Saya siarkan iklan nuffnang!

Wednesday, October 20, 2010

penulisan skop & objektif projek

huhu...baru ku tahu betapa letihnye menjadi penyelia kepada student untuk proposal (sem 5) & projek(sem). Tak pasti apa yg difikirkan oleh budak2 ni ketika memilih tajuk projek untuk dibuat proposal seterusnya dijadikan binaan sebenar sem berikutnya. Sangat memeningkan kepala bila datang jumpa penyelia dengan tangan kosong..tanya objektif: nak buat kerusi roda boleh jadi katil...yg no 2 ni bukan objektif, tp skop, lagi? : tu je puan...
meh saya tgk skop projek plak : kesesuaian kendalian yang mudah dikendali oleh pesakit dan pesakit lumpuh dengan bantuan...bla...bla..bla...bala....(ayat yg panjang berjela2)...adus...sakit mata baca..dapat diperhatikan student psp ni cakap pandai..tapi bab2 penulisan, pelaksanaan..hancuss. Rekabentuk dah siap baru nak patah balik ke objektif & skop..(boleh ke?) Sepatutnya student perlu tahu apa itu objektif yg perlu dikenalpasti dari penyataan masalah yg sedia ada-

objektif: suatu proses/kerja utama yg akan dilakukan dalam sesuatu projek untuk mencapai matlamat projek. Cnth: untuk menghasilkan..., untuk menganalisa..., untuk memperbaiki...
tulis dalam point, sebaiknya 3 objektif shj

skop: had dan kekangan yg perlu ada (disetkan) dlm melaksanakan projek. Lebih kepada sempadan bg mengelakkan sebarang keraguan atau persoalan.
Cnth: Kajian hanya mengambilkira maklumat pelajar yg tinggal di asrama psp sahaja...( so pelajar yg tinggal di luar tak termasuk dlm kajian)
macam tu ke mama?.. layan air jap

bak air tu ckit....kering tekak lak rasenya
.........agak2 boleh paham tak?

No comments: