Saya siarkan iklan nuffnang!

Tuesday, March 4, 2014

Rumah kami: kabinet dapur & tv

Assalammualaikum. .

Masih lagi cerita pasal rumah..benda paling best bila nak masuk rumah dah tentunya kabinet dapur @ kc. Walaupun dapur ku sempit, tetap gak nak buat. Memula sekali kitaorg deal dgn company mykitchen. Wakilnya datang rumah ambik ukuran tapi bila mintak tabletop konkrit diorang tak buat, hanya ada solid, granite dan seangkatan dengannya. Lepas ambik ukuran tu dia janji nsk bagi quotation, sampai ke sudah tak dapat. Agaknya bila kitaorg cakap bajet kecik je, terus takmo layan....

Last2 kitaorang terus deal dgn dyna kitchen kat area sg dua jugak kedainya. Senang deal terus dgn owner dia Mr Tan, orang lama dan banyak pengalaman. Mr Tan janji untuk cuba siapkan table top sebelum raya cina, alih2, siap semuanya sekali sebelum dia cuti. Salute la kat uncle ni. Antara progres kabinet kitaorg..


Sebelum ni punya la google sana2 sini nak pilih kaler kabinet macam2..alih2 hitam kelabu jugak yg menjadi pujaan hati.
Bila dah siap..


Belah kiri tepi dinding tempat letak petiais. Ingat nak buat ssmpai atas, tapi terlebih bajet la plak.

belah kiri bahagian dapur mama request tall unit untuk letak oven & microwave... ( walaupun microwave idaman takdak bajet nk beli)

Last skali kita org punya kabinet tv


Simple jek, tapi boleh la nak bagi ruang tamu nampak luas sket.

Apa2 pun memang puas hati la dgn servis dynakitchen ni. Harap2 kalau ada duit turun dari langit boleh pasang kabinet baju plak ; )

posted from Bloggeroid

Sunday, March 2, 2014

Rumah Kami : Grill & wiring

Bismillah...

Saja nak update pasal rumah, untuk tujuan rekod je. Benda kedua yg kitaorang buat kat rumah lepas tinted ialah wiring dan grill. Pemaju memang dah sediakan wiring tapi yang asas je la. Kita terpaksa tambah point untuk lampu kat bilik2 dan point 13A untuk setiap ruang terutamanya dapur dan backyard. Wireman kitaorg adalah adik kpd kawan adik Mr opel. Tapi Mr opel mmg dah kenal lama diorang. Jadi takde la risau nak upah diorang.

Hajat di hati nak pasang plaster ceiling, tapi memikirkan beberapa kesan negatifnya kami laki bini sepakat taknak pasang. Tambahan siling asal rumah (tingkat bawah) agak rendah. Bila Mr opel hulur jari , sikit lagi boleh sentuh kipas. Yerrr laki ku ini tinggi orangnya. Tapi tak tau plak tahun2 yang mendatang kot2 rasa nak pasang kan....

kami pasang sekali wiring untuk 2 unit aircond dan autogate. Sejak duduk rumah sewa mmg teringin nak pasang aircond, tp tuan rumah dah pesan siap2 jangan tebuk2 dinding. Sebagai penyewa yg menurut perintah, kami ikutkan je. Kalau tak jenuh nak kena tampal plaster bagai balik. Yang autogate tu tak tau nak pasang bila. Wiring je dulu, pastu kena tunggu duit tabung penuh baru kita fikirkan semula.

Kami mintak wireman pasang sekali lampu kipas semua. Tak payah nak fikir banyak. Lampu led kami borong kat kedai di jalan raja uda. Tu pon tengok ada promosi dr katalong yg slalu sampai kat rumah. Beli main tunjuk2 je sbb malas nak survey2 kedai lain. Lampu pendafluor Mr opel beli kat kedai hardware depan taman. Sbenarnya mama lebih suka lampu panjang ni sbb lebih terang & tentunya jauh lebih murah. Tapi tu la, excited punya pasal kan....

Kipas ngan aircond kitaorang borong kat kedai tonmooi area bukit mertajam. Memang banyak pilihan. Asalnya nak ambik brand york, tapi tukar dgn fujiaire sbb dia offer warranty lebih lama dan tentunya lebih murah..bajet...bajet. so kitaorg angkat 1hp inverter & 2.5hp biasa punya untuk ruang tamu. Kipas semua brand kdk. Pun main tunjuk2 katalog jugak. Sekali harung, lagi pun time tu cuti dahnak abis, malas nak fikir dah
Antaranya


Lampu kat ruang tamu, kalau bukak cover tu mesti lagi terang

Untuk grill plak, mama pilih warna putih yg melintang tu. Banyak rumah pakai design ni. simple jek. Kitaorang upah kontraktor yang sama untuk grill dan extend belakang. Tapi tu la sebab banyak sangat ambik job, sampai ke hari entry ni ditulis, extend belakang tu masih belum siap sepenuhnya. Bukan extend full pon, naik bata separuh & grill separuh je, bumbung guna awning. Kabinet dapur yg last minute tu pon siap dulu. So gambar grill rumah kami


Kat sliding ada corak skit. Asalnya mintak semua daun, alih2 ada gak bunga terselit. Geram rasenya. Kat tingkap lain takde corak



Gambar backyard dah siap nanti baru upload
posted from Bloggeroid

Kenduri kesyukuran & naik buai

Assalammualaikum. .

23 februari lepas satu majlis kesyukuran selamat diadakan di rumah opah&tok di perlop 1. Sebenarnya majlis ni sempena kelahiran anak sulung pak uda Fahmi, fatiha yang jugak berpantang kat rumah opah. Lama dah rancang tapi tak dapat tarikh yg sesuai. Tapi opahnya kata alang2 dah buat kenduri terus la naik buai sekali. Opah jemput geng2 marhaban perlop 1.

Bila dh last minit punya plan, last minit jugak la actionnya. time rehat hari jumaat, sebelum balik kampung, bergegas mama ke AtoZ cari barang2. Penat dok pusing2, sempat cari beg & barang souvenier untuk orang marhaban.
Sabtu esoknya baru cari barang utk hias buai. Buat ala kadar je...tu pon Mr Opel kata berejam tunggu pilih barang...eh ye kerr?

Hari kejadian...


Hasil tangan mama....kira ok la kan mmmmm....


Memula masuk buai dia lena, kali ke dua macam stress pulak si syafiah ni



Gotong royong memasak kat belakang. Terima kasih banyak2

Sebenarnya fatiha sempat naik buat dalam 2 minit je. marhaban dah nak abis baru diorang sampai. Nasib baik la ada syafiah untuk diletakkan dlm buai. Kalo tak, buai kosong je la. Nak dijadikan cerita, dah sampai tgh jalan baru perasan kunci kereta lagi satu tertinggal atas kereta tu jugak. So terpaksa la patah balik, takut kereta kena curi. Nak pulak diorang baru je pindah area situ.

Apa2 pun syukur semua selamat dan berjalan lancar. Alhamdulillah


Foto gedik mama & syafiah
posted from Bloggeroid