Saya siarkan iklan nuffnang!

Friday, January 28, 2011

Pagi yang tak best

Salam pagi,  kisah benar ni berlaku semalam kat mama..pagi semalam selepas abah pergi kerja, mama baru nak siap2 pakai baju ..pastu terlupa enjin keter tak start lagi. ..Ambil kunci, buka pintu rumah, cepat2 mama tutup pintu dari luar sebab syahmi tersangat la suka main tutup buka daun pintu...takut tersepit.
 Sungguh tak sangka2 lepas mama tutup pintu, syaurah terus kunci dari dalam..Alamak, kunci rumah kat dalam, tudung tak pakai lagi. Suruh bukak pintu, dia buat tapi tak jadi sebab dia tak pusing habis. Apa lagi naik la volume mama. Syahmi dah start nangis, ma..ma..ma.. (takut kena tinggal la tu..). kakak pun meraung jugak sebab mama dah naik angin. Jam dah 7.30, ngam2 je untuk hantar diorang & thumbprint.
nasib baik sliding door rumah kami ni tak kunci ( dah rosak ), hanya grill je yang berkunci. Kesian kat syahmi dah melalak2, terpaksa la pegang dia ikut celah gril..nak kasi stop nangis. Jiran sebelah siap jenguk  ( kes volume mama terlalu tinggi la ni...)& offer kunci dia suruh try bukak, mana la tau kot-kot boleh. Still tak boleh.
Terfikir nak contact mR Opel, handfon ku? "kakak, tolong ambik encet mama" tercari2 la si kakak ni..Nasib baik henfon ada atas tilam..nasib baik dia faham terus ambik bagi kat mama. Lama gak la mama kena lepak luar rumah sambil pegang syahmi yang bergantung pada gril...hari dah makin cerah. masa tu tinggal lebih kurang 10 minit je kul 8,
Konpem lambat
Last  skali mama thumbprint jam 8.09 ( habis rempit dah....) then baru hantar anak ke rumah pengasuh

1 comment:

ibu_Arifa said...

kesiannyer..dugaan di pagi hari.. tp xde lah lewat sgt kan..

anak aku pun suka main pintu..pantang masuk bilik dia mesti tutupp pintu...nasib naik pintu bukan yg jenis lock tekan gitu