Saya siarkan iklan nuffnang!

Sunday, March 2, 2014

Kenduri kesyukuran & naik buai

Assalammualaikum. .

23 februari lepas satu majlis kesyukuran selamat diadakan di rumah opah&tok di perlop 1. Sebenarnya majlis ni sempena kelahiran anak sulung pak uda Fahmi, fatiha yang jugak berpantang kat rumah opah. Lama dah rancang tapi tak dapat tarikh yg sesuai. Tapi opahnya kata alang2 dah buat kenduri terus la naik buai sekali. Opah jemput geng2 marhaban perlop 1.

Bila dh last minit punya plan, last minit jugak la actionnya. time rehat hari jumaat, sebelum balik kampung, bergegas mama ke AtoZ cari barang2. Penat dok pusing2, sempat cari beg & barang souvenier untuk orang marhaban.
Sabtu esoknya baru cari barang utk hias buai. Buat ala kadar je...tu pon Mr Opel kata berejam tunggu pilih barang...eh ye kerr?

Hari kejadian...


Hasil tangan mama....kira ok la kan mmmmm....


Memula masuk buai dia lena, kali ke dua macam stress pulak si syafiah ni



Gotong royong memasak kat belakang. Terima kasih banyak2

Sebenarnya fatiha sempat naik buat dalam 2 minit je. marhaban dah nak abis baru diorang sampai. Nasib baik la ada syafiah untuk diletakkan dlm buai. Kalo tak, buai kosong je la. Nak dijadikan cerita, dah sampai tgh jalan baru perasan kunci kereta lagi satu tertinggal atas kereta tu jugak. So terpaksa la patah balik, takut kereta kena curi. Nak pulak diorang baru je pindah area situ.

Apa2 pun syukur semua selamat dan berjalan lancar. Alhamdulillah


Foto gedik mama & syafiah
posted from Bloggeroid

No comments: