Saya siarkan iklan nuffnang!

Thursday, June 30, 2011

Syahmi @setahun 3 bulan

Selasa lepas, mama & abah bawak syahmi ke klinik Sbrg Jaya untuk checkup 3 bulan. Seperti yang dijangka berat si debab ni mencecah 14 kg. 
Tapi misi kat situ heran " badan nampak ok je...tapi kena pantau jugak"
dalam hati mama..."misi ni tak nampak ke makbapaknye saiz macam mana...hehe" 
Ketinggian bertambah 3 cm ( susahnyee nak suruh dia sandar kat dinding....). Kitaorang pun cakap la yang syahmi ni berselera makan ape aje. Even susu kakak yg ade baki setengah pun dia sedut abis ( after hisap botol sendirik). Misi tu pesan , kalo next checkup ( bulan 9) graf berat masih kat luar line putih nanti kene refer doktor & pakar pemakanan sekali..aiyarkkk!
                                           syahmi@sidebab berposing dengan machonyer ;)

akak pun nak enterframe...kekonon nak buat gaya comel!

teman bermain & bergusti ......dedua mama sayang

Hasil perbincangan dgn mR Opel, kitaorang cuba kurangkan food intake si Syahmi. Nasi lemak kosong setiap pagi, akan digantikan dgn bihun @ roti &kurangkan kekerapan minum susu ( mcm tak boleh je...)..maybe boleh replace dgn jus buah2an. Tak lupe lebihkan masa diorang bermain@jejalan, heharap berjaya. InsyaAllah

1st redeem Global Test Market

Salam petang, ...akhirnye survey point mama berjaya gak mencecah 1000. Dah lama join Global Test Market ni. Cuma jawab survey. Kalau ambil masa yg lama, lagi tinggi la point diberi. Selalu ter'missed' survey, lambat sket je diorang akan closed & selalunya disaring keluar. Maknanya, kite bukan la sasaran produk/program yg diorang tengah survey tuh.  tak layak pun dapat 5 point, kire ok la tu kan. Tengok prnt scrn kat bawah:
Untuk 1000 point siorang akan bayar USD50, tapi ambil masa 6-8 minggu untuk terima check, sebab company ni kat US. Tak kisah la, janji duitnye halal & tak perlu cari2 orang bawah. Saper yang berminat boleh daftar di www.globaltestmarket.com ( i tak dapat komisen ye...harap maklum)

Tuesday, June 28, 2011

Selamat jalan ....

Kesinambungan dari kursus tempoh hari, gambar2nya:
dalam kelas..ada yg tengah zzzzzz.

hasil kerja kump. kami..flamingo..chaiyok!!!

peserta, penceramah : En Mohd Fuad Razali

dapat souvenier..yeye
Apa yg dapat disimpulkan dari kursus, tempat penginapan best sangat, makan pun best, kekawan pun best cuma content je, ok sebenarnya  tapi tak berapa sesuai dengan kerja. Ada la jugak sedikit ilmu yg lekat dlm kepala ni. Akhir sekali, thanks a lot to penceramah & urusetia, korang memang tip top!

Tuesday, June 21, 2011

@Paradise Sandy Beach Resort, Penang

 Selamat malam..sekarang tengah bersiaran dr Bt Feringgi. Bukan bercuti ye harap maklum. Macam biase disuruh berkursus sambil membesarkan badan.Sehari makan 6 kali, so pepaham la.Kursusnye bertajuk Penulisan Deskriptif. Start 20 - 23hb. Memula tu ingat macam cara nak tulis report@buku. Ruper2nya cara-cara nak menulis berita & rencana. Alahai..susah gak rupanye.Pensyarahnya bekas wartawan berita harian. Ilmu yang disampaikan menarik tapi kurang dari segi penyampaian. 1st slot je dah ramai yg mata separuh... 
Anak2ku..macam biasa dah pos balik kampung, sebab abahnya tak mampu nak jaga sengsorang. Sabar ye anakku, Khamis petang mama rempit balik sg siput!

Monday, June 13, 2011

kisah Syahmi & hyhdrocele

Last 2 week mama & abah bawak Syahmi ke klinik pakar Seberang Jaya. Takde sakit ape2. hanya follow-up masalah hydrocele syahmi ( skrotum mcm membengkak akibat pengumpulan cecair dlm selaput skrotum). Masalah di kesan sejak dlm pantang lagi. Memang ketara saiz belah yg membengkak tu. Bawak check klinik, misi kata hydrocele tp kena refer doktor gak. ye la..doktorkan lagik pandai..Risau gak, manala tau kot2 hernia (angin pasang). Tapi Alhamdulillah dia takde meragam@menangis, so konfem bukan hernia. Dr Joe ( kawan sekolah mR Opel) yg attend kitaorg kata, bagi tempoh 2 tahun, cecair tu akan menyusut sendiri. kalau tak diorg akan buat minor operation. So yang terbaru ni, saiz skrotum dia dah tak nampak beza, tapi masih ada sedikit cecair dlm tu.. bulan 9 ni dtg balik cek hokeh! harap2 takdela sampai kena operate2 ni. Aminn.

Antara aksi2 menunggu kat klinik:
datang lambat pun masih kena menunggu

tak reti dok diam, jenuh nak kejo dlm klinik

abah & anak2nya

letih tunggu turn...rehat sat

Wednesday, June 8, 2011

@Bukit Merah Laketown Resort

Dedulu mama pernah cakap kat mR Opel@abah, kalau Syahmi dah boleh jalan, kita bawak diorang pegi mandi kolam ek?  macam biasa dia akan balas " yeeee...." (panjang je bunyi...)
So last week, Ahad pertama cuti sekolah sampai jugak kita orang kat bukit merah ni. Ini kali ke 3 mama & abah datang sini...masa zaman bujang2 dulu. Excited sungguh Syaurah bila abah bawak balik baju mandi. Dua beradik ni dah try siap2 malam tu, sampai taknak bukak balik....
Memandangkan cuti sekolah pepaham je la, terlalu ramai orang kat sana, parking pun paling hujung sekali . Tu pun nasib baik ada shortcut ke kaunter.Sampai sana dalam kul 12.30 thg hari. Time mandi takde la ambik gambar sbb kamera& handset simpan dlm loker. Takde orang nak tunggu barang...so gambar yg ada....
dah abis mandi..jom tukar baju

muka dah merah ...tapi taknak naik

akak nak mandi olam lagi.....

budak ni tak nak balik...
seronok tengok diorang berendam dalam kolam. Syaurah ada gaya2 nak berenang ( dgn pelampung ) siap tolak lagi tangan mama@abah..jangan pegang! Syahmi pun kemain lagi dok jalan dalam air. Air takat pinggang dia je...excited tgk bebudak lain mandi agaknya..
Part yg tak best bila nak balik. Dah 3 jam mandi, kakak punya la susah nak ajak balik...badan dah kecut, perut dah lapo. On the way balik dedua terlena, penat sangat kot. Lain kali kita mandi kolam lagi!

Tuesday, June 7, 2011

cari semangat baru!

Salam pagi..huhu lamanya tak update blog, bln ni takde entry lagi. Pasal ape ntah..malas je rase. Turn mengajar short sem dah tiba..Alhamdulillah dah hari ke 2, esok sehari lagi. Jenuh nak asah otak & refresh balik terms2 dlm termo nih! Sebagai pembakar semangat, ditempekkan gambo anak2 kesayangan ( balik dr kursus tempoh hari)
sesi berebut basikal


pas akak syahmi punya turn balik ye

nasib baik muat sebesen

payah btol nak tengok kamera adik nih!

ok time's up....adik dulu lap badan
***gambar2 seksi ni dah ditapis ye harap maklum.