Saya siarkan iklan nuffnang!

Wednesday, March 30, 2011

Tikar Upin & Ipin

Salam..last week punye cerita. Inilah hasil dapatan dari survey ke atas shopping complex :)...dalam sesaja ikut opismate ke Sunway Carnival Seberang Jaya, berjaya gak membeli benda ni....
 boleh dibuat alas tempat main (seperti  digayakan oleh model2 mama )& tempat makan sbb kalis air...senang nak lap2.

Actually pernah jumpa benda ni dlm facebook & blog...masih berkira2 nak beli at that time. Tapi bila dah jumpa depan mata, tunggu ape lg....trus melayang RM 50 ku...lagi pun tinggal satu je gambo kembar botak ni..selainnya doremon , hello kitty....(x masuk list daa...) ...beli kat kedai Mini Toon & dapat kad discount for next purchase. Anak punya pasal..mama yg terlebeh!

Syahmi cucuk 1 tahun

Semalam petang dalam pukul 3ptg, mama & abah bawa syaurah & syahmi ke klinik seberang Jaya untuk checkup. Kali ni syahmi kena cucuk MMR 1& syaurah timbang berat & ukur tinggi. So resultnya:

Syaurah :   berat 12.1 kg 
                 (tapi rasenya dekat 13 jugak sbb dia takmo diri elok2 atas  penimbang)
                 tinggi 90 cm
                 lilit kepala 50 cm

Syahmi :   berat  12.2 kg ( lagi berat dr kakak...hehe)
                tinggi 77 cm
                lilit kepala 49 cm

Misi klinik tu kata, syahmi ni kategori obes...sbb carta dia dah masuk line kuning, tapi selagi dia aktif & sihat, takde masalah. Harap-harap begitu la, pasal si debab ni tak pernah menolak apa yg disuap. last week makan durian pun dia 'join' sekali.
Time cucuk tu terpaksa suruh abah yg pegang sebab dia taknak duduk diam...kang tergolek sapa susah?. Mulut dok bising sebut abah..abah...abah.....
sampai misi tu kata " macam la dia sorang je ada abah!"
Nangis la kejap....tapi kejap je. Balik rumah boleh sambung main. Tapi yg tak bestnya, tido malam tadi dok mengigau sambil nangis. Banyak kali gak...Abah cakap, ni mesti mimpi kena cucuk lagi. Sian debab mama. Tu la..orang jarang sakit, sekali sakit terus termimpi2. 
Nanti setaun setengah kena cucuk lagi ye...jangan lupa tau!

Monday, March 28, 2011

Selamat Ulang Tahun ke...

Semalam 27 Mac 2011, besday hero no 1 mama aka mR Opel yang ke ....30 tahun. Selamat Ulang Tahun, semoga panjang umur &  dimurahkan rezeki. Semoga hidup sentiasa diberkati, Insyaallah

salam sayang dari kami;
Mama, Syaurah & Syahmi

Thursday, March 24, 2011

Resipi: Puding Jagung

Entri kali ni lain sket, tadaaa...puding jagung je.. hehe..requested by mR Opel.
Actually ni kali ke 4 kot mama buat...tapi lain-lain jadiknye..setaun lebih tak buat. resipi ambil dari Myresipi . tapi dah edit2 sket.Bahan-bahannya:

1 cawan jagung krim ( guna satu tin terus senang citer )
1 cawan susu cair      ( pun guna 1 tin terus )
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula  ( mama guna 1/2 je )
3 cawan air ( guna 2 1/2 je )

Nak senang, cawan tu guna cawan yang sama je. Cara dia, campur  + gaul semua bahan kecuali air, panaskan atas api sederhana, tambah air sikit2 sampai semua sebati. kacau sampai likat & berkilat. Pastu tuang la dlm bekas/loyang ikut suka.
***kalau boleh biar lama sikit atas api pun takpe, takut nanti  x cukup keras bila sejuk.  Nanti kena makan ngan sudu jek
hasil yg tak seberapa... 1/2 dah abis kira ok la kot!

Untuk sukatan ni boleh dapat 3 biji bekas kecik (mcm dalam gambar) + 1 tapeware aiskrim

Last weekend activities

Salam petang...walaupun mama tak jadi pergi kursus tapi masih perlu pergi kerja sabtu & ahad lepas. Ada majlis konvokesyen di PSP. Mama bahagian jemputan graduan yg ibarat kerja belakang tabir, so hari konvo tak terlibat apa2. datang thumbprint, buat keje skit & tengahari balik jenguk anak ( abah dorang jaga ). Lepas kerja hari Ahad, bawa anak2 pergi jejalan Jusco Perda.Antara gambar yg sempat dirakam
terlalu excited ada tempat main yg luas

kakak: meh la jemput masuk

dah masuk tapi patah balik...pasal apa ya?

jaga pintu sorang satu

"ahmad albab"...syahmi & pintu xdpt dipisahkan

kalo suruh senyum...mesti kecikkan mata

abah pun tringin nak join...kasik chance
 Memang best dapat bawa anak jejalan tapi yang tak bestnye, time nak balik syaurah mengamuk taknak balik, jenuh gak buat drama air mata.

Wednesday, March 23, 2011

Syahmi turns 1 today!

Alhamdulillah, hari ni genap setahun usia hero no 2 mama, sape lagi kalau bukan Syahmi Imran...( tambah lagi 4 hari besday hero no 1 lak). Seperti yang dirancang, memang takde sebarang sambutan, cuma doa mama & abah : semoga syahmi membesar dengan sihat & gembira serta menjadi anak yg tinggi akhlak & budinya. Amin.
Untuk tatapan, gambar yg br je mama snap ptg tadi

COMELLOTE NEW BORN CONTEST by Amieylee & Iedaremy


salam tengah hari, ni first time mama nak join contest dari amieylee & Iedaremy. Saje2  nak try..

Syarat-syarat dia kena letak gambar baby baru lahir...so gambar-gambarnya...

freeze!!  syaurah...ngam2 2 bulan
machamnye muka...Syahmi..2nd day

hari ni Syahmi genap 1 year,  happy birthday sayang...sekejapje masa berlalu

Butir-butirnya:       Nama ibu : Saidatun Hawani Bt Ahmad
                            Nama anak : Syaurah Nur Aisyah   (2 tahun 1 bulan)
                                              Syahmi Imran           ( 1 tahun  )


Moga ada rezeki untuk first contest ni!

Sunday, March 20, 2011

Tak jadi la pulak!

Salam pagi. Kalau diikutkan perancangan, pagi ni dalam jam 9 pagi, mama & 3 orang lagi rakan akan bertolak ke IAB Genting Highland. Tapi petang jumaat lepas dapat memo kata ditunda...tarikh tak tau lagi. Fuhhhh! lega...hilang semua stress kejap. Bukan tak mahu pegi ( memang wajib pergi pun ), tapi kerja yg bakal ditinggalkan banyak sangat. Tinggal sebulan untuk final exam, sian kat student silibus tak habis lagi. Kalo pergi kursus tu, cuma tinggal kurang 2 minggu utk habiskan kelas...laratke ke nak pulun banyak2...panas hard disk kepala ni!
mama tak kursus.....boleh la kita pi jln2
Yang paling gembira adalah mR Opel..tak yah penin2 nak jaga budak berdua tu....Lain kali kena jugak abahnye. Tunggu je arahan dari kpt. Cuma doa2 biar la kena time cuti semester

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Salam petang, semalam ada tengok berita tentang skim baru yg dilancarkan oleh PM kita.

"golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun"

Bunyi macam best, tapi boleh ke dapat rumah yg diimpikan dengan harga 220000 ni. Kat penang  harga rumah tersangat la mahal. Yang ada apartment sederhana, tu pun dgn keluasan yg terhad. Sebut pasal rumah, memang teringin sgt nak ada rumah sendiri. Dari byr sewa ratus2 kat orang lain, baiklah bayar ke rumah sendiri.Boleh hias ikut cita rasa sendiri, dari pintu depan ke pintu belakang...angan2 je . Mama plan tunggu stop potong epf baru selesa skit nak beli rumah & epf yg ada tu boleh la budget ke kabinet dapur (perkara wajib) , kabinet baju yg pasang siap, aircon, plaster ceiling, sofa....isk..isk..panjang lagi list ni. Kena korek duit mR Opel gak ni. Sekadar angan2...harap jadi kenyataan.Amin..
ruang tamu dr cik google

Monday, March 7, 2011

kena tinggal lagi

Salam pagi..minggu lepas mama dapat memo >>>>kena pergi kursus lagik!! isk..isk .Letih la..last time pegi langkawi hari tu pun masih terasa kepenatannya.
Kali ni Kursus Kepimpinan Instruksional & Pembangunan Andragogi atau nama glemer KIPA. Kursus ni wajib bagi mana2 pensyarah yg tiada basic pendidikan..(mama la tu).  Tarikhnya: 20 mac- 4 april (2 minggu tu!), tempat Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands..tempat macam best sebab tak pernah sampai lagi.
First keluar dalam kepala..sapa la nak jaga anak-anakku nanti?
Bincang punya bincang ngan mR Opel, hasilnya>>>
mR OPel akan takeover jaga anak sepanjang mama kursus. Siang macam biasa hantar rumah makcik normah,jaga malam je
Cik Su Nora akan dijemput untuk membantu mR OPel...harap2 dia setuju.
OPah& Tok maybe datang dalam 2,3 hari bergantung pada kesihatan tok. 

Memulanya ingat nak hantar perlop je tapi kesian kat syaurah dok cari abahnya. masa tinggal dulu pun bersilih ganti demam, sian plak kat opah dorang. At least kali ni ada abahnya takde la dorang rasa sunyi & tercari-cari.Kita tengok nanti!