Saya siarkan iklan nuffnang!

Wednesday, October 13, 2010

popular atau tidak?

Salam..entry kali ni berkisar pendirian kita dalam membuat pilihan. macam dah biasa dengar, tapi bila terbaca satu situasi yang dicetuskan oleh seorang pengkritik, Leo Velski Julian (diforwardkan melalui email), rasa macam terkena gak tempiasnya bila difikir2kan semula. Email sebenar dalam bahasa Inggeris tp saya translatekan seadanya agar mudah difahami.
Kisahnya..
terdapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain berdekatan 2 landasan keretapi, satu landasan masih aktif digunakan manakala yang satu lagi tidak lagi digunakan. Ada seorang budak bermain atas landasan yang lama, manakala sekumpulan yg lain bermain atas landasan yg masih digunakan. Tiba- tiba keretapi datang dan pada ketika itu anda sebagai pemerhati sedang berada berhampiran alat penukaran landasan.Apa tindakan anda?
Anda boleh ubah laluan keretapi bagi menyelamatkan bilangan kanak-kanak yang ramai tapi pada masa yang sama kanak-kanak yg main berseorangan tanpa kawan dikorbankan...atau membiarkan saja sejumlah mereka dilanggar keretapi ....tapi sanggupkah? Rasionalnya tentu anda akan memilih menyelamatkan kanak-kanak yg ramai tadi. Walaupun hanya seorang budak terpaksa dikorbankan, tapi pernah tak kita terfikir yang budak ni sebenarnya telah membuat keputusan yang paling tepat iaitu " Bermain di tempat yang SELAMAT biarpun dipinggir rakan-rakan yg lain" Budak2 yang lain sepatutnya tidak bermain di landasan yang sedia maklum masih digunakan atau pun sudah pastinya melarikan diri sekiranya terdengar siren keretapi datang.       Sekiranya kita menukar landasan tadi, kanak-kanak yg keseorangan tadi pasti mati sebab dia tidak akan terfikir keretapi lalu di atas landasan yg tidak digunakan lagi dan RISIKO yg paling besar adalah sekiranya landasan yg kita tukar sememangnya TIDAK SELAMAT, maka nyawa beratus-ratus penumpang keretapi mungkin melayang.
apa yg boleh disimpulkan di sini, kadang-kadang kita membuat pilihan berdasarkan pandangan orang lain, kita pentingkan "kepopularan" pilihan tersebut sedangkan yang terbaik & betul tidak semestinya sentiasa nampak di mata.

No comments: