alkisahnya, hidup mama & abah tak berapa tenang, 2, 3 minggu ni. Starting minggu ke 2 bln Disember ada bisul naik kat punggung Syahmi. Memula mama ingat bengkak@ruam lampin tp syahmi takmo duduk & nangis tiap kali sentuh punggung dia. Ada sekali time balik Perlop, Opah sesaja gurau tepuk punggung, terus melalak tak ingat dunia. Bila jumpa doc nextweeknya baru tahu nak naik bisul & doc bagi antibiotik & ubat tahan sakit. Kalo ikutkan Dr Iskandar kes macam ni biasanya kena operate buangkan bisul tu, tp dia sendiri kata kesian & tak sanggup nak buat. Cuak mama & abah. Nasib baik ada kengkawan syorkan ubat kat kedai sing seh.. nama dia bunga rumput , berbiji kecil macam selasih tp warna coklat muda. bancuh ngan air suam bagi kembang2 (macam ada gam) tampal kat bisul. Tujuan dia nak bagi bisul cepat masak & pecah. Bila pecah, baru antibiotik jalan ( ni kata Dr Shamsul kt klinik depan rumah). Alhamdulillah dalam 2 hari bisul pecah. Ni pun haru biru gak, asyik nangis je..tapi esoknya Syahmi dah boleh main macam biasa..lega mama & abah. Skang dah minggu ke 3, tetap kena pantau & selalu picit bekas bisul supaya betul2 kering..Doa mama...harap sekali ni je bisul tu datang, Amin!
|
dah tak sakit punggung baru leh duduk mama |
|
bagi adik pinjam sat kakak... |
No comments:
Post a Comment