Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label Rumah kami. Show all posts
Showing posts with label Rumah kami. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Rumah kami: kabinet dapur & tv

Assalammualaikum. .

Masih lagi cerita pasal rumah..benda paling best bila nak masuk rumah dah tentunya kabinet dapur @ kc. Walaupun dapur ku sempit, tetap gak nak buat. Memula sekali kitaorg deal dgn company mykitchen. Wakilnya datang rumah ambik ukuran tapi bila mintak tabletop konkrit diorang tak buat, hanya ada solid, granite dan seangkatan dengannya. Lepas ambik ukuran tu dia janji nsk bagi quotation, sampai ke sudah tak dapat. Agaknya bila kitaorg cakap bajet kecik je, terus takmo layan....

Last2 kitaorang terus deal dgn dyna kitchen kat area sg dua jugak kedainya. Senang deal terus dgn owner dia Mr Tan, orang lama dan banyak pengalaman. Mr Tan janji untuk cuba siapkan table top sebelum raya cina, alih2, siap semuanya sekali sebelum dia cuti. Salute la kat uncle ni. Antara progres kabinet kitaorg..


Sebelum ni punya la google sana2 sini nak pilih kaler kabinet macam2..alih2 hitam kelabu jugak yg menjadi pujaan hati.
Bila dah siap..


Belah kiri tepi dinding tempat letak petiais. Ingat nak buat ssmpai atas, tapi terlebih bajet la plak.

belah kiri bahagian dapur mama request tall unit untuk letak oven & microwave... ( walaupun microwave idaman takdak bajet nk beli)

Last skali kita org punya kabinet tv


Simple jek, tapi boleh la nak bagi ruang tamu nampak luas sket.

Apa2 pun memang puas hati la dgn servis dynakitchen ni. Harap2 kalau ada duit turun dari langit boleh pasang kabinet baju plak ; )

posted from Bloggeroid

Sunday, March 2, 2014

Rumah Kami : Grill & wiring

Bismillah...

Saja nak update pasal rumah, untuk tujuan rekod je. Benda kedua yg kitaorang buat kat rumah lepas tinted ialah wiring dan grill. Pemaju memang dah sediakan wiring tapi yang asas je la. Kita terpaksa tambah point untuk lampu kat bilik2 dan point 13A untuk setiap ruang terutamanya dapur dan backyard. Wireman kitaorg adalah adik kpd kawan adik Mr opel. Tapi Mr opel mmg dah kenal lama diorang. Jadi takde la risau nak upah diorang.

Hajat di hati nak pasang plaster ceiling, tapi memikirkan beberapa kesan negatifnya kami laki bini sepakat taknak pasang. Tambahan siling asal rumah (tingkat bawah) agak rendah. Bila Mr opel hulur jari , sikit lagi boleh sentuh kipas. Yerrr laki ku ini tinggi orangnya. Tapi tak tau plak tahun2 yang mendatang kot2 rasa nak pasang kan....

kami pasang sekali wiring untuk 2 unit aircond dan autogate. Sejak duduk rumah sewa mmg teringin nak pasang aircond, tp tuan rumah dah pesan siap2 jangan tebuk2 dinding. Sebagai penyewa yg menurut perintah, kami ikutkan je. Kalau tak jenuh nak kena tampal plaster bagai balik. Yang autogate tu tak tau nak pasang bila. Wiring je dulu, pastu kena tunggu duit tabung penuh baru kita fikirkan semula.

Kami mintak wireman pasang sekali lampu kipas semua. Tak payah nak fikir banyak. Lampu led kami borong kat kedai di jalan raja uda. Tu pon tengok ada promosi dr katalong yg slalu sampai kat rumah. Beli main tunjuk2 je sbb malas nak survey2 kedai lain. Lampu pendafluor Mr opel beli kat kedai hardware depan taman. Sbenarnya mama lebih suka lampu panjang ni sbb lebih terang & tentunya jauh lebih murah. Tapi tu la, excited punya pasal kan....

Kipas ngan aircond kitaorang borong kat kedai tonmooi area bukit mertajam. Memang banyak pilihan. Asalnya nak ambik brand york, tapi tukar dgn fujiaire sbb dia offer warranty lebih lama dan tentunya lebih murah..bajet...bajet. so kitaorg angkat 1hp inverter & 2.5hp biasa punya untuk ruang tamu. Kipas semua brand kdk. Pun main tunjuk2 katalog jugak. Sekali harung, lagi pun time tu cuti dahnak abis, malas nak fikir dah
Antaranya


Lampu kat ruang tamu, kalau bukak cover tu mesti lagi terang

Untuk grill plak, mama pilih warna putih yg melintang tu. Banyak rumah pakai design ni. simple jek. Kitaorang upah kontraktor yang sama untuk grill dan extend belakang. Tapi tu la sebab banyak sangat ambik job, sampai ke hari entry ni ditulis, extend belakang tu masih belum siap sepenuhnya. Bukan extend full pon, naik bata separuh & grill separuh je, bumbung guna awning. Kabinet dapur yg last minute tu pon siap dulu. So gambar grill rumah kami


Kat sliding ada corak skit. Asalnya mintak semua daun, alih2 ada gak bunga terselit. Geram rasenya. Kat tingkap lain takde corak



Gambar backyard dah siap nanti baru upload
posted from Bloggeroid

Monday, February 10, 2014

Rumah Kami : Kunci & tinted

Assalammualaikum....(entry taun lepas yerrrr)

Rentetan dari check defect dlm bulan 10 tahun lepas, surat jemputan utk ambil kunci kitaorg terima lebih kurang 2 minggu lepas abis pantang. Ingatkan lepas dapat surat terus boleh ambil bila kita free, rupanya kena buat appoinment dulu. Ni kes excited terlebih. Nasib baik dah join fb tmn sg dua utama, ada yang share pengalaman diorang ambil kunci. Baru gelabah nak telefon pemaju. rupanya ramai yang dah booked tarikh, full sehingga next weeknya. Nasib baik dapat jugak slot minggu berikutnya, tu pun hari jumaat, petang. Takpe2 tak lari rumah dikejar...menten situ jerrrr

Hari ambil kunci 6 Disember 2013..


Check balik defect yg dah report sebelum ni. Dah dibaiki tapi ada plak defect yg baru. Tak sabarnya nk masuk rumah baru. Tingkap yg mengadap rumah depan tu master bedroom. Abaikan stroller cik piyah kat bawah tu, terpaksa bawak sbb x larat nak gendong. Pintu putih sebelah tangga tu untuk stor. Kecik je, tp sangat penting untuk simpan barang2 yang tak berapa sedap mata memandang : )

Sebenarnya kami dah buat appoinment dgn tukang tinted pada hari yang sama.. kes terlebih excited tadi ( sama je laki bini hehe ) . Elok je setel dapat kunci tukang ni dah sampai depan rumah. Sementara kitaorg menge'test' kunci2 yg berlambak ni , dia ukur tingkap. Selesai ukur dan bagi harga kitaorg terus deal jadi. Harganya agak murah, siap warranty 5 taun lagi. So dia akan pasang tinted keesokkan harinya sbb dah lewat petang.

Hasilnya..


Pasang tinted ni sehari pon dah siap. So far servis memuaskan dan tukang ni akan dtg balik lepas 10 hari utk check balik kualiti pemasangan. Macam kitaorg ada gelembung udara naik kat tingkap sliding, so terus dia betulkan. Harap2 sejuk la rumah lepas ni....


Kenangan:
malam hari ambil kunci ni, syafiah lain macam skit. Menangis je. takmo kat orang lain, asyik nak gantung ngan mama je. Kitaorg syak mungkin pasal masuk rumah tadi. tak ikut adab yang sepatutnya. Tambahan dah petang plus hujan renyai2 plak tu. Rasa menyesal sangat sebab terlebih gembira tadi. Mr opel pasang ayat Al Quran kat hfon & telefon tata minta tolong pakcik mansur buatkan pendinding. Lepas baca ayat kursi beberapa kali kat telinga, baru syafiah tenang mcm biasa. Alhamdulillah..lepas ni mmg sentiasa INGAT. In Shaa Allah
posted from Bloggeroid

Monday, October 7, 2013

Rumah kami: arahan bayaran

Assalam.... Ehem ehem...suka la sangat.... Lepas ni dok diam2 takyah gedik2 gi shopping time rehat

posted from Bloggeroid

Sunday, October 6, 2013

Check defect

Assalammualaikum...

Fuhhhh lama xupdate blog...malas punya pasal. :-P
First october lepas mama ngan mr opel pegi melawat rumah kat sg 2 untk check defect rumah. Pelik gak biasanya dh dpt kunci baru check defect, ni terbalik plak. Setakat check dinding retak, kunci rosak ok kot. Sbb air ngan api xde lagi.

Menunggu hari menge'check' dgn penuh debor.. Pasai pa? Dah hampir 2 thun sign snp & tgh tunggu masa potong gaji kita org xpernah masuk dlm rumah ni. Setakat intai2 dari luar je. Pernah juga dtg nak masuk masa dh siap, tp rumah dah kena kunci daaaa....sedih.

Time kitaorg dtg kali ni wakil pemaju dh bukakkan kunci siap2. Excited jgn citer la :-)
So far rumahnye xde la besar mana tp takde la kecik seperti yg dijangkakan. Kira boleh la untuk family kecik kita org. Cuma mama sedikit pening dgn warna dlm rumah, dari dinding, lantai, bilik air air sumer kaler putih, adeh...rase lemas plak

Master bedroom sedikit kecil compare ngan rumah sewa sekarang ni, tp takpe pasal dia ade ruang family kat atas. Walaupon kecik je boleh la jadik tempat lepak budak2 sebelum tdo. Bilik 2nd ngan 3rd jugak agak selesa luasnya tp dgn syarat kena letak perabot yg minima saja. Tak boleh lebih2.

Hasil dari lawatan tu kami jumpa 7@8 defect yg melibatkan crack sahaja. Tak tau plak kalo lepas pasang api air jumpa defect yg lain. Dijangka akan dpt kunci dlm bulan 11. Insyaallah. So balik dari sana kitaorg mula la merancang nak kemas2 brg kat rumah sewa ni. Takpe buat pelan2. Maybe akan ada beberapa perabot spt kabinet brg, almari yg akan diletgo. Target mama rumah baru cukup sekadar ada yg asas2 saja. Tak payah berdisplay kabinet bagai. Dan TERPENTING SKALI bajet yg akan mengalir bak air terjun....huhuhu

Semoga segalanya berjalan dgn lancar. Amiinnnnn

***dah terbayang2 meja makan marble idaman hehehe
posted from Bloggeroid

Monday, February 18, 2013

Melawat rumah kami

Assalammualaikum,

Weekend lepas tak balik sg. Siput, penat lak rasenya plus hari ahad nanti konfem jammed teruk. Sesi balik berjemaah bagi sesiapa yg cuti seminggu. :-P

Cik syaurah pon mesti syok lebih dapat duduk lelama dgn opah plus pak ngah pon balik bermalam kt sana, boleh main2 ngan zahirah & umairah. Opahnye citer kawannye sekejap je, pastu gadoh. Lepas sejam kawan balik, pastu gadoh, kawan..bla bla bla....aishhhh penat mama dengar citer opah.

Berbalik kepada aktiviti hujung minggu- melawat tapak rumah kami


So far rumah dah siap & berkunci. Kami cuma dapat tgk dari luar je :-(
Tinggal jalan depan rumah yg belum ditar. Rumah ni kecik je sebenarnye, sebab dia ada buat ruang untuk stor.


Bahagian ruang makan, ngam2 sebijik meja makan je. Ruang dapur pun ngam2 utk seorg punya aktiviti. Rasanya bahagian yg developer khas kan utk peti ais ( macam slot dinding) sempit skit.. Errrr..... Mr Opel, adakah kita perlu tukar....err..err...paham2 je la :-)


Masih tak paham kenapa mesti ada ruang kat bumbung porch ni. Kalo hujan mesti tempias kena sliding door.

Tak sempat snap gambo banyak2 hari tu, sbb kalut nk kontrol syahmi yg excited lari sana sini. Kalo masuk longkang kan kes naya huh!

Bila dah tgk keadaan sebenar rumah dalam kepala ni asyik pikir macam2. Especially perabot2 yg sedia ada kt rumah sewa kami. Kalau nak rumah yg selesa rasanya ada beberapa barang perlu dijual terumanya kabinet2 kayu yg big saiz + kabinet tv. Masalahnye ada ker org nak beli, sbb bermacam2 kaler. Apa2 pon kena pikir pelan2 & rancang teliti esp. **budget huhu

posted from Bloggeroid