Saya siarkan iklan nuffnang!

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Trajedi 7/7/2011

Salam tengahari, semalam penang cuti umum sempena pengisytiharan georgetown sebagai warisan unesco. So hari bermalas2an ye tak.

Lepas mandikan anak2 around jam 9.30 pagi, mama ke dapur nak siapkan makan pagi diorang. takde masak ape pun. Cuma panaskan lauk pindang  & sayur semalam..dah panas, tutup api. Cedok nasik, cedok ikan--->>kena perisi dulu, buang tulang2nye kang tercekik. Bila mama jejak je kaki ke area dapur, sidebab ni mesti nak follow. mula la dok usik sana sini, tarik laci, pulas tombol dapur (erk...betul ke?)..sampai tercabut! Mama dah larang banyak kali. Panggil mR Opel, suh ambik anak... dia jawab: " syahmiiiii...meh sini!!!"...tu je..sambil baring2 depan tv (...berat sungguh la nk bangun laki aku nih!)

Sekali..prang!!!  ntah mcm mana, kabinet dapur tu boleh tumbang, habis periuk ngan kuali melayang!Menjerit mama. Kesian anak mama, mandi kuah panas (walaupun dah tutup api tp still panas). Melompat abah ambik syahmi hulur kat singki. Melalak2 syahmi nangis. Ambik kicap lumur satu badan. Masa tu kitaorang risau sangat, takut melecur muka@kepala dia. Nasib baik kabinet tu sangkut kat mama & tak hempap syahmi & nasib baik juga atas dapur tu bukan minyak panas. Kitaorg decide  nak bawak klinik terus.

Abah naik tukar baju, mama basuh badan syahmi kat bilik air..Alhamdulillah. bila kena aje terus stop nangis, boleh gelak2 plak..eh eh.eh..? Ade merah2 sket kat bahagian belakang, tapi tak melecur..bukak pampers, lorrr berak rupenyer. .. Abah bawak syahmi pegi klinik depan rumah, tapi tutup la plak. Sidebab ni mcm orang tak sakit, senyum je dapat naik motor. So mama sapu je minyak gamat kat badan &kepala. Takde luka, cuma ade kesan calar skit bhgn tepi kepala. mungkin kena kuali@sudip.

Syukur sangat2 sebab syahmi selamat, biar pun dapurku mcm kapal karam....ada hikmahnye, sbg peringatan kpd mama & abah agar tak mudah leka & lewa akan tanggungjawab terhadap anak2. Untuk langkah keselamatan, mama ingat nak tempah/buat sendiri pagar untk halang bebudak ni masuk dapur.

***syaurah hanya jadi pemerhati ye, sbb suara abah & mama time tu sangat la menakutkan dia, harap maklum
***selepas eksiden tu dia cuma serik 5 jam je. pastu main lagik kat dapur, isk!

Friday, January 28, 2011

Pagi yang tak best

Salam pagi,  kisah benar ni berlaku semalam kat mama..pagi semalam selepas abah pergi kerja, mama baru nak siap2 pakai baju ..pastu terlupa enjin keter tak start lagi. ..Ambil kunci, buka pintu rumah, cepat2 mama tutup pintu dari luar sebab syahmi tersangat la suka main tutup buka daun pintu...takut tersepit.
 Sungguh tak sangka2 lepas mama tutup pintu, syaurah terus kunci dari dalam..Alamak, kunci rumah kat dalam, tudung tak pakai lagi. Suruh bukak pintu, dia buat tapi tak jadi sebab dia tak pusing habis. Apa lagi naik la volume mama. Syahmi dah start nangis, ma..ma..ma.. (takut kena tinggal la tu..). kakak pun meraung jugak sebab mama dah naik angin. Jam dah 7.30, ngam2 je untuk hantar diorang & thumbprint.
nasib baik sliding door rumah kami ni tak kunci ( dah rosak ), hanya grill je yang berkunci. Kesian kat syahmi dah melalak2, terpaksa la pegang dia ikut celah gril..nak kasi stop nangis. Jiran sebelah siap jenguk  ( kes volume mama terlalu tinggi la ni...)& offer kunci dia suruh try bukak, mana la tau kot-kot boleh. Still tak boleh.
Terfikir nak contact mR Opel, handfon ku? "kakak, tolong ambik encet mama" tercari2 la si kakak ni..Nasib baik henfon ada atas tilam..nasib baik dia faham terus ambik bagi kat mama. Lama gak la mama kena lepak luar rumah sambil pegang syahmi yang bergantung pada gril...hari dah makin cerah. masa tu tinggal lebih kurang 10 minit je kul 8,
Konpem lambat
Last  skali mama thumbprint jam 8.09 ( habis rempit dah....) then baru hantar anak ke rumah pengasuh

Saturday, January 22, 2011

mama ke yang bersalah?

Kelmarin public holiday, thaipusam...dlm ayat panjangnye: "hari untuk berehat di rumah bersama anak2 dan masa untuk mengemas apa yang patut." Tapi mR Opel ada urusan di sekolahnya, jadi  macam biasa kami 3'S' ni kena tinggal kat umah. Actually abah ada ajak pegi sekali, tapi memandangkan deretan kerja menunggu panjang sangat....apa kerjanye? basuh baju, jemur baju, lipat kain yg dah kering, masak, bagi mandi anak...bla2..bla2...
Bila masuk tengah hari budak 2 orang ni dah start ngantuk (ni yg tak best bile pegi jalan2). Syaurah mencari teman2 baiknye : puting & bantal bucuk. puting jumpa, bantal takde. Alahai ..kat mana la dia letak. Jenuh mama cari, dalam beg, bakul mainan, laci TV bilik stor, dalam peti ais....tak jumpa. selalunya syaurah tau kat mana dia tinggal bantal kesayangan dia. bagi bantal adik yg sama sebijik, dia kata " dik" means bantal ni adik punya, bkn dia. Sian dia tercari cari "cuk". Abah balik nanti kita cari ya.
Bila mama tanya abah, "abang pun cari pagi tadi, takde pun.." masalah besar ni...tawaf rumah la kitaorg cari lagi. Terdetik hati mama nak jenguk mesin basuh...TU DIA, CUK DOK BERENANG.....mama dah terendam sama baju anak2. syaurah apa lagi, "cuk...cuk..."sambil hulur tangan mintak. Ni basah la sayang. Terus on mesin ...kasik basuh & jemur.

kakak intai apa tuh?

intai "cuk" kena jemur

menanti 'cuk' kering
abah kata salah mama sebab tak check before rendam. mana la mama tau, entah bila kakak simpan dalam bakul baju. Sudahnya kakak tidur pada 6.30 petang....

Monday, December 20, 2010

Ayaq takdak 28 DisembEr nih!

baru dapat outlook pagi tadi pasal benda nih. Actually mR Opel pun dah bagi tau ada dapat flyers tentang bekalan air ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau Pinang. kira-kira dalam 80 peratus penduduk kat negeri ni terlibat kecuali area Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang ...syok naa hangpa.

 tapi kira ok la gangguan di kawasan seberang perai dalam anggaran 12 jam berbanding yang 24 jam ..Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar ...sian na kat hangpa...

Apa-apa pun kena think positive, tujuannya adalah untuk kebaikan & kesejahteraan bersama...sesamala la kita menanti 28hb ni & jangan lupa simpan ayaq bebanyak na..