Ayaq takdak 28 DisembEr nih!
baru dapat outlook pagi tadi pasal benda nih. Actually mR Opel pun dah bagi tau ada dapat flyers tentang bekalan air ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau Pinang. kira-kira dalam 80 peratus penduduk kat negeri ni terlibat kecuali area Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang ...syok naa hangpa.
tapi kira ok la gangguan di kawasan seberang perai dalam anggaran 12 jam berbanding yang 24 jam ..Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar ...sian na kat hangpa...
Apa-apa pun kena think positive, tujuannya adalah untuk kebaikan & kesejahteraan bersama...sesamala la kita menanti 28hb ni & jangan lupa simpan ayaq bebanyak na..
No comments:
Post a Comment