Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Aktiviti cuti sekolah

Lepas post yg pertama, check through pc... Success!!( adess...org lain dh berkurun buat). Kita proceed pd entry seteusnya.

Walaupun mama tak mengajar di sekolah & anak2 kesayangan pun kecik lg tp mr opel kami adalah cikgu yg tentunya bercuti selama 2 minggu lepas (jelesss sungguh). Cuti kali ni mmg penuh dgn aktiviti, marathon kenduri kawen yg tak abis2...starting awal cuti, majlis kenduri kawen farah & sidiq. Sabtu pertama diorang akad nikah & the next day kenduri...sgt meriah & kehadiran tetamu y xputus2. Opah & tok pun dtg dr sg. Siput naik kerete pak cu paid. Antara gambonye...









Time hr akad nikah &kenduri, mcm biasa sidebab tu automatik ngantuk & tido, penat sgt travel agaknya plus segan dgn org ramai sgt. So bila nak ambik gambo, tak dan nk pakaikan baju. Tu pun kira nasib baik sempat ambik gambo.. Yg kakak pun sama, asik bad mood jer,nasib baik tata berjaya pujuk pakai bj cantik.

Sabtu berikutnya kita org gerak ke cheras, rumah farah untuk majlis pihak lelaki. Rumahnya kt area subang jaya betul2 depan sunway pyramid. Kali ni releks skit, ye la datang sebagai tamu, harusla dtg melenggang sajek :-)



Saper yg kawen ni...syahmi tanpa dijemput, terus naik duduk atas kerusi. Tak malu sungguh siteruna nih!



Lega sungguh segalanya berjln lancar. Perjalanan & majlis kami dipermudahkan Allah, alhamdulillah. Lepas ni tata & nani dh boleh tarik nafas lega., kita tggu giliran su nora plak :-) ...tp tak tau biler
posted from Bloggeroid

Monday, December 12, 2011

Tahniah Farah & Siddiq

Assalammualaikum,..entry lama again

2 minggu lepas hari Sabtu 19 Nov, kami sekeluarga berada di kampung mR Opel untuk majlis pertunangan Uda Farah (adik abah no 2). Alhamdulillah cuaca time kenduri sangat cerah. Keesokkan harinya baru hujan turun selebat2nya. Jom layan gambo!
                                          pelamin ' black & grey' theme
                                             cincin untuk si dia
                                              the cake
                                     orang yang bertunang
  time orang dok sibuk2 sarung cincin, budak berdua ni  ZZzzzz dlm bilik. Dah penat main, tak kose nak enterframe.
                             laki saper ntah...amik gambor sendirik lak tu.
                              muka orang bangun tido
Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar. Anggran tempoh untuk nikah maybe next year bln 11.  Selamat menempuh alam pertunangan Farah & Siddiq.

Tuesday, October 25, 2011

kenduri lagi

Assalammualaikum & selamat petang...

huh.. rase macam lama tak update blog. ada menda nak tulis tapi tak berkesempatan. Last week, Ahad, kita orang ke Setiawan , rumah mak ngah (sepupu mak). Anaknye yg bongsu, Ina bertunang. Akhirnya...berpunya jugak si cantik manis ni. Disebabkan majlisnya hari ahad, kitaorg bertolak pagi & pulang petang tu jugak. Malam tu merempit balik penang ( opah ikut sekali ye...).Letihnyee tapi gembira sbb majlis berjalan lancar & teratur. Budak berdua tu je yg tak letih2, dok kejar2 kluar masuk rumah! A few pictures taken ...
                                yang bertunang
                     hantaran pihak perempuan...hijau & putih

                         hantaran pihak lelaki
       bunga yg jadi rebutan...tapi syaurah orang pertama rasmi anggur hantaran
                     antara yg menarik perhatian mama...nampak sweet lah!
                                    semoga berbahagia..congrats Ina

Tuesday, September 13, 2011

Tahniah Raudhah@Along

Assalamualaikum..ni adalah entry ke 2 selepas raya..sangat la tak memberansangkan. Kali ni nak citer pasal majlis pertunangan  Raudhah aka Along, sepupu mama, berlangsung pd raya ke 5 lepas. Beseri2 sungguh along . Semuanya serba ungu...memang cun! tapi tak kenal la plak tunangnya (sebab dilarang datang..;( ). Anyaway CongratZ!

 Cik syaurah ni...payah sungguh nak ambik gambo
 hantaranmu hantaranku jua
 dok mintak cekelat je kejenyer..makan tamau

asyik nak memerap..kes tak suka ramai2 orang

Elok2 tetamu belah laki pegi makan..anak2ku pun bergelimpang isap susu & zzzzz...penat sangat dok lari sana sini. Mama pun letih gak..budak berdua ni asyik nak berkepit je..skit2 nangis..skit2 nangis. nasib baik la air mata tu free. kalo tak jenuh nak bayo bil!

Thursday, September 8, 2011

Memori Aidilfitri 2011

Salam pagi..rasenya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin kepada pengunjung2 blog ni ( macam la ramai sangaattt hehe). Tahun ni kitaorang beraya di kampung mR Opel @abah di kelantan. Kat sini dah rutin setiap tahun mesti buat open house raya pertama. Kebetulan hari raya jatuh sama tarikh dgn besday asyraaf ( anak saudara abah) so ada la sedikit sambutan birthady petang tu..jom layan gambo!
                  sesi bermaaf-maafan di pagi hari raya...yg pertama semestinya abang long
           slamat hari raye tata & nany....syahmi sampai last takmo salam
( bad mood)
                        bersama dua anak dara pingitan...
       Adlee's family
                Che Na@Ni tok, mami Mas...Tok lah...Su Nora & Che Ti
 Asyraaf 3rd birthday celebration
 mama & syaurah
Baru perasaan, gambo kitaorg sefamily takde dalam kamera ni..rasenye ada ambik tp maybe dlm kamera org lain..huhu..Takpe la weekend ni kita ambik gambo kat kedai la nampaknye...lambat2 nanti dah takdak feel.

 Gambo syahmi pun tak banyak..asyik nak meragam je. Kes tak biasa orang ramai2. mula la dia nak berkepit je. So mama letak gambo dlm kereta time nak balik perak ( kire gambo raya gak ni kan?)

Syaurah gak yg sporting. Suka la orang puji dia comel sbb pakai tudung...dlm sejarah ni pakai tudung lelama camni...tu pun tak nak tanggal. Nasib baik perangai dia baik sket time open house tempoh hari.

 Raya kali ni kami tak jalan2 sangat, sbb syaurah demam pd hari raya ke2. Ni kes minum air ais banyak sangat. Kat semua orang dia mintak nak minum air..huh!.Lagi pun kat klantan kalau cuti2 panjang camni mesti jalan sesak..kalah KL. Sian kat anak2 tek selesa dok lelama dlm rumah.Yang terbaik dok rumah je la Kitaorang bertolak balik ke perak raya ke3...nak beraya kat kampung mama plak , OK!

Wednesday, April 20, 2011

@MAHSA university college

Tajuk di atas bukan nak cerita tentang kolej ni yer...harap maklum.
Sabtu lepas kami 4 beranak ke kuala lumpur untuk meramaikan majlis. bukan majlis kenduri makan2..tapi su nora (adik abah) mendaftar kat kolej ni. Kursusnye tak pasti lak...lebih kurang lab technology. Kitaorang tido kat rumah farah & balik keesokkan malamnye.. Meh tengok gambo2 minggu lepas.

Macam biasa..syaurah akan excited bila berada di tempat lapang..."ma akak nak air ancut"..boleh paham kan? Air pancut la...habis basah baju syaurah


Letih gak nak kawal budak berdua ni, sementara tunggu tata & nany dengar taklimat untuk parent. sampai tertido syahmi di pangkuan udanya cik farah.
rombongan ciknora ke kolumpo! ( baju kurung ijau )
loving couple..tata & nanny
  Kolej ni viewnya sangat menarik, kawasan berbukit sesuai untuk pembelajaran, tp dah namanya kolej swasta, pakaian studentnya agak tak terkawal..cekci la.Harap Nora dapat belajar bersungguh2 & tabah dengan dugaan2 yg bakal ditempuhi sebagai pelajar.

Wednesday, April 13, 2011

Opah dok sini...

Last week  balik Sg. siput, dah 2 minggu tak balik, so inila masanye merehatkan minda & badan. Balik sini anak2 tak memerap dah..asyik ikut tok & opah dorang. Yang paling best adalah musim "doroyan" atau dlm bahasa betulnya durian. Tahun ni tak la menjadi sangat, tapi lepas la nak makan & bagi jiran2 sket.

Part yg paling tak best --->>>time nak balik penang. Dah banyak kali syaurah buat perangai macam ni. Nangis2 nak opah ikut naik keter.." opah dok cini...opah cini... selagi opah tak ikut selagi tu la meraung2. Sebelum ni opah kasik duit RM 10...pujuk2 sket...skang dah tak makan dah. Bila kitaorang nak tinggalkan dia...lagi la melalak...adoyaiii..anakku sorang ni! si debab ok je..siap babai2 lagi bila dah dok dlm keter.

Kemuncaknye...terpaksa la opah ikut kami,  kelam kabut kemas beg. Tu pun dok ikut opah dia kluar masuk bilik. Takut opah hilang kot. Esok harinya budak berdua tu dok ngan opah satu hari. Selasa (semalam)..opah@ mak mama balik semula ke Sg. Siput naik bas transnasional. Seperti yg dijangka, lepas balik dr rumah pengasuh..si kakak.." opah mana...mana opah akak!...  bila mama tak layan lagi la meraung2 macam kena pukul. Mama call opah...lagi la kuat meraung...taknak cakap lak tu...merajuk la konon!

Nasib baik boleh alihkan perhatian dia...tapi sempat gak sekali dua cakap ..opah datang...opah datang.. Mama iya kan aja...nanti hujung minggu kita blk jumpa opah lagi ye...sian akak!

Wednesday, February 23, 2011

Majlis pertunangan Fahmi@ Pak uda

Sekitar majlis pertunangan adik mama, Fahmi pada 20 Februari lepas..
perkara wajib...ambil gambar dulu

muka masam pasal org lain dukung

sesi tukar tepak sirih..dah mcm kawen plak

pelamin & hantaran, yg hijau tu dr belah kami

discuss...discuss and discuss

sesi wajib, salam bakal mak mertua

bakal pengantin...fahmi & illa
Terima kasih pada sedara mara yg datang, pak cu & family, mak lang, mak anjang, mak long minah serta jiran2 terdekat yg sudi ikut rombongan meminang. Walaupun dekat je, tetap terasa kemeriahannya.