Saya siarkan iklan nuffnang!

Sunday, October 6, 2013

Check defect

Assalammualaikum...

Fuhhhh lama xupdate blog...malas punya pasal. :-P
First october lepas mama ngan mr opel pegi melawat rumah kat sg 2 untk check defect rumah. Pelik gak biasanya dh dpt kunci baru check defect, ni terbalik plak. Setakat check dinding retak, kunci rosak ok kot. Sbb air ngan api xde lagi.

Menunggu hari menge'check' dgn penuh debor.. Pasai pa? Dah hampir 2 thun sign snp & tgh tunggu masa potong gaji kita org xpernah masuk dlm rumah ni. Setakat intai2 dari luar je. Pernah juga dtg nak masuk masa dh siap, tp rumah dah kena kunci daaaa....sedih.

Time kitaorg dtg kali ni wakil pemaju dh bukakkan kunci siap2. Excited jgn citer la :-)
So far rumahnye xde la besar mana tp takde la kecik seperti yg dijangkakan. Kira boleh la untuk family kecik kita org. Cuma mama sedikit pening dgn warna dlm rumah, dari dinding, lantai, bilik air air sumer kaler putih, adeh...rase lemas plak

Master bedroom sedikit kecil compare ngan rumah sewa sekarang ni, tp takpe pasal dia ade ruang family kat atas. Walaupon kecik je boleh la jadik tempat lepak budak2 sebelum tdo. Bilik 2nd ngan 3rd jugak agak selesa luasnya tp dgn syarat kena letak perabot yg minima saja. Tak boleh lebih2.

Hasil dari lawatan tu kami jumpa 7@8 defect yg melibatkan crack sahaja. Tak tau plak kalo lepas pasang api air jumpa defect yg lain. Dijangka akan dpt kunci dlm bulan 11. Insyaallah. So balik dari sana kitaorg mula la merancang nak kemas2 brg kat rumah sewa ni. Takpe buat pelan2. Maybe akan ada beberapa perabot spt kabinet brg, almari yg akan diletgo. Target mama rumah baru cukup sekadar ada yg asas2 saja. Tak payah berdisplay kabinet bagai. Dan TERPENTING SKALI bajet yg akan mengalir bak air terjun....huhuhu

Semoga segalanya berjalan dgn lancar. Amiinnnnn

***dah terbayang2 meja makan marble idaman hehehe
posted from Bloggeroid

No comments: