Saya siarkan iklan nuffnang!

Monday, December 12, 2011

Syahmi Allergic!

Salam...Balik dari kelantan tempoh hari, mama perasan Syahmi kerap batuk2. Sebelum ni ada gak..tapi kali ni macam orang gatal tekak..kira batuk kronik. Atas recomendation kawan2 mR Opel, diorang suggest satu klinik pakar kanak2 kat Kulim (nama dirahsiakan). Khamis lepas, after mama balik kerja kita org terus pegi. Sampai sana dlm pukul 7. Time tu orang tak ramai lagik. Dah daftar, rupe2nya doktor tak sampai lagi..Perut dah nyanyi2, jom kita makan dulu! Jumpa doctor sekejap je. Kos semua skali RM50 untuk 4 jenis ubat- antibiotik, demam, sakit tekak & paru2.
Balik tu terus abah suapkan ubat antibiotik & paru2...berperang jugak la nak makan ubat. At first, after 1/2 jam , mama perasan ada merah2 kat area bibir dia. Mungkin sebab dia luah ubat td kot. Hati pun dah rase tak sedap. Tup2 masa nak tido , tuko diaper ada merah2 kat badan ngan perut. Sah!! Mama cakap kat abah, syahmi alergik ni. So kitaorg decide stop bg ubat tu dulu. Esok pagi nak pergi balik klinik tadi. Alih2 kul 12 lebih Syahmi dok meragam. Tak pasti dia rasa panas atau gatal2, tapi tak nangis cuma tak boleh tido. Abah bukak lampu terkejut tengok syahmi dah macam anak cine..mata sepet & bengkak. alahai anak mama. Takcakap banyak kitaorg terus tuko baju, kejut syaurah terus pecut g hospital seberang jaya.
 
muka bengkak macam kena sengat...tengah dok bergaru tuh

 kakak yg mamai...huhu ngantuk la mama
 Nasib baik kat wad kecemasan tak ramai orang sangat. Siap ada tapisan kat kaunter depan. Yelah mana tau kot2 ada kes tak'cemas' & boleh tunggu sampai esok. Nasib baik kitaorg dikira cemas sebab melibatkan baby ( baby lagi ke budak debab ni?). Kira cepat gak la dapat jumpa doktor. Abah bawak botol ubat yg dah dimakan tdi. manalah tau kot2 dapat kesan apa2. Mama ngan syaurah tunggu kat luar. Dalam hati mama doa banyak2 agar Syahmi selamat dan tiada sebarang masalah. Alhamdulillah tak sampai 15 minit abah dah kuar. Doktor pun tak pasti ubat yg mana satu beri kesan pd syahmi. Cuma diorng suh stop saja & beri ubat sapu untuk kurang gatal.
Walaupun sakit, sempat lagi belari2 dlm hospital..sempat lagi nyembang dgn baby sape ntah kat situ. budak tu pun layan je la syaurah & syahmi ni.
Esoknye abah bawak syahmi pergi balik ke klinik semalam. Diorang pun agak risau dgn condition syahmi, trus cecepat bagi jumpa doktor. Mr Opel kata nak jaga rekod diorang la tu sbb takut customer lain nampak. Doktor bg 2 lagi ubat - kurangkan bengkak & gatal for cost RM35 ...(  huhu..duit lagik!!). Alhamdulillah setelah diberi makan ubat oleh MakCik Normah, bengkak2 tu surut... lega. Actually org klinik tu suh datang lagi untuk followup tp konfem KAMI TAK MAI DAH!!


Ada bakat ke?

Minggu lepas...(banyak bebeno entry lapuk nih!!) balik Perlop, mR Opel dah balik penang esoknya. jadik referee bola tampar pantai kat feringgi. Haiiihh cuci mata la laki aku nih! Kitaorang 3 branak ikut opah gi kenduri dalam kampung tu jugak. Time kenduri syaurah dok usha DJ kat tepi khemah..."mama akak nak nyanyi"...haiih..sudah budak ni. Dia nak microfon tu. Agaknye macam best je tengok DJ tu dok cakap2 dgn mic. Jenuh la mama ni nak pujuk. Pepaham je la, syaurah ni apa dia nak mesti dapat on d spot.  Last2 pujuk ajak pegi makan. Time makan pun macam tak tenang je...budak berdua tu mana tau dok diam. Tak abis makan pun.... balik rumah trus, lega den!
    Kat rumah plak opah dia, ngan baik atinya, keluarkan satu benda....
            Bestkan, kakak dapat nyanyi pepuas., fefeling skit
          Tak pasti lagu ape yg dia nyanyi...tapi bunyi macam " ka ka ka ta kamu"..lebih kurang cenggitu la
               kita close up skit muka singer ni...mama nak request lagu bole?
close up syahmi plak...makan...makan...makan...je keje ko nak. Skang dia dah pandai senyum time ambik gambo. Tapi tu la, mata tu apsal jadi kecik sangat? heran mama

Nyanyi sampai tertonggeng2...fefeling artis la plak..fuh! harap ini sekadar hobi je ye...


Tahniah Farah & Siddiq

Assalammualaikum,..entry lama again

2 minggu lepas hari Sabtu 19 Nov, kami sekeluarga berada di kampung mR Opel untuk majlis pertunangan Uda Farah (adik abah no 2). Alhamdulillah cuaca time kenduri sangat cerah. Keesokkan harinya baru hujan turun selebat2nya. Jom layan gambo!
                                          pelamin ' black & grey' theme
                                             cincin untuk si dia
                                              the cake
                                     orang yang bertunang
  time orang dok sibuk2 sarung cincin, budak berdua ni  ZZzzzz dlm bilik. Dah penat main, tak kose nak enterframe.
                             laki saper ntah...amik gambor sendirik lak tu.
                              muka orang bangun tido
Alhamdulillah, majlis berjalan dgn lancar. Anggran tempoh untuk nikah maybe next year bln 11.  Selamat menempuh alam pertunangan Farah & Siddiq.