Last week balik Sg. siput, dah 2 minggu tak balik, so inila masanye merehatkan minda & badan. Balik sini anak2 tak memerap dah..asyik ikut tok & opah dorang. Yang paling best adalah musim "doroyan" atau dlm bahasa betulnya durian. Tahun ni tak la menjadi sangat, tapi lepas la nak makan & bagi jiran2 sket.
Part yg paling tak best --->>>time nak balik penang. Dah banyak kali syaurah buat perangai macam ni. Nangis2 nak opah ikut naik keter.." opah dok cini...opah cini... selagi opah tak ikut selagi tu la meraung2. Sebelum ni opah kasik duit RM 10...pujuk2 sket...skang dah tak makan dah. Bila kitaorang nak tinggalkan dia...lagi la melalak...adoyaiii..anakku sorang ni! si debab ok je..siap babai2 lagi bila dah dok dlm keter.
Kemuncaknye...terpaksa la opah ikut kami, kelam kabut kemas beg. Tu pun dok ikut opah dia kluar masuk bilik. Takut opah hilang kot. Esok harinya budak berdua tu dok ngan opah satu hari. Selasa (semalam)..opah@ mak mama balik semula ke Sg. Siput naik bas transnasional. Seperti yg dijangka, lepas balik dr rumah pengasuh..si kakak.." opah mana...mana opah akak!... bila mama tak layan lagi la meraung2 macam kena pukul. Mama call opah...lagi la kuat meraung...taknak cakap lak tu...merajuk la konon!
No comments:
Post a Comment