Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Kenduri kesyukuran & naik buai

Assalammualaikum. .

23 februari lepas satu majlis kesyukuran selamat diadakan di rumah opah&tok di perlop 1. Sebenarnya majlis ni sempena kelahiran anak sulung pak uda Fahmi, fatiha yang jugak berpantang kat rumah opah. Lama dah rancang tapi tak dapat tarikh yg sesuai. Tapi opahnya kata alang2 dah buat kenduri terus la naik buai sekali. Opah jemput geng2 marhaban perlop 1.

Bila dh last minit punya plan, last minit jugak la actionnya. time rehat hari jumaat, sebelum balik kampung, bergegas mama ke AtoZ cari barang2. Penat dok pusing2, sempat cari beg & barang souvenier untuk orang marhaban.
Sabtu esoknya baru cari barang utk hias buai. Buat ala kadar je...tu pon Mr Opel kata berejam tunggu pilih barang...eh ye kerr?

Hari kejadian...


Hasil tangan mama....kira ok la kan mmmmm....


Memula masuk buai dia lena, kali ke dua macam stress pulak si syafiah ni



Gotong royong memasak kat belakang. Terima kasih banyak2

Sebenarnya fatiha sempat naik buat dalam 2 minit je. marhaban dah nak abis baru diorang sampai. Nasib baik la ada syafiah untuk diletakkan dlm buai. Kalo tak, buai kosong je la. Nak dijadikan cerita, dah sampai tgh jalan baru perasan kunci kereta lagi satu tertinggal atas kereta tu jugak. So terpaksa la patah balik, takut kereta kena curi. Nak pulak diorang baru je pindah area situ.

Apa2 pun syukur semua selamat dan berjalan lancar. Alhamdulillah


Foto gedik mama & syafiah
posted from Bloggeroid

Tuesday, June 12, 2012

Aktiviti cuti sekolah

Lepas post yg pertama, check through pc... Success!!( adess...org lain dh berkurun buat). Kita proceed pd entry seteusnya.

Walaupun mama tak mengajar di sekolah & anak2 kesayangan pun kecik lg tp mr opel kami adalah cikgu yg tentunya bercuti selama 2 minggu lepas (jelesss sungguh). Cuti kali ni mmg penuh dgn aktiviti, marathon kenduri kawen yg tak abis2...starting awal cuti, majlis kenduri kawen farah & sidiq. Sabtu pertama diorang akad nikah & the next day kenduri...sgt meriah & kehadiran tetamu y xputus2. Opah & tok pun dtg dr sg. Siput naik kerete pak cu paid. Antara gambonye...









Time hr akad nikah &kenduri, mcm biasa sidebab tu automatik ngantuk & tido, penat sgt travel agaknya plus segan dgn org ramai sgt. So bila nak ambik gambo, tak dan nk pakaikan baju. Tu pun kira nasib baik sempat ambik gambo.. Yg kakak pun sama, asik bad mood jer,nasib baik tata berjaya pujuk pakai bj cantik.

Sabtu berikutnya kita org gerak ke cheras, rumah farah untuk majlis pihak lelaki. Rumahnya kt area subang jaya betul2 depan sunway pyramid. Kali ni releks skit, ye la datang sebagai tamu, harusla dtg melenggang sajek :-)



Saper yg kawen ni...syahmi tanpa dijemput, terus naik duduk atas kerusi. Tak malu sungguh siteruna nih!



Lega sungguh segalanya berjln lancar. Perjalanan & majlis kami dipermudahkan Allah, alhamdulillah. Lepas ni tata & nani dh boleh tarik nafas lega., kita tggu giliran su nora plak :-) ...tp tak tau biler
posted from Bloggeroid

Wednesday, March 21, 2012

Kenduri kahwin @preparation

Alhamdulillah...berjaya jugak menaip satu entry setelah beberapa minggu 'off'. Dipendekkan cerita beberapa minggu sebelum ni tuan punya blog teramat2 la sibuknye. Kesinambungan dari majlis tunang Pak uda@fahmi, after setahun menyusul pulak majlis kenduri kahwinnya. Walaupun org lain yg nak kawen, diriku tetap sibuk mengalahkan bakal pengantin.:-P .

Kitaorg laki bini diberi tugasan membeli barang2 untuk beg@cenderahati, memandangkan kat penang ni banyak kedai yg murah2 compare to sg. siput. Tapi dlm murah2 pun jenuh jugak meronda survey sana-sini. Antara kedai pilihan semestinya AtuZ dan kedai borong makanan kat Mak Mandin.

Nak dijadikan cerita minggu terakhir sebelum kenduri ( last week) , mama kena pergi observed student praktikal di area berdekatan. Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan kami. So anak2 & mR Opel parking kat rumah opah  sementara mama setelkan lawatan. Hasil dari penat lelah seminggu berurusan dgn google map ( sebagai persediaan takut sesat!!), lawatan berjalan lancar & berjaya dihabiskan awal sehari  : ). Antara persiapan yg dah dibuat:
          my own kerastangan...bekas brg kemas ( hobi yg ditinggalkan slps kawen..huhuu)
                              duit mas kawen...takde dlm perancangan, main letak je mana yg ada
                           bilik pengantin (dulu bilik kami juga...)..cadar cotton caler cream dr jusco
                                    kusyen yg di'upgrade' dgn sulaman riben by opah
                                 bungan hiasan..beli di ws craft...tambahan pot pouri dr mak lang
                                   pelamin hitam putih kelabu..........dari intan collection
                                                    dua org budak yg suka enterframe

Majlis nikah berlangsung pd rabu malam (14/3/12) di masjid kat sg siput. Sedikit ralat sebab mama dah bagi kamera kt mR Opel suruh bawa. Tapi disebabkan syaurah nak main2 dulu ngan kamera, alih2 bila dah sampai baru teringat. Takpe nnt kita tunggu gambo dr pro. cameraman, best sket.

next entry nanti br cerita pasal hari kenduri ( mode letih tak habis lagi)

Monday, December 12, 2011

Tahniah Farah & Siddiq

Assalammualaikum,..entry lama again

2 minggu lepas hari Sabtu 19 Nov, kami sekeluarga berada di kampung mR Opel untuk majlis pertunangan Uda Farah (adik abah no 2). Alhamdulillah cuaca time kenduri sangat cerah. Keesokkan harinya baru hujan turun selebat2nya. Jom layan gambo!
                                          pelamin ' black & grey' theme
                                             cincin untuk si dia
                                              the cake
                                     orang yang bertunang
  time orang dok sibuk2 sarung cincin, budak berdua ni  ZZzzzz dlm bilik. Dah penat main, tak kose nak enterframe.
                             laki saper ntah...amik gambor sendirik lak tu.
                              muka orang bangun tido
Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar. Anggran tempoh untuk nikah maybe next year bln 11.  Selamat menempuh alam pertunangan Farah & Siddiq.

Tuesday, October 25, 2011

kenduri lagi

Assalammualaikum & selamat petang...

huh.. rase macam lama tak update blog. ada menda nak tulis tapi tak berkesempatan. Last week, Ahad, kita orang ke Setiawan , rumah mak ngah (sepupu mak). Anaknye yg bongsu, Ina bertunang. Akhirnya...berpunya jugak si cantik manis ni. Disebabkan majlisnya hari ahad, kitaorg bertolak pagi & pulang petang tu jugak. Malam tu merempit balik penang ( opah ikut sekali ye...).Letihnyee tapi gembira sbb majlis berjalan lancar & teratur. Budak berdua tu je yg tak letih2, dok kejar2 kluar masuk rumah! A few pictures taken ...
                                yang bertunang
                     hantaran pihak perempuan...hijau & putih

                         hantaran pihak lelaki
       bunga yg jadi rebutan...tapi syaurah orang pertama rasmi anggur hantaran
                     antara yg menarik perhatian mama...nampak sweet lah!
                                    semoga berbahagia..congrats Ina

Tuesday, September 13, 2011

Tahniah Raudhah@Along

Assalamualaikum..ni adalah entry ke 2 selepas raya..sangat la tak memberansangkan. Kali ni nak citer pasal majlis pertunangan  Raudhah aka Along, sepupu mama, berlangsung pd raya ke 5 lepas. Beseri2 sungguh along . Semuanya serba ungu...memang cun! tapi tak kenal la plak tunangnya (sebab dilarang datang..;( ). Anyaway CongratZ!

 Cik syaurah ni...payah sungguh nak ambik gambo
 hantaranmu hantaranku jua
 dok mintak cekelat je kejenyer..makan tamau

asyik nak memerap..kes tak suka ramai2 orang

Elok2 tetamu belah laki pegi makan..anak2ku pun bergelimpang isap susu & zzzzz...penat sangat dok lari sana sini. Mama pun letih gak..budak berdua ni asyik nak berkepit je..skit2 nangis..skit2 nangis. nasib baik la air mata tu free. kalo tak jenuh nak bayo bil!

Wednesday, February 23, 2011

Majlis pertunangan Fahmi@ Pak uda

Sekitar majlis pertunangan adik mama, Fahmi pada 20 Februari lepas..
perkara wajib...ambil gambar dulu

muka masam pasal org lain dukung

sesi tukar tepak sirih..dah mcm kawen plak

pelamin & hantaran, yg hijau tu dr belah kami

discuss...discuss and discuss

sesi wajib, salam bakal mak mertua

bakal pengantin...fahmi & illa
Terima kasih pada sedara mara yg datang, pak cu & family, mak lang, mak anjang, mak long minah serta jiran2 terdekat yg sudi ikut rombongan meminang. Walaupun dekat je, tetap terasa kemeriahannya.