Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Kenduri kesyukuran & naik buai

Assalammualaikum. .

23 februari lepas satu majlis kesyukuran selamat diadakan di rumah opah&tok di perlop 1. Sebenarnya majlis ni sempena kelahiran anak sulung pak uda Fahmi, fatiha yang jugak berpantang kat rumah opah. Lama dah rancang tapi tak dapat tarikh yg sesuai. Tapi opahnya kata alang2 dah buat kenduri terus la naik buai sekali. Opah jemput geng2 marhaban perlop 1.

Bila dh last minit punya plan, last minit jugak la actionnya. time rehat hari jumaat, sebelum balik kampung, bergegas mama ke AtoZ cari barang2. Penat dok pusing2, sempat cari beg & barang souvenier untuk orang marhaban.
Sabtu esoknya baru cari barang utk hias buai. Buat ala kadar je...tu pon Mr Opel kata berejam tunggu pilih barang...eh ye kerr?

Hari kejadian...


Hasil tangan mama....kira ok la kan mmmmm....


Memula masuk buai dia lena, kali ke dua macam stress pulak si syafiah ni



Gotong royong memasak kat belakang. Terima kasih banyak2

Sebenarnya fatiha sempat naik buat dalam 2 minit je. marhaban dah nak abis baru diorang sampai. Nasib baik la ada syafiah untuk diletakkan dlm buai. Kalo tak, buai kosong je la. Nak dijadikan cerita, dah sampai tgh jalan baru perasan kunci kereta lagi satu tertinggal atas kereta tu jugak. So terpaksa la patah balik, takut kereta kena curi. Nak pulak diorang baru je pindah area situ.

Apa2 pun syukur semua selamat dan berjalan lancar. Alhamdulillah


Foto gedik mama & syafiah
posted from Bloggeroid

Monday, February 10, 2014

Taman Burung Seberang Jaya

Alhamdulillah

Hampir 5 taun dok kat seberang jaya ni , dapat gak menjejakkan kaki kat taman burung..sadiskan. tu pun dah abis pujuk Mr opel. Kitaorg pegi sana pada 12/01/14, petang. Cuaca pon ala2 panas terik. Tapi ku gagahkan jua sbb boring sangat dok rumah lelama. jarak taman ni dari rumah dekat je, tak sampai 5 minit.

Tak sangka rupa2nya dalam taman ni kawasannya boleh tahan luas. Dari luas nampak kecik je. Banyak sungguh spesis burung dlm ni. Kitaorang jalan2 cuci mata je. Yang paling excited adalah Syahmi, laju sungguh melangkah sempat mengepau mama aiskrim cornetto. Syaurah macam takut2 je, maybe sebab pernah kena 'serang' dgn ayam opah. Siap boleh tanya bila nak balik lagik..ermmm..





Selain burung ada gak buaya besar, kancil kat dalam tu. Tapi tu la payah nak ambil gambar sebab dok kejar si debab tu. Mr opel dok sorong stroller Syafiah. Nasib baik si kecik ni mood ok. Sempat la nak round sampai abis.


Muka sedih hehehe

Laluan tasik menghala ke jln keluar. Tapi melalui kawasan terbuka, yg mana ada certain burung yg dibiar lepas macam tu saja. Saspens sungguh ..laju je jalan takut kena patuk.
Before balik sempat lagi kitaorg bergambar dgn burung kakak tua, kira pakej la dlm rm30 rasenya...lupa plak. Ingat nak beli souvenier tapi macam mahal je. Takpe la gambar pun dah cukup

Lain kali kita jalan tempat lain plak oke

posted from Bloggeroid

Saturday, February 2, 2013

Makan 'jem' di Cameron Highland

Salam... Last week punya cerita, sempena xtra cuti thaipusam kita org berjalan2 ke camroon highland. Ala one day trip je pun. Actually xde plan apa pun cuma mama ada tanya kt syaurah nak makan strawberry tak 2 minggu sbelum tu. Haha kasik psiko sket even abah diorang pon xtau.
Sehari sebelum pergi, baru la mR Opel tanya betul ke nak pegi cameron sbb org sekeliling dok sebut2 pasal cameron. Of course mama jawab yesssss!!! Tp pepaham la sendiri punya plan sendiri kena tanggung budget :-[
tapi takpe setakat duit minyak & makan takde hal ececee ayat blagak. Lagipun dekat je kalo ikut simpang pulai. Lupe plak, rombongan kitaorg 2 keter, opah, uda fahmi & acik ila join sekali.


