Saya siarkan iklan nuffnang!

Sunday, March 2, 2014

Rumah Kami : Grill & wiring

Bismillah...

Saja nak update pasal rumah, untuk tujuan rekod je. Benda kedua yg kitaorang buat kat rumah lepas tinted ialah wiring dan grill. Pemaju memang dah sediakan wiring tapi yang asas je la. Kita terpaksa tambah point untuk lampu kat bilik2 dan point 13A untuk setiap ruang terutamanya dapur dan backyard. Wireman kitaorg adalah adik kpd kawan adik Mr opel. Tapi Mr opel mmg dah kenal lama diorang. Jadi takde la risau nak upah diorang.

Hajat di hati nak pasang plaster ceiling, tapi memikirkan beberapa kesan negatifnya kami laki bini sepakat taknak pasang. Tambahan siling asal rumah (tingkat bawah) agak rendah. Bila Mr opel hulur jari , sikit lagi boleh sentuh kipas. Yerrr laki ku ini tinggi orangnya. Tapi tak tau plak tahun2 yang mendatang kot2 rasa nak pasang kan....

kami pasang sekali wiring untuk 2 unit aircond dan autogate. Sejak duduk rumah sewa mmg teringin nak pasang aircond, tp tuan rumah dah pesan siap2 jangan tebuk2 dinding. Sebagai penyewa yg menurut perintah, kami ikutkan je. Kalau tak jenuh nak kena tampal plaster bagai balik. Yang autogate tu tak tau nak pasang bila. Wiring je dulu, pastu kena tunggu duit tabung penuh baru kita fikirkan semula.

Kami mintak wireman pasang sekali lampu kipas semua. Tak payah nak fikir banyak. Lampu led kami borong kat kedai di jalan raja uda. Tu pon tengok ada promosi dr katalong yg slalu sampai kat rumah. Beli main tunjuk2 je sbb malas nak survey2 kedai lain. Lampu pendafluor Mr opel beli kat kedai hardware depan taman. Sbenarnya mama lebih suka lampu panjang ni sbb lebih terang & tentunya jauh lebih murah. Tapi tu la, excited punya pasal kan....

Kipas ngan aircond kitaorang borong kat kedai tonmooi area bukit mertajam. Memang banyak pilihan. Asalnya nak ambik brand york, tapi tukar dgn fujiaire sbb dia offer warranty lebih lama dan tentunya lebih murah..bajet...bajet. so kitaorg angkat 1hp inverter & 2.5hp biasa punya untuk ruang tamu. Kipas semua brand kdk. Pun main tunjuk2 katalog jugak. Sekali harung, lagi pun time tu cuti dahnak abis, malas nak fikir dah
Antaranya


Lampu kat ruang tamu, kalau bukak cover tu mesti lagi terang

Untuk grill plak, mama pilih warna putih yg melintang tu. Banyak rumah pakai design ni. simple jek. Kitaorang upah kontraktor yang sama untuk grill dan extend belakang. Tapi tu la sebab banyak sangat ambik job, sampai ke hari entry ni ditulis, extend belakang tu masih belum siap sepenuhnya. Bukan extend full pon, naik bata separuh & grill separuh je, bumbung guna awning. Kabinet dapur yg last minute tu pon siap dulu. So gambar grill rumah kami


Kat sliding ada corak skit. Asalnya mintak semua daun, alih2 ada gak bunga terselit. Geram rasenya. Kat tingkap lain takde corak



Gambar backyard dah siap nanti baru upload
posted from Bloggeroid

4 comments:

Mastura said...

Nak tanya kabinet dapur buat kat siapa? Mahal tak?

wanie wadec said...

saya buat dgn Dyna kitchen, sg dua. boleh tgk fb dia. tak pasti la mahal ke tak sbb 3 kabinet tu dlm 12K ++

adistaring said...

Grill tu brape kos?

wanie wadec said...

dalam 2700 rasanya.kene bukak rekod balik