Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Rumah Kami #3 - Pinjaman Perumahan

Assalammualaikum...

Tahun baru ni agak slow skit nak mem'blog'..Pasai ape yek?  huhu dah memang dasar tulang berat sihat & kuat!!

Berbalik pada cerita asal. Alhamdulillah, loan kerajan yg dipohon untuk pembelian rumah kami telah diluluskan.  Actually last weekend check online dah tau, tapi hari ni bila terima surat secara rasmi  : )   Makin lebarlah senyum ku ini.

*****Walaupun rumah baru nampak tiang, tapi tetap nak menyambung angan2 kembali yuuuu huuu! Dah terbayang oven panasonic ala2 Masterchef aritu. Kan best kalau boleh dapat satu set barang2 dari It's Cooking Magic ni- dari dapor sampai ke fridge + mesin basuh+ tv...bla2...bl2.. Minta maaf ye kalo ikut list angan2 memang panjang*****

Sambung balik, dlm surat tu dinyatakan pembeli perlu sign & hantar balik surat tuju terima dlm tempoh 14 hari. kalau tak automatik pinjaman terbatal. So next week akan cuba disetelkan secepat mungkin. Dan kena alert call dari lawyer rumah untuk sign surat cagaran sbb tempoh hari call lawyer diorang inform tak terima surat lagi dari bppk. Semoga dipermudahkan segalanya . Aminnnnn.

      Berita gumbira kami...alhamdulillah

Tuesday, November 1, 2011

Rumah Kami #2

Assalammualaikum...

Tanggal 8 Okt. 2011 ( ..ala2 skema skit) mama sengsorang pergi ke majlis pelancaran Tmn Sg Dua Utama. Time ni mR Opel ada urusan di Sg Petani. Anak2 tinggal sebentar kat rumah pengasuh. Setelah sekian lama menanti, baru la nampak sket bayang2 nak memiliki rumah sendiri. Jangka siap Oktober 2013. Tapi agak frust rumah contoh takde. yg ada model kecik ni je....
living & dining hall
master bedroom
kitchen & 1st bedroom
family hall, 2nd & 3rd bedroom
Setelah ditilik2...macam kecik je rumah ni..( kes tak leh imagine ukuran yg diberi)..mana la nak letak brg2 rumah yg sedia ada...huhuu...plus nak pasang kitchen cabinet, wadrobe...bla..bla..( berangan je lebeh!). Lagik satu mana nak letak mesin basuh? mesti kena buat pipe blakang rumah & tambah owning skit.. Fuh!! budget2..jgn lupe..

Kos yg dikeluarkan hari ni.
     Harga rumah RM 250, 000.00  so downpayment RM 2500 + RM 500 (kos lawyer) = RM 3000

Sebut pasal lawyer..mcm nak tersedak je!..Time nak sign S&P ,  Wakil Tetuan Azilina & Alfian keluarkan bil diorang. Sumer skali RM4300.30 ( 30 posen pun nak kire....). So baki yg tinggal RM 3800.00 perlu dijelaskan secepat yg boleh. Diorang tak bagi tempoh, tapi pepaham je la..kalo tak bayo, karang tak proses pulak borang... : (

So setel la acara untuk hari ni....Alhamdulillah

Rumah Kami #1....Insyaallah

Masih dalam perancangan..harap-harap menjadi. Lokasi Taman Sg. Dua Utama, Sg. Dua...


harga anggaran RM245,000, keluasan 20 x 60. Harga masih dikira murah untuk rumah teres berbanding di kawasan Seberang jaya

mula la nak memasang angan-angan.. hehe  : )

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Salam petang, semalam ada tengok berita tentang skim baru yg dilancarkan oleh PM kita.

"golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun"

Bunyi macam best, tapi boleh ke dapat rumah yg diimpikan dengan harga 220000 ni. Kat penang  harga rumah tersangat la mahal. Yang ada apartment sederhana, tu pun dgn keluasan yg terhad. Sebut pasal rumah, memang teringin sgt nak ada rumah sendiri. Dari byr sewa ratus2 kat orang lain, baiklah bayar ke rumah sendiri.Boleh hias ikut cita rasa sendiri, dari pintu depan ke pintu belakang...angan2 je . Mama plan tunggu stop potong epf baru selesa skit nak beli rumah & epf yg ada tu boleh la budget ke kabinet dapur (perkara wajib) , kabinet baju yg pasang siap, aircon, plaster ceiling, sofa....isk..isk..panjang lagi list ni. Kena korek duit mR Opel gak ni. Sekadar angan2...harap jadi kenyataan.Amin..
ruang tamu dr cik google

Tuesday, October 5, 2010

rumah untuk dijual

Rumah teres end lot di Taman Kledang , Fasa 1, 31100 Sg. Siput (u), Perak
3 bilik + 2 bilik air, dapur telah diubah suai, tiles, gril, full-owning.
leasedhold 99 years
harga RM 130 000
Boleh email untuk maklumat selanjutnya.