After hampir 4 jam keras bontot dlm kereta akibat jemmmm, baru la sampai ke tanah rata. Time tu dah la hujan lebat, berpusing2 cari kedai makan. Nasib baik tok ahmad tak ikut, kalo tak mesti tahan telinga dgr dia bising.

pasaipa la time kitaorg dtg, semua org nk datang sini??? Mcm la cameron ni aku yg punya



Tak dpt petik strawberi pun, ambik gambo pun jadik la

Disebabkan hari dah lewat petang, so kitaorg sepakat singgah satu tempat je, iaitu scorner untuk beli2 barang. Tapi kedai pon banyak yg nak tutup. Sempat gak sambar tshirt 2 helai, jagung & buah strawberi (xde la manis pon). Cik syaurah kita awal2 lagi dah pow cekak strawberi yg tutup telinga tu. Hanya syaurah sorang yang sempat berposing kat strawberi






Driver yg keletihan .....sian

On the way balik sempat juga singgah area kea farm, beli jagung (jagung lagikkk....) & sayuran. Opah beli bunga ros, cantik gak la. Nasib baik jalan tak jem tapi hujan tersangat la lebat. Dah la malam, jalan berbelok2. Kitaorg singgah makan kat mee rebus ramli dulu sblm sampai rumah. Penat, tapi ok la. Next time kalau nak pergi kena bermalam kat sana, mR Opel pls take note

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 11, 2012

kek coklat kukus

pagiiii......hehe 2nd entry utk pagi ni

seperti yg dijanjikan...taraaaaa


ahad lepas mama buat kek coklat, sambil dibantu oleh cik syaurah, mengacau sebenarnya. resepi ni mama ambik dr blog kaan lama, linie, mynewcubicle.blogspot.com . dia pun ambik dr blog2 otai kek ni. tp geram tgk kek linie, gebussss.
sebenarnya bnyk problem dlm menghasilkan kek kukus ni. first cheese tak cukup gram, brand yg slalu beli tu, tartura@philedephia takde, so main ambik je brand scs. rasanya lebih kurang tp skit sgt. yg kedua, kek ni dimasak secara kukus, mama takde loyang yg tinggi, so main rembat yg spring foam punya. bile tak muat loyang, terpaksa la buat 2 kali.
yg belah kiri tu baki bancuhan, cheese nye mama main curah je. kalo tgk yg kanan tu kek tu mcm tak cantik surfacenyer sbb takde cukup ruang nak mengembang. walaupun tak cantik rasenya boleh tahan. syahmi dok mengulang bukak peti ais....ishhhh dah terlebih ni dik.

mama bagi skit kat makcik normah & bawak skit kat opis, bg kekawan rase. hari ni pun mama bawak lagik untuk k wan sbb anak dia dok hairan pasal pa kawan ibunya bagi skit sangat.
feedback yg +ve ni buat lebih bersemangat nak buat next time

Monday, July 9, 2012

The carnivall, sg petani

Assalammualaikum & pagii..

Sabtu lepas tak balik kpg & mr opel dh bisik-bisik 2,3 hr sebelum, nk bawak anak2 pegi mandi kolam. Saje la taknak heboh, satgi cik kak kita ni tak abis2 tuntut janji.

Kali ke 3 budak berdua tu mandi kat sini. Yg last tempoh hr dtg sekali tata & nanny. Biasanye kitaorg tolak awal, kali ni ptg plak. Siapkan urusan2 kt rumah..esp. Baju yg bertimbun x lipat :'(

Macam biasa, mndi mmg tak hingat dunia..terutama syaurah yg makin berani pnjt2.so kitaorg perati dr jauh jela. Syahmi pun lebih excitet kali ni, cuma risau dia terjatuh dlm air even air tak brape dlm. Orangnye bulat so pepaham je la, kecenderungan nk jatuh tu tinggi.

Yg lainnye kali ni, baju mandi kena tukar, kakak pakai yg adik, adik pakai yg kakak. Dulu abahnye beli baju kakak besar skit tp bila masuk kat syahmi skang, :-[ ala-ala sendat tp masih muat...fuh legaaa! Nasib baik cikkak tu kategori kurus lg even perut muncit skit ;-)
Masih buat baju syahmi tp dah senteng sampai peha.








Mcm biasa takde ambik gambo waktu mandi (sumer sorok dlm loker je). Before balik pakse gak mr opel ambik gambar utk kenangan. Tp tuan ambik gambo takde plak dlm gambo, sorry ye bang!

Kitaorg balik around 5 pm, tu pun dh salin baju, syahmi menonong nk masuk kolam balik aissh! !! Balik singgah carefour, beli brg2 nk wat kek. Mlm esoknye br sempat buat. Nanti kan entry kek coklat yg tak brape nk jadi hehehe ( mood prasan chef glemer!)

posted from Bloggeroid

Monday, June 25, 2012

Mari memetik buah naga :-)

Assalammualaikum...pagi semua.....:-)
Terpaksa menceriakan diri sendirik, walaupun mata ni mcm nk terkatup. Ambik mood pagi isnin ni, sblm kite mulakan keje

Weekend lepas kami balik sg siput, tp mr opel blk ke penang semula pg sabtu sbb dia bnyk kejer katernya. Pengadil yg plg macho kekdahnye : p.
tinggal la kami 3 branak... Huhu.. Ayat sedih, padahal anak2ku yg plg excited & boleh lari2 sepuas hati. Antara aktiviti kami ialah...

Jom petik buah naga!



Pokok ni tok ahmad & opah fatimah yg tanam. Ni kali kedua dia berbuah. Tp kali ni keluar 2 bijik sekali gus. Bagus sungguh..lenkali buah banyak2 lg ye. So kite close up sket


Merah menyala...mcm isinya


Pekerja2 upahan.tp sedikit seksi hari ni


Keje dah siap...tggu upah plak :-)

Sebijik buah tu tok ahmad beri pada jiran depan, sbb cucunya hari2 dok tengok buah tu membesar. Buah tu kena simpan dlm peti. Baru best mkn sejuk2. Sorry la, tak ambik plak buah yg dh dipotong. Tp yg tak bestnye bebudak duaorg ni taknak mkn. Agaknye rase dia yg lembik2 basah. Pada mama mmg sedap, manis- manis sejuk. Nnt bole ketak dlm puding mcm bawah ni


Mmmm.....mesti kuah kastad tu tukar warna merah gak!
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 27, 2012

Syahmi dah 2 tahun & Zoo Taiping

tak tau nak letak tajuk apa...tapi banyak mende nak cerita. kasi shortcut kita gabungkan 2 citer dlm satu entry, ala2 compress. ( sementara si debab tu tak jaga lagi )
 Tanggal 23 Mac lepas anak teruna mama dah cecah 2 tahun. Alhamdulillah Syahmi makin sihat & debab. Wish u heppi besday sayang!!

Setakat ni vocabnye dah bertambah sedikit, tp mostly mama & abah masih ambil masa nak faham apa yg dicakapkan. tapi yg bestnye word yg merujuk kpd makanan macam air, nasi, susu he's able to pronounce it clearly. Syabas anak mama!, alamatnya nanti doktor bising lg la next checkup. Pastu dah pandai merajuk & tunjuk rasa tak puas hati ( marah2 la konon..) kalau tak dapat something. Dan yang paling tak boleh tahan, habit suka melenyek org makin aggresif. org yg slalu jd mangsa ialah  buah hati diorg ni jugak..isk..isk..

Ba\erbalik kepada aktiviti weekend lepas..
Setakat ni kitaorg takde la plan nak celebrate ke hape, cuma mama dah bg 1 week notice ( boleh pakai ka ini term?) kt mR Opel nak bawak anak pergi zoo. kesian kat diorng lama tak jln2 ..setakat pasaraya tu tak kira la kan. So ahad lepas, lepas puas menunggu abah diorg balik keje, akhirnya sampai jugak kami ke sana. seingat mama ni kali ke 3 buat syaurah &  kali ke 3 juga buat syahmi ( 1st masa 37wk dlm perut mama & 2nd dlm 2 bln ++ tp dok kat luar pagar ngan opah +tok  :- )  )

first time tgk gajah live...balik rumah muncong2 buat aksi gajah
                                     tempat favorite nak ambik gambo. Syahmi dpt sebut gajah dgn betul!
with org utan..syaurah kata ' nenek monyet'
                                                         tak sempat posing la mama!
                                                     boboboy fans...and mR opel
 Gambo yg  last ni mama snap dr gambar poskad. Skang ni bila masuk je gate zoo tu akan ada org suh ambik gambar kat background diorang. Gambar tu akan didisplay kat pintu keluar & kalau nak harganya RM 30 (saiz 6R) skpg. Agak mahal., tapi kita org takmo pikir panjang2 bayor je ( kalo tak ambik mesti nnt dok teringatje). At least buat kenang2an. lagi pun sejak berempat ni payah nak ambil gambar sefamili.

Before balik penang sempat lagi kitaorg singgah masjid taiping mandikan budak berdua ni. Melekit2 dgn peluh. Dlm kereta syaurah melenakan diri tapi syahmi masih kekal aktif pasal dia dah lena dulu masa on d way dr penang. sampai rumah memasing keletihan tp mama & abah sgt puas hati, dapat spend masa ngan anak2 tersyang !!

Tuesday, January 3, 2012

Dino...dinosour ...Aaauuummm

(entry lapuk lagik)
Sabtu lepas, kami tak balik kampung, sbb mR Opel kene jadik referee kat USM, ada sukan antara desasiswa. Actually start dari hari Jumaat & Sabtu sampai tengah hari je. Staff dah ramai jadi abah boleh balik awal..yeyeye. Selepas puas berehat (orang jadi referee tersangat la penattttt!) dlm kul 6 petang lebih kitaorang bergerak ke Jusco Perda. Dah janji kat syaurah nak bawak diorang tengok dinosour. Ada pameran Dinotrek kat sana Siri ke2. Yg first memang tak pergi, syahmi kecik lagi time tu. Masa tu tak pasti  dinosor tu tutup kul brape. Mr Opel kata dia jenguk dulu , mama staydlm keter ngan anak2, kalo dah tutup kita gi pesta je la...iskkkkk kan dah janji... kang merajuk lak syaurah tu...Tp Alhamdulillah tak sia2 kami datang petang tu, pameran tutup kul 9 mlm, tapi last tour kul 8..
 Mr Opel dok kejar syahmi...
 pasal pa tangan dia kecik sangat ek?
 Syahmi memang tak tau takut...selambe je main lari2 dalam tu. Tapi cik syaurah kite takut skit. Siap suruh abah dukung & dia buat2 tidooo ..boleh? Sebelum ni dia yg beria2 nak tengok dinosor.
Kat dalam tu ada sediakan satu stage untuk ambik gambo & terus send ke email. Tapi sayangnye gambo yg diambil tak cantik. Maybe sebab kamera diorang yg tak brape best.
Esoknye telepon opah syaurah cakap "  Opah..akak tengok dinosor .." dgn bangganye...  ; )

Thursday, August 18, 2011

Lamanye tak update blog!

Salam pagi...huhu lamenye tak update. Terlalu sibuk dengan keje...
asyik keje...keje...keje...
Finally selasa lepas berjaya gak menyiap & menghantar soalan worksyop beserta skema...tahniah tuk diri sendiri!!

Minggu ni cik Syaurah Nur Aisyah takde kat penang ye..Last week balik Perlop, hari ahad memang kitaorg plan nak balik lepas bukak pose. Alih2.."akak tak nak alik peneng...nak dok sini"  Abah dorang yg sedikit hot time tu, terus bukak bonet bawak kluar botol, susu & bakul baju. Nasib baik mama dah asing siap2 baju syaurah & syahmi. Tinggal la syahmi sorang2  takde kawan...sian adik....

                          Aksi syahmi tiru gaya kakak makan coklat feveret ..kinder bueno
                                         kecik sangat sudu tu...cam ni ha..lagi senang
dalam sejarah, first time syahmi gunting rambut kat kedai mamak, as requested by me. Rimas tengok rambut dia yg kerinting2  tu. Sebelum ni anak Makcik Normah yg gunting. Abah kate memula dia geleng2 jugak. Agaknye dah rase sedap mesin tu kat kepala, baru diam sampai abis potong...baik sungguh anak truna kami nih!

Kelmarin bukak pose masak spagetti..mR Opel ngidam nak makan...licin satu kuali. Mama masak separuh je pastanye..tu pun dah banyak sangat
Makan sampai kekenyangan....& tak sedar nak bangun sahur esoknye...huhuhu

Tuesday, July 19, 2011

Tinggal la kami 3 beranak...

Last weekend, mR Opel terlibat dgn aktiviti bola tamparnye-Sabtu & Ahad, dari pagi sampai malam ye. Awal2 dia dah tanya nak balik Sg. siput tak...kalao nak dia hantar. Tp memandangkan baru je balik minggu lepas, malas + letih plak rasenya. Kerja pun banyak yg tak setel lagik. So tawakkal je la tinggal ngan 2 beradik nih.
Hari sabtu ok lagi...pukul 10 pg akak dah ajak jalan2, mama yg 'terlebih rajin' bawak diorang jln kaki ke playground lorong 2..berpeluh2  syahmi..boleh bakar kalori sket. Tgh hari bagi diorang tido..mama pun lena sekalik..sedar2 dah 3.30...bagi bebudak tu makan nasik...nasib baik lauk dah masak siap2 mlm semalam. Petang kul 6...akak ajak jln lagik....yg ni memang rutin--->>jalan2 depan rumah sambil maknye nyembang2 ngan jiran2. Abah diorang balik dlm kul 9.30 mlm...lega la untk hari sabtu nih...
Ahad esoknye, hari panas terik. Nak jln2, kang demam plak. Abis sidai baju sumer & pack beg bebudak ni. 'Jom kite g carefour'.... Meluru dua beradik ke pintu...siannnnn anak2ku. Inilah kali PERTAMA mama bawak syaurah &syahmi ke shopping complex tanpa mR Opel. Tapi dah pesan siap2 kat syaurah...sampai sana dok dlm troli, abah takde , susah mama nanti...dia angguk je (paham la kot). Sidebab tu usah citer la..sua kaki suh pakaikan kasut. Kat carefour mama lepaskan diorang main dlm playground , 2 orang seplo ringgit. Korang main la puas2.
gambar syahmi takdan nak snap..asyik lari sana sini...dlm 40 minit, mama ajak minum milo ais ( nak ajak makan sebenornye...) Makan nasi ayam KFC dgn budak berdua tu dok dlm troli. Lepas makan kitorg gi naik ketapi ( ni pun dah banyak kali janji ngan syaurah). Tak sempat ambik gambar sbb kena pegang syahmi (dia suka lepas tangan ) takut melayang plak..

sesi merempit ngan keter ferrari merah...memasing pegang stereng, tak tau nak pegi mana

Kitaorang balik dekat2 pukul 3. Mandi, minum susu & lena ..mama pun sama..Sekali bgn dah 5 lebih, adus zohor.....mR opel balik dekat kul 10.30 mlm, bebudak masih nak main walaupun dah light off ( ceh! mcm asrama lak)..Terpikir gak, agaknye mcm mana la kalau sampai sekarang mR Opel masih tak dapat pindah dr shah alam...agaknye lebih kurang mcm ni la kot  + budget hiburan kena lebih stp bulan, WAJIB!

Thursday, March 24, 2011

Last weekend activities

Salam petang...walaupun mama tak jadi pergi kursus tapi masih perlu pergi kerja sabtu & ahad lepas. Ada majlis konvokesyen di PSP. Mama bahagian jemputan graduan yg ibarat kerja belakang tabir, so hari konvo tak terlibat apa2. datang thumbprint, buat keje skit & tengahari balik jenguk anak ( abah dorang jaga ). Lepas kerja hari Ahad, bawa anak2 pergi jejalan Jusco Perda.Antara gambar yg sempat dirakam
terlalu excited ada tempat main yg luas

kakak: meh la jemput masuk

dah masuk tapi patah balik...pasal apa ya?

jaga pintu sorang satu

"ahmad albab"...syahmi & pintu xdpt dipisahkan

kalo suruh senyum...mesti kecikkan mata

abah pun tringin nak join...kasik chance
 Memang best dapat bawa anak jejalan tapi yang tak bestnye, time nak balik syaurah mengamuk taknak balik, jenuh gak buat drama air mata.

Thursday, January 20, 2011

@Lembah, kuala kangsar

salam, ni last weekend punya cerita. Actually kitaorang plan nak pergi taiping rumah Nyah tapi tak jadi sebab dia  takde di rumah. so ini la tempat jejalan minggu lepas. Takde la cerita apa pun, hanya gambar, jom layan..
syahmi with mak yong
si kakak ni pantang dapat jalan, selalu over excited. tak peduli orang lain dah



posing ngan opah

turn syahmi...lega ada orang dukung


main redah je
balik dari kuala, singgah TF jap. Ingatkan nak beli pampers budak berdua ni, tapi takde offer, so abah beli susu & nestum syahmi je. Abah shopping sorang, kami....

opah, tuk, syahmi...tengok dari luar je
syaurah masuk tempat main budak2 kat situ, bayar RM2, tapi tak sampai 15 minit dah nak keluar...isk..isk...
syahmi salam maskot MB..(kakak nyorok blakang mama)

kakak memang fobia maskot beso2 camni. dia lebih suka join anak cina kat situ main belon. Macam dah member plak..Walaupun penat berjalan ari ni, tapi puas hati tengok anak2 ku gembira, sekali sekala...lain kali jalan lagi ya!