Saya siarkan iklan nuffnang!

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Salam petang, semalam ada tengok berita tentang skim baru yg dilancarkan oleh PM kita.

"golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun"

Bunyi macam best, tapi boleh ke dapat rumah yg diimpikan dengan harga 220000 ni. Kat penang  harga rumah tersangat la mahal. Yang ada apartment sederhana, tu pun dgn keluasan yg terhad. Sebut pasal rumah, memang teringin sgt nak ada rumah sendiri. Dari byr sewa ratus2 kat orang lain, baiklah bayar ke rumah sendiri.Boleh hias ikut cita rasa sendiri, dari pintu depan ke pintu belakang...angan2 je . Mama plan tunggu stop potong epf baru selesa skit nak beli rumah & epf yg ada tu boleh la budget ke kabinet dapur (perkara wajib) , kabinet baju yg pasang siap, aircon, plaster ceiling, sofa....isk..isk..panjang lagi list ni. Kena korek duit mR Opel gak ni. Sekadar angan2...harap jadi kenyataan.Amin..
ruang tamu dr cik google

2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

slm perkenalan ye..sori busy tak sempat nk update entri dan bw huwaaa.....kite pun png kepala bilalah nk beli umah.area klia dan nilai tau jelah harga mahal dah macam duk subang lak.tulah dr duk byr kat tuan rumah sewa samapi ratus2..better apply umah sendiri huhu

waniewadec said...

salam perkenalan gak...masih dlm perancangan & perkiraan...nak umah sendiri gak!