Saya siarkan iklan nuffnang!

Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah, dah 4 tahun

Pagi Khamis lepas, 19 Mei, mama masih lagi bercuti bersama anak2 di kampung. mR Opel telefon..
"Happy Anniversary" yg ke 4.. ...bukan tak ingat, tapi lupe nak wish. boleh terima ke alasan nih? Balik dr kursus tempoh hari pun mama dah bagi hadiah siap2 kat mR Opel. Anyway thanks for the wishes & thanks Allah for all the happiness we have with 2 adorable children. Alhamdulillah.





***tak ingat cd gambar kawen letak kat mana, snap gambar yg ada je la

selamat tinggal IAB

Biar pun hampir seminggu dah balik ke rumah, mama tetap nak masukkan entri ni. Disebabkan kursus KIPA ni, merasa gak sampai ke genting highlands & jugak ke puncak. Walau pun tak main mainan kat situ, berjaya gak masuk snowworld .. hehe. ..bak kata member yg dtg sekali..testing tahan sejuk ke tak..kalau tak tahan, tak payah la sesusah gi oversea..Dah sampai sana baru tahu kat situ pun ada ladang strawberi ..ingat cameron je ade...tapi rasenya alahai...masam sket. Nasib baik tak pegi petik sendiri, rugi je bayar mahal2 dgn rasa yg tak brape best. 2 minggu kat sana banyak kenangan manis & ilmu2 baru yg rasenya takde kat mana-mana. + rakan2 baru yg baik2 belaka. Yang pasti setiap kenangan pasti terpahat di hati. Insyaallah
sesi joging bertukar sembang2


gambar dalam gambar...snowworld


kelas Dr Ruhaya, kajian tindakan

me, wan, sarah, kak mutia & fiza


Monday, May 9, 2011

Bila seminggu berlalu..

Hari ni hari Isnin, maknanya dah seminggu mama berada kat IAB ni. Kesihatan memang tak memuaskan, suara dah serak2.. macam radio rosak. Banyak ilmu yg dituntut, tapi tak pasti yang mana satu patut diaplikasi waktu kerja nanti. Kena susun balik satu2. yang pastinya ramai rakan2 yang mula merindui anak2 & family masing2. Yang menulis ni pun sama jugak la. Bile opah citer kakak & syahmi demam sampai muntah2, saper yg tak risau. nasib baik mR Opel boleh balik weekend lepas. Lega bila dengar diorang bertambah sihat. Tak sabar nak balik. Dok menghitung hari di samping menyiapkan tugasan yg taktau bile boleh siap..Ya Allah kuatkan semangat ku! Amin.

Thursday, May 5, 2011

taaaa...tehhhhhhh!

Salam petang khamis, hari ni mama rasa macam nak demam. seram sejuk plak badan. Rasenya sebab aircon kat kelas pagi tadi. Dah la kt genting ni cuaca dingin + mendung, lecturer plak pasang aircon kuat. Panas katanye. Ye lah dorang bercakap + jln2 sana sini.Sudahnye balik bilik rase nak berhibernasi...Iskk TAK BOLEH.! asiggnment tak siap lagi. Sebelum buat kerja..nak update blog dulu oke. ;)

 Hero no2 mama telah menunjukkan perkembangan terbaru, dah boleh jalan, genap usianya 1 tahun 1 bln. Di rumah toknya, perlop 1. Sekali balik tunjuk skill baru daaa...


Memula jln, kedua2 tangan syahmi naik atas, mcm kena pimpin. Tapi rasanye dia nak balance bontot. Tok kata macam gorila jalan..hehe.Bagi pegang barang, baru ok sket



Lega rasanya syahmi dah boleh jalan, tak perlu la dukung slalu. Tapi bila dah jalan pepaham la macam2 aktiviti baru dia nak buat. Mcm mana la opah jaga 2 minggu ni!

Tuesday, May 3, 2011

sampai jugak akhirnya

Salam petang, agak lama tak mengupdate blog...setelah tertangguh sebelum ni, berjaya gak menjejakkan kaki di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Perasaan bercampur baur...suka sbb tak pernah pergi, berdebar sbb tak pasti content kursus & for sure sedih meninggalkan anak2 buat sementara waktu.
Kursus KIPA kali ni bermula dari 2/5 hingga 18/5, tapi maybe akan dipendekkan (dipadatkan jadualnye) harap-harap la . First impression:: tempat yg sangat menarik & sgt sesuai utk pembelajaran. Untuk hari ni, lecture tentang kaunseling & petangnye tentang kesihatan & kecergasan...dedua best..harap2 hari seterusnya pun best macam ni jugak. 
View dari dalam bilik, baru je snap..dah start berkabus. Lepas gambar ni diupload, hanya nampak barisan pokok yg depan je
nasib baik malam takde aktiviti, agak rilek skit. Boleh la layan tenet & call orang2 tersayang. Semoga kursus ni berjalan lancar & dapat menimba pengetahuan sebanyak mungkin. Buat anak2 tersayang, mama tetap sayang & rindukan korang..mmmuahhs!!