Saya siarkan iklan nuffnang!

Wednesday, September 28, 2011

Sepetang di Lorong Sutera 3

Petang semalam balik dari rumah pengasuh

 Apala yg korang tengok tu.. anak katak@berudu..nasib tak jatuh parit

berposing dengan basikal kakak, macam la pandai kayuh!

Klinik Seberang Jaya 26/9/2011

Assalammualaikum & selamat petang..

Semalam mama & abah bawak 2 beradik ni pergi check-up klinik. Syahmi kena cucuk setahun 6 bulan. Pagi semalam klinik macam lengang je. Macam tak caya je sebab selalunya pepagi camni sesak, tapi kira ok la buat kami. senang skit nak pantau budak berdua nih.  Hasil pemeriksaan semalam:


Syaurah :  berat 14.9 kg, tinggi 97 cm & ukur lilit kepala 51 cm

Syahmi  :  berat 15.9 kg, tinggi 87 cm & ukur lilit kepala 51 cm


So far, syaurah takde masalah tapi syahmi...aduhaiiii anakku....
dari berat sampai la ukur lilit kepala ( 3 kali ukur ).. semua kena komplen. Misi2 kat situ ok je..cakap elok2, tapi bila kena jumpa doktor...rasa panas gak telinga nih!

Finally doktor decides kitaorg kene jumpa pzm (pakar zat makanan)..tapi tak tau biler. Sebab nak buat appoinment pun kena ada hari2 tertentu. tengok la nanti kalau mama takde kelas, pi la sekejap sana.

Sebelum balikjangan lupa ye, syahmi  KENA CUCUK! Alhamdulillah dia tak jerit or nangis..syabas!! Tak demam tapi  malam semalam payah nak tido, sakit perut agaknye..mama zzz kul 3 pagi. kul 11 pagi ( ada kelas ye) mata dah start gelong... lena kat surau sampai kul 3.30 ptg..ya Allah ampunnnnn

Thursday, September 22, 2011

Mencari persamaaan

Assalammualaikum
 
Hari ni hari khamis...gaji dah masuk..Alhamdulillah.. : )
Takde mende nak tulis. hairan la..pasal pa 'peace' syaurah macam ni? heran mama..
                  Tak kira di mana berada...peace!

Tuesday, September 13, 2011

Tahniah Raudhah@Along

Assalamualaikum..ni adalah entry ke 2 selepas raya..sangat la tak memberansangkan. Kali ni nak citer pasal majlis pertunangan  Raudhah aka Along, sepupu mama, berlangsung pd raya ke 5 lepas. Beseri2 sungguh along . Semuanya serba ungu...memang cun! tapi tak kenal la plak tunangnya (sebab dilarang datang..;( ). Anyaway CongratZ!

 Cik syaurah ni...payah sungguh nak ambik gambo
 hantaranmu hantaranku jua
 dok mintak cekelat je kejenyer..makan tamau

asyik nak memerap..kes tak suka ramai2 orang

Elok2 tetamu belah laki pegi makan..anak2ku pun bergelimpang isap susu & zzzzz...penat sangat dok lari sana sini. Mama pun letih gak..budak berdua ni asyik nak berkepit je..skit2 nangis..skit2 nangis. nasib baik la air mata tu free. kalo tak jenuh nak bayo bil!

Thursday, September 8, 2011

Memori Aidilfitri 2011

Salam pagi..rasenya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin kepada pengunjung2 blog ni ( macam la ramai sangaattt hehe). Tahun ni kitaorang beraya di kampung mR Opel @abah di kelantan. Kat sini dah rutin setiap tahun mesti buat open house raya pertama. Kebetulan hari raya jatuh sama tarikh dgn besday asyraaf ( anak saudara abah) so ada la sedikit sambutan birthady petang tu..jom layan gambo!
                  sesi bermaaf-maafan di pagi hari raya...yg pertama semestinya abang long
           slamat hari raye tata & nany....syahmi sampai last takmo salam
( bad mood)
                        bersama dua anak dara pingitan...
       Adlee's family
                Che Na@Ni tok, mami Mas...Tok lah...Su Nora & Che Ti
 Asyraaf 3rd birthday celebration
 mama & syaurah
Baru perasaan, gambo kitaorg sefamily takde dalam kamera ni..rasenye ada ambik tp maybe dlm kamera org lain..huhu..Takpe la weekend ni kita ambik gambo kat kedai la nampaknye...lambat2 nanti dah takdak feel.

 Gambo syahmi pun tak banyak..asyik nak meragam je. Kes tak biasa orang ramai2. mula la dia nak berkepit je. So mama letak gambo dlm kereta time nak balik perak ( kire gambo raya gak ni kan?)

Syaurah gak yg sporting. Suka la orang puji dia comel sbb pakai tudung...dlm sejarah ni pakai tudung lelama camni...tu pun tak nak tanggal. Nasib baik perangai dia baik sket time open house tempoh hari.

 Raya kali ni kami tak jalan2 sangat, sbb syaurah demam pd hari raya ke2. Ni kes minum air ais banyak sangat. Kat semua orang dia mintak nak minum air..huh!.Lagi pun kat klantan kalau cuti2 panjang camni mesti jalan sesak..kalah KL. Sian kat anak2 tek selesa dok lelama dlm rumah.Yang terbaik dok rumah je la Kitaorang bertolak balik ke perak raya ke3...nak beraya kat kampung mama plak , OK!