Assalammualaikum ..
Walaupun hari ni dah 3 hb, rasenya masih belum terlambat nak ucapkan selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012. Seperti biasa takde la plak nak celebret2 ni. Just dok depan tv tgk bunga api live...kire ok gak la. Macam tahun2 sebelum ni azam memang takde cuma amat bersyukur kerana dipanjangkan Allah usia kami sekeluarga serta nikmat & rahmat yang tidak terhingga ke atas hamba-hambaNya. Alhamdulillah!
Bila tahun berganjak, maknanya banyak perkara yg bertambah umurnya..of course anak-anak kesayangan mama. Syaurah akan akan berumur 3 tahun bln February ni & Syahmi genap 2 tahun Mac nanti. Cepatnya diorang membesar. Rindu sangat masa zaman2 diorang sebelum berjalan. Rase macam nak ada baby lagi.. huhu... tapi nak jaga dua orang ni pun abah & mama dah penin. Kudrat & kewangan yang tak berapa mengizinkan. Rasanye kena tunggu kakak masuk tadika dulu kot. Time agak2 dah cerdik skit nak mintak tolong jaga adik...ahakss..berangan la plak : P
Me?? makin tua & makin beso.. hehe ...Tahun ni juga tahun ketiga Mama berkhidmat sektor kerajaan. Semoga tahun ni aku akan lebih rajin bekerja & kurangkan berinternet. Sasaran tahun ni ( tak masuk SKT okey!) nak lebih jimat dalam berbelanja..simpan sikit2 sbb nanti nak masuk rumah baru(2014). Biar pun baru naik tiang, nanti bila dah siap harap2 takdela tergagau-gagau nak cari duit. Nak pasang grill, lampu, kipas..etc semuanya duit ribu riban gak jumlahnya.
Lakiku? Mr Opel...makin tua gak..sebab umur kami sama... hahahahah!!! jangan marah Abang. Tahun ni diharap lebih rajin untuk bangun 'lebih awal' untuk elakkan punchcard merah ye. Tahun ni juga genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Semoga kekal bahagia selamanya.
p/s**Aci tak nak apply hadiah anniversary awal lima bulan? tu pun kalo 7.7 dah release ; )
No comments:
Post a Comment