Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Kursus CNC Milling & Lathe

Salam..last week 11-15 julai, mama kena pegi kursus cnc. Tapi dapat surat pagi Isnin tu sedangkan kursus start pukul 9pg yg sama. Kelam kabut gak la..nak isi borang keluar & carik tempat. Nasib baik kursus kat Msi UniKl Kulim, so tak payah pos anakku balik kampung. Kalau bawak menten 'slow' dalam 40 minit boleh sampai dah..hehe   : )
Kursus ni agak penting sbb tertakluk bawah ppk-pprogram peningkatan kemahiran ( untuk kes naik pangkat...tapi tak tau biler...huhuh). Plus mama memang ajar subjek ni kat poli. Kira ok la...datang lambat pun, still masih bule follow...ayat belagak! Bezanye kat msi guna controller Fagor & mesin khas untuk p&p. Antara gambar yg ada..
Demo oleh trainer En Zaki (ex usm jugak...)
pemotongan cnc milling
                                               
                        small size machine...boleh pakai guna plug kat umah...mcm tak caya jek
 pemotongan oleh mesin larik cnc
 suka yang ini...
hasil 'keras-machine' cnc lathe
   group members from PSA
                                                 
Diakhir kursus after majlis penyampaian sijil, semua peserta dijemput ke jamuan makan buah...yg kebetulan diadakan oleh manufacturing dept. Apalagi..pulun la cikkak2 sekelian.  Tenkiu very2 much to UniKl & penganjur Poli Shah Alam..


Tuesday, June 28, 2011

Selamat jalan ....

Kesinambungan dari kursus tempoh hari, gambar2nya:
dalam kelas..ada yg tengah zzzzzz.

hasil kerja kump. kami..flamingo..chaiyok!!!

peserta, penceramah : En Mohd Fuad Razali

dapat souvenier..yeye
Apa yg dapat disimpulkan dari kursus, tempat penginapan best sangat, makan pun best, kekawan pun best cuma content je, ok sebenarnya  tapi tak berapa sesuai dengan kerja. Ada la jugak sedikit ilmu yg lekat dlm kepala ni. Akhir sekali, thanks a lot to penceramah & urusetia, korang memang tip top!

Tuesday, June 21, 2011

@Paradise Sandy Beach Resort, Penang

 Selamat malam..sekarang tengah bersiaran dr Bt Feringgi. Bukan bercuti ye harap maklum. Macam biase disuruh berkursus sambil membesarkan badan.Sehari makan 6 kali, so pepaham la.Kursusnye bertajuk Penulisan Deskriptif. Start 20 - 23hb. Memula tu ingat macam cara nak tulis report@buku. Ruper2nya cara-cara nak menulis berita & rencana. Alahai..susah gak rupanye.Pensyarahnya bekas wartawan berita harian. Ilmu yang disampaikan menarik tapi kurang dari segi penyampaian. 1st slot je dah ramai yg mata separuh... 
Anak2ku..macam biasa dah pos balik kampung, sebab abahnya tak mampu nak jaga sengsorang. Sabar ye anakku, Khamis petang mama rempit balik sg siput!

Monday, January 17, 2011

ini tahun ke 2...

salam pagi penuh ceria...15 januari 2011, sabtu lepas, genap 2 tahun mama memegang jawatan PPPT DH41. atau dalam bahasa ringkasnye pensyarah, di Politeknik Seberang Perai.. FUh!! tak sangka ye susah payah cari kerja lepas grad dulu dapat gak keje tetap akhirnya. Syukur ALHAMDULILLAH, doa hambamu ini diperkenankan...

Terkenang-kenang lagi pengalaman2 kerja after grad..2005, sebulan lepas tamat belajar mR Opel ajak kerja di pasaraya Sunshine Farlim sebagai cashier, kat air Itam. masa tu gamble (betui ka? ) je datang penang. Disebabkan tak sempat cari rumah sewa, tumpang kejap rumah Jee ( thanxs a lot to U & uR family), pastu tu dalam 2 hari sewa bilik kt tingkat 11 blok yg sama. Dalam taun yang sama bln 11 (ikut mR Opel lagi....) keje under TBT jadik technician. company ni satu vendor yg supply pekerja ( macam kami la) ke company2 besar kat penang, so setahun lebih kami berada di Intel. banyak gak suka duka kerja sini. Dengan penuh nekad sambil kerja sambil pulun cari kerja lain. Letih pergi interview sana sini.

Allah murahkan rezeki, dapat gak tukar kerja lain, kontrak bawah agensi kelly services, diorang hantar bawah VADS. Time ni mR Opel dah berhenti, so tak de geng dah. Masa dapat kerja mama minta cuti kata pergi kursus, lepas tu baru hantar surat berhenti.  Kerja kat VADS sebagai customer service yg pada masa tu dah ambil alih pusat panggilan TM. tempat kerja di tingkat 58 bangunan KOMTAR ( tinggi tuu..)  tempat kerja tersangat la best tapi cabaran kerja..kekadang buat mama down. Ye lah, tempat menerima segala aduan pelanggan tentang kerosakan produk, caci maki tu adalah suatu perkara yang mesti setiap csr terima. tambahan pula, time kecurian kabel telefon tengah menggila...so pepaham je la.

 Cukup setahun je mula rasa tak tentu arah, tambahan kengkawan lain ramai yg resign & dapat kerja lain. dalam senyap hantar borang guru sandaran, GSTT. Alhamdulillah time mama minta ni takde interview, timbalan pengarah PPD panggil semua sekali, dalam 100 ++ calon, bagi surat kontrak setahun, terus lapor diri kat skolah. Kelam kabut bagi notis 24 jam, gaji 2 minggu + OT burn cam tu je....sedih, tapi lagi gembira sebenornye..hehehe. Mama di tempatkan di SMK Hutching..all boys school..tercabar gak mengajar di sini. Tapi kat sini rasa best sebab mama memang suka mengajar & cikgu kan boleh balik awal....Dalam bulan 7 mama saja2 isi borang SPP online & tak sangka diorang panggil gak interview bulan 11. masa tu tgh pregnant syaurah around 6++

Sehari before interview memang debar sangat, hafal macam2, sebab dah lama sangat tak attend mana2 interview & gomen for the 1st time. Baca surah Al-Waqiah, doa semoga dipermudahkan sesi interview tapi  tak doa pun supaya dapat post ni (pelikkan...?). memang ada soalan mama tak leh jawab tapi tidaklah menaikkan darah 'tuan-tuan' di hadapan, seperti di bilik2 lain siap kena jerkah2 lagi. 'tuan-tuan' tu tanya " tak kisah ke kalau pos ke sabah & sarawak?"  mama cakap "ok je"  ...dalam hati...tuhan je tahu. Lagi pun masa tu perut boyot tak nampak sangat. Rezeki anak dalam perut orang kata. surat tawaran sampai kat penang, tapi masa tu mama dah balik sg. siputp tunggu masa nak bersalin. Nasib baik jiran sebelah "Ane" call kata ada surat penting...sangat berterima kasih pada dia.

Nak lapor diri pun ada cerita lain pula....kita sambung lain kali ye