Saya siarkan iklan nuffnang!

Tuesday, January 17, 2012

Salam Takziah

Assalammualaikum...

Dalam kesibukan kerja harian sekarang, memang tak sempat langsung nak update blog. Yg sempat bukak blog2 feveret & baca sepintas lalu jek...(tu pun pasal nak ilangkan stress kerja).Kali ni pun takda idea nak citer panjang2. Sambil2 google nota kat tenet, curik masa sket update blog.

Entry khas ini buat one of my best fren masa study kat Usm dulu Rosbaizura @ Bai. Emak beliau telah meninggal dunia pagi semalam (Isnin , 12.20 pagi) di hospital Kangar. Kata Bai maknye ada kencing manis dan start sakit dari bulan pose tahun lepas. Al-Fatihah, semoga mak Bai di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Untuk Bai, kami ( me & mR Opel ) harap agar sentiasa sabar & tabah atas dugaan yang menimpa. Cuma sedikit terkilan tak dapat menghadirkan diri untuk memberi sokongan & berkongsi kesedihan disaat beliau kehilangan orang tersayang buat kali ke2. Ayahnya juga telah kembali kepadaNya dalam tahun 2006 ( kalau xsilap).

Besar sungguh ujian Mu ya Allah. Hanya yang terpilih sahaja Kau uji keimanannya. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami dunia & akhirat. Hanya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..Amin

        One sweet memory....first time jejak kaki di Langkawi. Bai yang paling cun kat tengah2...rindunya zaman muda2 dulu..

No comments: