lega...tamat akhirnya operasi melawat student yang menjalani latihan industri dari 21/9 hingga 23/9 (semalam), bersama seorg staf JKM yang banyak memberi tunjuk ajar. First time pegi rasa excited, tapi masuk hari ke2,3 mula la rase macam2....lapar, mengantuk, dan sewaktu dengannya
Rombongan kami (2 org jek) ambil kawasan butterworth-kepala batas. Tujuannya dalah memantau latihan yang dijalani student psp, adakah bersesuaian tempat tersebut, di samping meng "check" buku log harian untuk pastikan setiap kerja dicatatkan, serta memastikan tiada sebarang masalah yg dicetuskan student...cnth: datang lambat, ponteng..setakat yg dilawati Alhamdulillah majoriti company memberikan feedback yg baik cuma ada terselit 2,3 org yg sememangnya bermasalah..(siap ada yg hilang dr tempat LI). Yang bestnya pergi observed ni adalah apabila student kita dapat perform dgn baik (dapat pujian la tu..), company turut memberikan layanan yg baik pada kitaorg...siap jamu makan & dpt souvenier..thanx to bhgn tekno. pendidikan & bank persatuan...ada rezeki kami dtg lagi next semester...
No comments:
Post a Comment