Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Mari memetik buah naga :-)

Assalammualaikum...pagi semua.....:-)
Terpaksa menceriakan diri sendirik, walaupun mata ni mcm nk terkatup. Ambik mood pagi isnin ni, sblm kite mulakan keje

Weekend lepas kami balik sg siput, tp mr opel blk ke penang semula pg sabtu sbb dia bnyk kejer katernya. Pengadil yg plg macho kekdahnye : p.
tinggal la kami 3 branak... Huhu.. Ayat sedih, padahal anak2ku yg plg excited & boleh lari2 sepuas hati. Antara aktiviti kami ialah...

Jom petik buah naga!



Pokok ni tok ahmad & opah fatimah yg tanam. Ni kali kedua dia berbuah. Tp kali ni keluar 2 bijik sekali gus. Bagus sungguh..lenkali buah banyak2 lg ye. So kite close up sket


Merah menyala...mcm isinya


Pekerja2 upahan.tp sedikit seksi hari ni


Keje dah siap...tggu upah plak :-)

Sebijik buah tu tok ahmad beri pada jiran depan, sbb cucunya hari2 dok tengok buah tu membesar. Buah tu kena simpan dlm peti. Baru best mkn sejuk2. Sorry la, tak ambik plak buah yg dh dipotong. Tp yg tak bestnye bebudak duaorg ni taknak mkn. Agaknye rase dia yg lembik2 basah. Pada mama mmg sedap, manis- manis sejuk. Nnt bole ketak dlm puding mcm bawah ni


Mmmm.....mesti kuah kastad tu tukar warna merah gak!
posted from Bloggeroid

Tuesday, June 12, 2012

Aktiviti cuti sekolah

Lepas post yg pertama, check through pc... Success!!( adess...org lain dh berkurun buat). Kita proceed pd entry seteusnya.

Walaupun mama tak mengajar di sekolah & anak2 kesayangan pun kecik lg tp mr opel kami adalah cikgu yg tentunya bercuti selama 2 minggu lepas (jelesss sungguh). Cuti kali ni mmg penuh dgn aktiviti, marathon kenduri kawen yg tak abis2...starting awal cuti, majlis kenduri kawen farah & sidiq. Sabtu pertama diorang akad nikah & the next day kenduri...sgt meriah & kehadiran tetamu y xputus2. Opah & tok pun dtg dr sg. Siput naik kerete pak cu paid. Antara gambonye...









Time hr akad nikah &kenduri, mcm biasa sidebab tu automatik ngantuk & tido, penat sgt travel agaknya plus segan dgn org ramai sgt. So bila nak ambik gambo, tak dan nk pakaikan baju. Tu pun kira nasib baik sempat ambik gambo.. Yg kakak pun sama, asik bad mood jer,nasib baik tata berjaya pujuk pakai bj cantik.

Sabtu berikutnya kita org gerak ke cheras, rumah farah untuk majlis pihak lelaki. Rumahnya kt area subang jaya betul2 depan sunway pyramid. Kali ni releks skit, ye la datang sebagai tamu, harusla dtg melenggang sajek :-)



Saper yg kawen ni...syahmi tanpa dijemput, terus naik duduk atas kerusi. Tak malu sungguh siteruna nih!



Lega sungguh segalanya berjln lancar. Perjalanan & majlis kami dipermudahkan Allah, alhamdulillah. Lepas ni tata & nani dh boleh tarik nafas lega., kita tggu giliran su nora plak :-) ...tp tak tau biler
posted from Bloggeroid

Thursday, February 9, 2012

Bila diri diuji...

Last two weeks..setelah sekian lama tak jatuh sakit, akhirnya aku demam jua!!! Untuk orang yg jarang sakit (..ermm Alhamdulillah) , bila sekali sakit aduhaii..hanya Allah yg tahu. Starting 3 days before, jumaat malam Syahmi meragam time tido- mama pun tak tido gak la, sabtu malam- syaurah lak dok bergaru time tdo- again mama tak tido, jadik tukang garu dia & ahad malam again Syahmi sekali lagi meragam&menangis time tido- jenuh la mama & abah dok pasang ayat AlQuran guna hset. Dah dekat2 kul 6 baru nak lena. So Isnin pagi pegi kerja macam orang lalokk...huhu..stressed sangat!
Walaupun hari sabtu dan ahad, tetap tak dapat qada balik tdo yg tak cukup tu sebab si debab tu macam jam loceng , once dia terjaga, mesti nak kasik mama jaga jugak. Terus nak main- non stop! Mama jugak lak jadi mangsa lenyek dia. Weekend dah jadi sesuatu yg memenatkan walaupun bermaksud 'cuti dihujung minggu'. Masa ni la nak kemas rumah, nak basuh baju, lipat kain, masak etc..etc..etc.. Tapi sebagai seorang mama, time ni la kita nak spend masa ngan anak2 & family. Thanks Allah!
Berbalik kisah sakit tadi, Isnin malam kitaorang pegi  carefour & balik makan nasi kandar kat seberang jaya. Mr Opel dah pesan siap2 kat 2 beradik tu. Malam ni tido awal, sian kat mama & abah ( rasenye lebih kpd mama kot). Dia siap pasang cd ruqyah untuk kanak2( untuk halang gangguan syaitan). Alhamdulillah malam tu anak2 mama tido lena. Tapi yg TAK BESTNYER, kul 2 pagi ++, mama terjaga - awat la sejuk sangat ni, sampai menggeletar. Ambik selimut tebal tebal pun menggigil lagi. Tak boleh lelap sampai pagi. Sahih demam!
Esoknya ikut Mr Opel pergi klinik Seberang Jaya, (ada appoiment Syahmi sebenarnya) jumpa doktor, check darah, suhu 39 degree celcius. Finally i've got MC for 2 days ( 31 & 1/feb). Time ni la baru terkenang nikmat Allah semasa sihat.

Pengajaran: jangan mengeluh kerana kerja@penat, ianya 1000 kali nikmat berbanding ketika mengeluh kerana sakit!

Tuesday, July 5, 2011

@Taman Rama-rama, Penang

Salam pagi...
Memandangkan sabtu lepas mR Opel ade Larian 1Malaysia kat sekolah, esoknye wajibla ada acara jln2 untuk mama & anak2ku..hehe. tak jalan mana pun..taman rama2 je. Lebih 5 tahun dok penang, ini first time mama & mR Opel datang ke sini. Sebagai anak kelahiran penang, syaurah & syahmi wajib le tau tempat menarik kat sini...( mama korang memang slalu over!  hehe..). Tiket masuk sorang Rm18 (mykad) untuk mama & abah, bebudak bawah 4 taun f.o.c
kat pintu masuk, syahmi dok aims air tejun tu

pelan taman...kita orang missed satu tempat...balik baru perasan

mendaki puncak...sidebab tu nak jalan sukati dia je..


rerama@ rama-rama? akak : 'ame-ame'


biodiver city...akak buat gaya apetu?
                                                                                                                                              
 
Day & Night       
Antara ruang pameran yang ada

Kitaorang  berada kat situ lebih kurang sejam, ingat nak dok lama sikit. Tak puas tengok ...reramanye cantik sangat + lanskap pun menarik. Tapi pepaham je la, syahmi & syaurah pantang tengok kolam.. dalamnye ada macam2 ikan tapi semua yg big size..jangan cari nahas yer! End of visit, mama beli magnet sbg kenang2an ( nak tampal kat petiais) & 2 ekor rerama tipu (utk sorang satu). Insyaallah ada rezeki kite datang lagi..tapi tunggu diorang beso sikit.

Monday, January 31, 2011

cuti semester, tapi tak cuti

 Tarikh 31/2 hingga 4/2, adalah cuti mid-semester bagi pelajar2 politeknik seluruh Malaysia. Tetapi hanya untuk pelajar, pensyarah yang nak cuti, boleh apply cuti. memandangkan raya cina jatuh dalam minggu ni jugak. Time ni la masa untuk menyelesaikan kerja2 yang tertangguh. 
List mama: 
a. Semak segala test, kuiz, assignment, report bengkel dan sewaktu dengannya
b.melengkapkan kedatangan kelas & mengeluarkan segala surat2 amaran untuk subjek yg diajar
c.melengkapkan FRP-fail rekod pensyarah ( ala-ala buku rancangan mengajar )
d. kemaskini fail pelajar kelas softskill-latihan Industri sem depan
e. perancangan untuk kelab keusahawanan, buat checklist untuk beli barang ( tak tau nak ambik contoh dari mana)

Rasenya banyak lagi...untuk setakat 3 hari ni harap-harap 5 benda ni dapat disiapkan. Tapi kak Wan" my opismate awal-awal lagi dah goda ajak pi giant tengahhari  satgi...dugaannnn

Saturday, January 22, 2011

mama ke yang bersalah?

Kelmarin public holiday, thaipusam...dlm ayat panjangnye: "hari untuk berehat di rumah bersama anak2 dan masa untuk mengemas apa yang patut." Tapi mR Opel ada urusan di sekolahnya, jadi  macam biasa kami 3'S' ni kena tinggal kat umah. Actually abah ada ajak pegi sekali, tapi memandangkan deretan kerja menunggu panjang sangat....apa kerjanye? basuh baju, jemur baju, lipat kain yg dah kering, masak, bagi mandi anak...bla2..bla2...
Bila masuk tengah hari budak 2 orang ni dah start ngantuk (ni yg tak best bile pegi jalan2). Syaurah mencari teman2 baiknye : puting & bantal bucuk. puting jumpa, bantal takde. Alahai ..kat mana la dia letak. Jenuh mama cari, dalam beg, bakul mainan, laci TV bilik stor, dalam peti ais....tak jumpa. selalunya syaurah tau kat mana dia tinggal bantal kesayangan dia. bagi bantal adik yg sama sebijik, dia kata " dik" means bantal ni adik punya, bkn dia. Sian dia tercari cari "cuk". Abah balik nanti kita cari ya.
Bila mama tanya abah, "abang pun cari pagi tadi, takde pun.." masalah besar ni...tawaf rumah la kitaorg cari lagi. Terdetik hati mama nak jenguk mesin basuh...TU DIA, CUK DOK BERENANG.....mama dah terendam sama baju anak2. syaurah apa lagi, "cuk...cuk..."sambil hulur tangan mintak. Ni basah la sayang. Terus on mesin ...kasik basuh & jemur.

kakak intai apa tuh?

intai "cuk" kena jemur

menanti 'cuk' kering
abah kata salah mama sebab tak check before rendam. mana la mama tau, entah bila kakak simpan dalam bakul baju. Sudahnya kakak tidur pada 6.30 petang....

Tuesday, January 11, 2011

weekend di Taman Sutera


Last weekend,tak balik Sg. Siput (sebab dah balik minggu lepas), jadik memerap je la kami 4 beranak kat rumah. Plan nak keluar tapi tak jadi, terasa badan letih sangat. So buat la apa yang patut kat rumah sambil melayan anak2. Di waktu siangnya.......

nak basuh berak pun pakai skarf?
ini adalah segmen mari menari ala2 bollywood

hari dobi sedunia, penat mesin basuh bekerja ari ni. nasib baik ada tukang lipat, sayang mR Opel
dia pun nak tolong sidai

sila-sila...letak apa yang patut


jumpa tudung, try kejap


 Waktu malamnya pulak......
mengintai minah2 kilang depan rumah

mama baru nak duduk, dia dah booking dulu

lagu feberet kakak, apis! nganga je dua beradik ni

syahmi dalam usaha nak duduk@merangkak...erm mama pun tak sure

malam tu semua tido lambat layan AJL. lagi pun esoknya masih cuti...tak puas hati  dengan result AJL...tapi takde effect pon, diorang menang dapat duit, kita yang tengok dapat ape?...kalau mama juri AJL ni, yang menang patutnya dato' Siti. Tak ke gitu?




Thursday, December 30, 2010

~esOk Cuti ...la~la~la~

congrate untuk semua pemain malaysia yg mengalahkan Indonesia dalam piala Suzuki AFF semalam.Dengan mata 4-2.  Rase best sangat...tapi ada rase terkilan skit, kalo malaysia boleh jaringkan satu lagi gol dipenghujung game lagi best...walaupun pun mama tak berapa minat bola, tetap nak tengok sebab Malaysia main.  Anugerah tukang sorak , tak lain jatuh pada mR opel !.. (sampai syaurah 'urut' dada...terkejut abah oiii!!). Anyway thanks again..sbb kan m'sia menang kita dapat cuti..hehe..  ;)

first syahmi masuk kolam...carik bola dulu

this is my ball

tengok je boleh...ambik jangan ye


dah cuti esok, tak yah pegi sekolah la anak-anakku, kita layan tv kat rumah, okay!