambar kenangan sbb kita org memang tak bercadang nak bagi syaurah guna walker ( biar dia belajar sendiri ). Alih2 time nak bayar minah kecik ni taknak lepaskan walker tu. Bila angkat meraung2 sambil tangan tunjuk kat walker....

tempat kejadian...montel sungguh time nih






mama PAHAM sangat. Tukang jual tu senyum lebar je bila kitaorg cakap " tak jadik la ambik kereta tadi, tukar yang ni boleh tak" harganya...RM199.90! lepas tolak discount, around 160.00. redho je la, lagi pun untuk anak sendiri.Masa memula guna tu dia tak brape pandai sangat cuma duduk je & main mainan.
dah setaun masih guna walker sebab lambat berjln

Sekarang syahmi mewarisi walker ni. Seat tempat duduk tu beli baru kaler biru...dalam RM40. Tapi guna time balik kampung je (simpan kat kampung) sebab,syaurah suka berebut dengan adik even dah ada basikal baru.
1st time guna, letak bantal kt depan..tangan ke 3 sapa tu?
masih "menyembur"
ngidam apa lagi  ni...
tapi hero kecik ni agak cepat dari kakak, Baru letak dah pandai nak gerak sana sini. Pandai lalu ikut pintu tanpa sangkut. Terbaru, dia dah "memandu" kereta merah kakak guna perutnya saje..hehehe