Saya siarkan iklan nuffnang!

Thursday, December 2, 2010

kursus bina negara@Tok Senik Resort, Langkawi

Dah hampir seminggu balik dari Langkawi...penatnya masih terasa. Ini kali ke2 menjejakkan kaki di bumi mahsuri. First time pegi zaman belajar dengan kekawan perempuan + seorang lelaki (mR OpeL...as bodyguard). Kursus ni berlangsung dari 22-25 november. Kandungannya tak lari jauh dari kursus BTN sebelum ni cuma dari segi pakaian, tak perlu pakai baju putih kain hitam. Kekadang belasah je pakai baju sukan. Yang best kursus ni ada kajian lapangan, peserta secara berkumpulan akan diturunkan di sebuah tempat, kena jalan dalam 2km, dapatkan klu, kemudian baru diberi soalan untuk dijawab. kumpulan saya? ditempatkan di Bukit Malut, perkampungan nelayan yang dihuni oleh melayu campuran kemboja. kami perlu mengkaji sektor yg diusahakan oleh penduduk di situ. Yang kedua best, sebab dah berada di langkawi, sebelum balik wajib beli coklat & kain batik..kalau tanya nak pegi lagi tak? >>>pegi langkawi nak tapi pegi kursus tak nak.
rumah induk, tempat utama aktiviti

udang laut bersaiz XXXL, seekor dlm RM10


kolam udang ternakan bumiputera..ada restoran seefood kat belakang

salah satu view dari 21 buah kolam kat bukit malut


insaf tengok sekolah tahfiz yang majoriti dihuni anak yatim piatu seawal usia 7 tahun, di sini tempat mereka makan, tidur & belajar 

mengalukan sumbangan orang ramai, boleh hubungi nombor tertera


No comments: