Last two weeks..setelah sekian lama tak jatuh sakit, akhirnya aku demam jua!!! Untuk orang yg jarang sakit (..ermm Alhamdulillah) , bila sekali sakit aduhaii..hanya Allah yg tahu. Starting 3 days before, jumaat malam Syahmi meragam time tido- mama pun tak tido gak la, sabtu malam- syaurah lak dok bergaru time tdo- again mama tak tido, jadik tukang garu dia & ahad malam again Syahmi sekali lagi meragam&menangis time tido- jenuh la mama & abah dok pasang ayat AlQuran guna hset. Dah dekat2 kul 6 baru nak lena. So Isnin pagi pegi kerja macam orang lalokk...huhu..stressed sangat!
Walaupun hari sabtu dan ahad, tetap tak dapat qada balik tdo yg tak cukup tu sebab si debab tu macam jam loceng , once dia terjaga, mesti nak kasik mama jaga jugak. Terus nak main- non stop! Mama jugak lak jadi mangsa lenyek dia. Weekend dah jadi sesuatu yg memenatkan walaupun bermaksud 'cuti dihujung minggu'. Masa ni la nak kemas rumah, nak basuh baju, lipat kain, masak etc..etc..etc.. Tapi sebagai seorang mama, time ni la kita nak spend masa ngan anak2 & family. Thanks Allah!
Berbalik kisah sakit tadi, Isnin malam kitaorang pegi carefour & balik makan nasi kandar kat seberang jaya. Mr Opel dah pesan siap2 kat 2 beradik tu. Malam ni tido awal, sian kat mama & abah ( rasenye lebih kpd mama kot). Dia siap pasang cd ruqyah untuk kanak2( untuk halang gangguan syaitan). Alhamdulillah malam tu anak2 mama tido lena. Tapi yg TAK BESTNYER, kul 2 pagi ++, mama terjaga - awat la sejuk sangat ni, sampai menggeletar. Ambik selimut tebal tebal pun menggigil lagi. Tak boleh lelap sampai pagi. Sahih demam!
Esoknya ikut Mr Opel pergi klinik Seberang Jaya, (ada appoiment Syahmi sebenarnya) jumpa doktor, check darah, suhu 39 degree celcius. Finally i've got MC for 2 days ( 31 & 1/feb). Time ni la baru terkenang nikmat Allah semasa sihat.
Pengajaran: jangan mengeluh kerana kerja@penat, ianya 1000 kali nikmat berbanding ketika mengeluh kerana sakit!