Saya siarkan iklan nuffnang!

Monday, February 10, 2014

Rumah Kami : Kunci & tinted

Assalammualaikum....(entry taun lepas yerrrr)

Rentetan dari check defect dlm bulan 10 tahun lepas, surat jemputan utk ambil kunci kitaorg terima lebih kurang 2 minggu lepas abis pantang. Ingatkan lepas dapat surat terus boleh ambil bila kita free, rupanya kena buat appoinment dulu. Ni kes excited terlebih. Nasib baik dah join fb tmn sg dua utama, ada yang share pengalaman diorang ambil kunci. Baru gelabah nak telefon pemaju. rupanya ramai yang dah booked tarikh, full sehingga next weeknya. Nasib baik dapat jugak slot minggu berikutnya, tu pun hari jumaat, petang. Takpe2 tak lari rumah dikejar...menten situ jerrrr

Hari ambil kunci 6 Disember 2013..


Check balik defect yg dah report sebelum ni. Dah dibaiki tapi ada plak defect yg baru. Tak sabarnya nk masuk rumah baru. Tingkap yg mengadap rumah depan tu master bedroom. Abaikan stroller cik piyah kat bawah tu, terpaksa bawak sbb x larat nak gendong. Pintu putih sebelah tangga tu untuk stor. Kecik je, tp sangat penting untuk simpan barang2 yang tak berapa sedap mata memandang : )

Sebenarnya kami dah buat appoinment dgn tukang tinted pada hari yang sama.. kes terlebih excited tadi ( sama je laki bini hehe ) . Elok je setel dapat kunci tukang ni dah sampai depan rumah. Sementara kitaorg menge'test' kunci2 yg berlambak ni , dia ukur tingkap. Selesai ukur dan bagi harga kitaorg terus deal jadi. Harganya agak murah, siap warranty 5 taun lagi. So dia akan pasang tinted keesokkan harinya sbb dah lewat petang.

Hasilnya..


Pasang tinted ni sehari pon dah siap. So far servis memuaskan dan tukang ni akan dtg balik lepas 10 hari utk check balik kualiti pemasangan. Macam kitaorg ada gelembung udara naik kat tingkap sliding, so terus dia betulkan. Harap2 sejuk la rumah lepas ni....


Kenangan:
malam hari ambil kunci ni, syafiah lain macam skit. Menangis je. takmo kat orang lain, asyik nak gantung ngan mama je. Kitaorg syak mungkin pasal masuk rumah tadi. tak ikut adab yang sepatutnya. Tambahan dah petang plus hujan renyai2 plak tu. Rasa menyesal sangat sebab terlebih gembira tadi. Mr opel pasang ayat Al Quran kat hfon & telefon tata minta tolong pakcik mansur buatkan pendinding. Lepas baca ayat kursi beberapa kali kat telinga, baru syafiah tenang mcm biasa. Alhamdulillah..lepas ni mmg sentiasa INGAT. In Shaa Allah
posted from Bloggeroid

No comments: