Entri kali ni lain sket, tadaaa...puding jagung je.. hehe..requested by mR Opel.
Actually ni kali ke 4 kot mama buat...tapi lain-lain jadiknye..setaun lebih tak buat. resipi ambil dari Myresipi . tapi dah edit2 sket.Bahan-bahannya:
1 cawan jagung krim ( guna satu tin terus senang citer )
1 cawan susu cair ( pun guna 1 tin terus )
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula ( mama guna 1/2 je )
3 cawan air ( guna 2 1/2 je )
Nak senang, cawan tu guna cawan yang sama je. Cara dia, campur + gaul semua bahan kecuali air, panaskan atas api sederhana, tambah air sikit2 sampai semua sebati. kacau sampai likat & berkilat. Pastu tuang la dlm bekas/loyang ikut suka.
***kalau boleh biar lama sikit atas api pun takpe, takut nanti x cukup keras bila sejuk. Nanti kena makan ngan sudu jek
hasil yg tak seberapa... 1/2 dah abis kira ok la kot! |
Untuk sukatan ni boleh dapat 3 biji bekas kecik (mcm dalam gambar) + 1 tapeware aiskrim
No comments:
Post a Comment