Saya siarkan iklan nuffnang!

Monday, January 3, 2011

salam tahun baru...2011

tahun 2010 sudah berlalu...dah masuk 2011 sekejap ja rasa masa berlalu. Apa azam tahun ni? adakah sama macam yang lepas-lepas?..rasanya mama tak pernah menetapkan azam, cuma setiap tahun berdoa kepada Allah sentiasa dipermudahkan segala urusan , dikurniakan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki. Tak lupa juga doa untuk anak-anak, suami & family tersayang.
 Diharapkan tahun ini dapat memberikan tumpuan yang lebih pada kerjaya & anak-anak yang semakin membesar, Insyallah. Untuk mR Opel, agak-agak boleh kurus ke taun ni?

Thursday, December 30, 2010

~esOk Cuti ...la~la~la~

congrate untuk semua pemain malaysia yg mengalahkan Indonesia dalam piala Suzuki AFF semalam.Dengan mata 4-2.  Rase best sangat...tapi ada rase terkilan skit, kalo malaysia boleh jaringkan satu lagi gol dipenghujung game lagi best...walaupun pun mama tak berapa minat bola, tetap nak tengok sebab Malaysia main.  Anugerah tukang sorak , tak lain jatuh pada mR opel !.. (sampai syaurah 'urut' dada...terkejut abah oiii!!). Anyway thanks again..sbb kan m'sia menang kita dapat cuti..hehe..  ;)

first syahmi masuk kolam...carik bola dulu

this is my ball

tengok je boleh...ambik jangan ye


dah cuti esok, tak yah pegi sekolah la anak-anakku, kita layan tv kat rumah, okay!

Monday, December 27, 2010

~Inilah hEro MamA nO 2~

Salam, takde entry menarik nak citer tapi nak letak gambar jalan2 time weekend. Time ni Tata & Nanny datang Penang, bawak baju bola warna merah "Red Warrior". Actually mama tak berapa berkenan baju ni...sebab apa? setiap kali ada lawan bola team kelantan..mesti ada kacau bilau, stadium terbakar, gaduh dan memacam lagila...their fanatic fans really annoyed me, similar to political issues. Can't review anymore
kat rumah mak long abah

dedua dah boring, kakak nak lena dah tu

jusco's baby room

suka sangat kat langsir ni...takmo lepas

main cak-cak dengan mama

excited...punggung dah tak sakit


Apa2 pun mama harap sekadar pakai baju je okay!..nampak comel bila dedua pakai baju yang sama.

^SYahmi & bisUL^


alkisahnya, hidup mama & abah tak berapa tenang, 2, 3 minggu ni. Starting minggu ke 2 bln Disember ada bisul naik kat punggung Syahmi. Memula mama ingat bengkak@ruam lampin tp syahmi takmo duduk & nangis tiap kali sentuh punggung dia. Ada sekali time balik Perlop, Opah sesaja gurau tepuk punggung, terus melalak tak ingat dunia. Bila jumpa doc nextweeknya baru tahu nak naik bisul & doc bagi antibiotik & ubat tahan sakit. Kalo ikutkan Dr Iskandar kes macam ni biasanya kena operate buangkan bisul tu, tp dia sendiri kata kesian & tak sanggup nak buat. Cuak mama & abah. Nasib baik ada kengkawan syorkan ubat kat kedai sing seh.. nama dia bunga rumput , berbiji kecil macam selasih tp warna coklat muda. bancuh ngan air suam bagi kembang2 (macam ada gam) tampal kat bisul. Tujuan dia nak bagi bisul cepat masak & pecah. Bila pecah, baru antibiotik jalan ( ni kata Dr Shamsul kt klinik depan rumah). Alhamdulillah dalam 2 hari bisul pecah. Ni pun haru biru gak, asyik nangis je..tapi esoknya Syahmi dah boleh main macam biasa..lega mama & abah. Skang dah minggu ke 3, tetap kena pantau & selalu picit bekas bisul supaya betul2 kering..Doa mama...harap sekali ni je bisul tu datang, Amin!
dah tak sakit punggung baru leh duduk mama

bagi adik pinjam sat kakak...

jAlan-jalAn teNgok lauT

actually entry ni dah lama nak buat tapi mama bz mengalahkan ceo ...ni first time syaurah & syahmi tengok laut secara live..biasanya dari dalam kereta je. Tujuan utama adalah makan kenduri anak jiran sekampung dekat Setiawan, dah habis lajak ke jeti Lumut. Opah ajak ke Pangkor, tengok tok ngah (sejak kawen tak sempat jejak kaki kat sana...huhuhu..)tp dah nak masuk petang...satgi nak patah balik. Ada rezeki lain kali kita pergi ye.
at first...nampak pelik

dah suka, tak nak lepas palang tu..jenuh mama tarik

hero-hero mama , abah & syahmi

tengah feel angin laut

senyum...( dan lagi membuang kat sini, jenuh nak tukar diaper)

ala-ala model

opps..macam nampak aiskrim je...

kat sini agak senang nak snap gambar dia, kalo tak ish..ish..ishh
Best berjalan time ni, tp balik hujan  lebat. Lain kali kita jalan lagi okey!