Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

Syahmi dah 2 tahun & Zoo Taiping

tak tau nak letak tajuk apa...tapi banyak mende nak cerita. kasi shortcut kita gabungkan 2 citer dlm satu entry, ala2 compress. ( sementara si debab tu tak jaga lagi )
 Tanggal 23 Mac lepas anak teruna mama dah cecah 2 tahun. Alhamdulillah Syahmi makin sihat & debab. Wish u heppi besday sayang!!

Setakat ni vocabnye dah bertambah sedikit, tp mostly mama & abah masih ambil masa nak faham apa yg dicakapkan. tapi yg bestnye word yg merujuk kpd makanan macam air, nasi, susu he's able to pronounce it clearly. Syabas anak mama!, alamatnya nanti doktor bising lg la next checkup. Pastu dah pandai merajuk & tunjuk rasa tak puas hati ( marah2 la konon..) kalau tak dapat something. Dan yang paling tak boleh tahan, habit suka melenyek org makin aggresif. org yg slalu jd mangsa ialah  buah hati diorg ni jugak..isk..isk..

Ba\erbalik kepada aktiviti weekend lepas..
Setakat ni kitaorg takde la plan nak celebrate ke hape, cuma mama dah bg 1 week notice ( boleh pakai ka ini term?) kt mR Opel nak bawak anak pergi zoo. kesian kat diorng lama tak jln2 ..setakat pasaraya tu tak kira la kan. So ahad lepas, lepas puas menunggu abah diorg balik keje, akhirnya sampai jugak kami ke sana. seingat mama ni kali ke 3 buat syaurah &  kali ke 3 juga buat syahmi ( 1st masa 37wk dlm perut mama & 2nd dlm 2 bln ++ tp dok kat luar pagar ngan opah +tok  :- )  )

first time tgk gajah live...balik rumah muncong2 buat aksi gajah
                                     tempat favorite nak ambik gambo. Syahmi dpt sebut gajah dgn betul!
with org utan..syaurah kata ' nenek monyet'
                                                         tak sempat posing la mama!
                                                     boboboy fans...and mR opel
 Gambo yg  last ni mama snap dr gambar poskad. Skang ni bila masuk je gate zoo tu akan ada org suh ambik gambar kat background diorang. Gambar tu akan didisplay kat pintu keluar & kalau nak harganya RM 30 (saiz 6R) skpg. Agak mahal., tapi kita org takmo pikir panjang2 bayor je ( kalo tak ambik mesti nnt dok teringatje). At least buat kenang2an. lagi pun sejak berempat ni payah nak ambil gambar sefamili.

Before balik penang sempat lagi kitaorg singgah masjid taiping mandikan budak berdua ni. Melekit2 dgn peluh. Dlm kereta syaurah melenakan diri tapi syahmi masih kekal aktif pasal dia dah lena dulu masa on d way dr penang. sampai rumah memasing keletihan tp mama & abah sgt puas hati, dapat spend masa ngan anak2 tersyang !!

Tuesday, February 14, 2012

Dah 3 taun la mama!

Assalammualaikum,

This week cik Syaurah kita berada di Perlop 1. Takmo balik penang and ayat biasa " akak nak tinggal sini". So mama & Mr Opel ikutkan je, memandangkan dah 3 minggu lebih syaurah tak jumpa opah dia.

Hari ni 14 Februari 2012- hari Selasa, hari yg special - sorry kami tak sambut valentine , HARAM!!!
Hari ni birthday cik Syaurah yg ke 3. Biar pun dia lahir malam, malam semalam abah dah tipon untuk wish besday.
Mama & Abah bersyukur kepada Allah atas kurniaanNya, cahaya mata pertama kami dapat membesar dengan sihat & sempurna. Walaupun kadang2 dia suka buat perangai, kami tetapkan sayangkan Syaurah. Doa kami agar Syaurah terus membesar dengan sihat , ceria & menjadi si bijak yang solehah, Aminnnn!

                                             while she's sleeping.............shhhh!!
 
                                                         gelak sampai tak nampak mata
                                               Faces of Syaurah Nur Aisyah

Monday, March 28, 2011

Selamat Ulang Tahun ke...

Semalam 27 Mac 2011, besday hero no 1 mama aka mR Opel yang ke ....30 tahun. Selamat Ulang Tahun, semoga panjang umur &  dimurahkan rezeki. Semoga hidup sentiasa diberkati, Insyaallah

salam sayang dari kami;
Mama, Syaurah & Syahmi

Wednesday, March 23, 2011

Syahmi turns 1 today!

Alhamdulillah, hari ni genap setahun usia hero no 2 mama, sape lagi kalau bukan Syahmi Imran...( tambah lagi 4 hari besday hero no 1 lak). Seperti yang dirancang, memang takde sebarang sambutan, cuma doa mama & abah : semoga syahmi membesar dengan sihat & gembira serta menjadi anak yg tinggi akhlak & budinya. Amin.
Untuk tatapan, gambar yg br je mama snap ptg tadi

Wednesday, February 23, 2011

kek Upin & Ipin

Kek ni mama sesaja tempah untuk syaurah sempena genap 2 tahun. Takde sebarang majlis cuma tumpang majlis aqiqah zahirah, (anak Nyah) di sebelah tengahari. Petangnya baru hantar rombongan meminang untuk fahmi. Thanks to kak zana sebab sudi ambil tempahan mama. Sebijik kek upinipin & 2 biji cheese brownis. (yg ni memang sedap) ..rasa macam nak order lagik.
upin&ipin yang jadi rebutan

mana boleh korek kek tu

happy sangat sebab ramai orang

antara yg hadir

happy besday to ME!
untuk adik syahmi, abah kata cukup 2 taun baru potong kek...fair & square katanye...

Tuesday, February 15, 2011

14 Februari 2011

Jam dah melangkau pagi, anak2 dah tido. Turn mama pulak masuk blog. 14 Februari 2011, genap anak dara mama, syaurah mencecah usia 2 tahun. Alhamdulillah tahun ni takde demam2 mcm taun lepas ( 6 hari dok wad). Semoga kakak membesar dengan sihat & ceria. Actually memang tak plan nak sambut birthday syaurah pun. Cuma mama dah tempah kek untuk hjg minggu ni, pak uda (adik bawah mama) nak bertunang. So sekadar menumpang kemeriahan majlis bersama adik-bradik + sedara mara yg datang. 
 Alih2  semalam abah tetiba nak sambut kecil-kecilan. Balik rumah petang tadi....dah bersih..( mekaceh...hehe) siap ada gantung belon lagik..rajin sungguh laki aku . Tak ajak sesapa pun, yang ada family adik ipar ( adik abah) & su nora (adik abah gak...dia memang dok penang lepas stpm). Thanks sbb datang & lain tahun kita sambut lagi.

2 hari b4 besday..posing 'pink'
 
kek, sate, kfc + air oren


abah yang tiup lilin..


asyraaf...pasai apa la nampak blakang ja?