Saya siarkan iklan nuffnang!

Tuesday, March 27, 2012

Syahmi dah 2 tahun & Zoo Taiping

tak tau nak letak tajuk apa...tapi banyak mende nak cerita. kasi shortcut kita gabungkan 2 citer dlm satu entry, ala2 compress. ( sementara si debab tu tak jaga lagi )
 Tanggal 23 Mac lepas anak teruna mama dah cecah 2 tahun. Alhamdulillah Syahmi makin sihat & debab. Wish u heppi besday sayang!!

Setakat ni vocabnye dah bertambah sedikit, tp mostly mama & abah masih ambil masa nak faham apa yg dicakapkan. tapi yg bestnye word yg merujuk kpd makanan macam air, nasi, susu he's able to pronounce it clearly. Syabas anak mama!, alamatnya nanti doktor bising lg la next checkup. Pastu dah pandai merajuk & tunjuk rasa tak puas hati ( marah2 la konon..) kalau tak dapat something. Dan yang paling tak boleh tahan, habit suka melenyek org makin aggresif. org yg slalu jd mangsa ialah  buah hati diorg ni jugak..isk..isk..

Ba\erbalik kepada aktiviti weekend lepas..
Setakat ni kitaorg takde la plan nak celebrate ke hape, cuma mama dah bg 1 week notice ( boleh pakai ka ini term?) kt mR Opel nak bawak anak pergi zoo. kesian kat diorng lama tak jln2 ..setakat pasaraya tu tak kira la kan. So ahad lepas, lepas puas menunggu abah diorg balik keje, akhirnya sampai jugak kami ke sana. seingat mama ni kali ke 3 buat syaurah &  kali ke 3 juga buat syahmi ( 1st masa 37wk dlm perut mama & 2nd dlm 2 bln ++ tp dok kat luar pagar ngan opah +tok  :- )  )

first time tgk gajah live...balik rumah muncong2 buat aksi gajah
                                     tempat favorite nak ambik gambo. Syahmi dpt sebut gajah dgn betul!
with org utan..syaurah kata ' nenek monyet'
                                                         tak sempat posing la mama!
                                                     boboboy fans...and mR opel
 Gambo yg  last ni mama snap dr gambar poskad. Skang ni bila masuk je gate zoo tu akan ada org suh ambik gambar kat background diorang. Gambar tu akan didisplay kat pintu keluar & kalau nak harganya RM 30 (saiz 6R) skpg. Agak mahal., tapi kita org takmo pikir panjang2 bayor je ( kalo tak ambik mesti nnt dok teringatje). At least buat kenang2an. lagi pun sejak berempat ni payah nak ambil gambar sefamili.

Before balik penang sempat lagi kitaorg singgah masjid taiping mandikan budak berdua ni. Melekit2 dgn peluh. Dlm kereta syaurah melenakan diri tapi syahmi masih kekal aktif pasal dia dah lena dulu masa on d way dr penang. sampai rumah memasing keletihan tp mama & abah sgt puas hati, dapat spend masa ngan anak2 tersyang !!

Wednesday, March 21, 2012

Kenduri kahwin @preparation

Alhamdulillah...berjaya jugak menaip satu entry setelah beberapa minggu 'off'. Dipendekkan cerita beberapa minggu sebelum ni tuan punya blog teramat2 la sibuknye. Kesinambungan dari majlis tunang Pak uda@fahmi, after setahun menyusul pulak majlis kenduri kahwinnya. Walaupun org lain yg nak kawen, diriku tetap sibuk mengalahkan bakal pengantin.:-P .

Kitaorg laki bini diberi tugasan membeli barang2 untuk beg@cenderahati, memandangkan kat penang ni banyak kedai yg murah2 compare to sg. siput. Tapi dlm murah2 pun jenuh jugak meronda survey sana-sini. Antara kedai pilihan semestinya AtuZ dan kedai borong makanan kat Mak Mandin.

Nak dijadikan cerita minggu terakhir sebelum kenduri ( last week) , mama kena pergi observed student praktikal di area berdekatan. Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan kami. So anak2 & mR Opel parking kat rumah opah  sementara mama setelkan lawatan. Hasil dari penat lelah seminggu berurusan dgn google map ( sebagai persediaan takut sesat!!), lawatan berjalan lancar & berjaya dihabiskan awal sehari  : ). Antara persiapan yg dah dibuat:
          my own kerastangan...bekas brg kemas ( hobi yg ditinggalkan slps kawen..huhuu)
                              duit mas kawen...takde dlm perancangan, main letak je mana yg ada
                           bilik pengantin (dulu bilik kami juga...)..cadar cotton caler cream dr jusco
                                    kusyen yg di'upgrade' dgn sulaman riben by opah
                                 bungan hiasan..beli di ws craft...tambahan pot pouri dr mak lang
                                   pelamin hitam putih kelabu..........dari intan collection
                                                    dua org budak yg suka enterframe

Majlis nikah berlangsung pd rabu malam (14/3/12) di masjid kat sg siput. Sedikit ralat sebab mama dah bagi kamera kt mR Opel suruh bawa. Tapi disebabkan syaurah nak main2 dulu ngan kamera, alih2 bila dah sampai baru teringat. Takpe nnt kita tunggu gambo dr pro. cameraman, best sket.

next entry nanti br cerita pasal hari kenduri ( mode letih tak habis lagi)