Saya siarkan iklan nuffnang!

Wednesday, March 23, 2011

Syahmi turns 1 today!

Alhamdulillah, hari ni genap setahun usia hero no 2 mama, sape lagi kalau bukan Syahmi Imran...( tambah lagi 4 hari besday hero no 1 lak). Seperti yang dirancang, memang takde sebarang sambutan, cuma doa mama & abah : semoga syahmi membesar dengan sihat & gembira serta menjadi anak yg tinggi akhlak & budinya. Amin.
Untuk tatapan, gambar yg br je mama snap ptg tadi

COMELLOTE NEW BORN CONTEST by Amieylee & Iedaremy


salam tengah hari, ni first time mama nak join contest dari amieylee & Iedaremy. Saje2  nak try..

Syarat-syarat dia kena letak gambar baby baru lahir...so gambar-gambarnya...

freeze!!  syaurah...ngam2 2 bulan
machamnye muka...Syahmi..2nd day

hari ni Syahmi genap 1 year,  happy birthday sayang...sekejapje masa berlalu

Butir-butirnya:       Nama ibu : Saidatun Hawani Bt Ahmad
                            Nama anak : Syaurah Nur Aisyah   (2 tahun 1 bulan)
                                              Syahmi Imran           ( 1 tahun  )


Moga ada rezeki untuk first contest ni!

Sunday, March 20, 2011

Tak jadi la pulak!

Salam pagi. Kalau diikutkan perancangan, pagi ni dalam jam 9 pagi, mama & 3 orang lagi rakan akan bertolak ke IAB Genting Highland. Tapi petang jumaat lepas dapat memo kata ditunda...tarikh tak tau lagi. Fuhhhh! lega...hilang semua stress kejap. Bukan tak mahu pegi ( memang wajib pergi pun ), tapi kerja yg bakal ditinggalkan banyak sangat. Tinggal sebulan untuk final exam, sian kat student silibus tak habis lagi. Kalo pergi kursus tu, cuma tinggal kurang 2 minggu utk habiskan kelas...laratke ke nak pulun banyak2...panas hard disk kepala ni!
mama tak kursus.....boleh la kita pi jln2
Yang paling gembira adalah mR Opel..tak yah penin2 nak jaga budak berdua tu....Lain kali kena jugak abahnye. Tunggu je arahan dari kpt. Cuma doa2 biar la kena time cuti semester

Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Salam petang, semalam ada tengok berita tentang skim baru yg dilancarkan oleh PM kita.

"golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun"

Bunyi macam best, tapi boleh ke dapat rumah yg diimpikan dengan harga 220000 ni. Kat penang  harga rumah tersangat la mahal. Yang ada apartment sederhana, tu pun dgn keluasan yg terhad. Sebut pasal rumah, memang teringin sgt nak ada rumah sendiri. Dari byr sewa ratus2 kat orang lain, baiklah bayar ke rumah sendiri.Boleh hias ikut cita rasa sendiri, dari pintu depan ke pintu belakang...angan2 je . Mama plan tunggu stop potong epf baru selesa skit nak beli rumah & epf yg ada tu boleh la budget ke kabinet dapur (perkara wajib) , kabinet baju yg pasang siap, aircon, plaster ceiling, sofa....isk..isk..panjang lagi list ni. Kena korek duit mR Opel gak ni. Sekadar angan2...harap jadi kenyataan.Amin..
ruang tamu dr cik google

Monday, March 7, 2011

kena tinggal lagi

Salam pagi..minggu lepas mama dapat memo >>>>kena pergi kursus lagik!! isk..isk .Letih la..last time pegi langkawi hari tu pun masih terasa kepenatannya.
Kali ni Kursus Kepimpinan Instruksional & Pembangunan Andragogi atau nama glemer KIPA. Kursus ni wajib bagi mana2 pensyarah yg tiada basic pendidikan..(mama la tu).  Tarikhnya: 20 mac- 4 april (2 minggu tu!), tempat Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands..tempat macam best sebab tak pernah sampai lagi.
First keluar dalam kepala..sapa la nak jaga anak-anakku nanti?
Bincang punya bincang ngan mR Opel, hasilnya>>>
mR OPel akan takeover jaga anak sepanjang mama kursus. Siang macam biasa hantar rumah makcik normah,jaga malam je
Cik Su Nora akan dijemput untuk membantu mR OPel...harap2 dia setuju.
OPah& Tok maybe datang dalam 2,3 hari bergantung pada kesihatan tok. 

Memulanya ingat nak hantar perlop je tapi kesian kat syaurah dok cari abahnya. masa tinggal dulu pun bersilih ganti demam, sian plak kat opah dorang. At least kali ni ada abahnya takde la dorang rasa sunyi & tercari-cari.Kita tengok nanti!