Saya siarkan iklan nuffnang!

Monday, February 10, 2014

Prudential untuk Syafiah

Assalammualaikum

Alhamdulillah , dah dapat policy & kad insurans untuk Syafiah. Untuk perlindungan masa depan in shaa Allah.



Syaurah punya insurans pun kami decide utk upgrade kpd yang ada kad, masih dalam proses pemohonan. Senang sikit nanti bila ketiga2 polisi sama. Payment pun sama rm120 sebulan.Tak larat nak baca buku polisi satu satu, dh sama nanti sekali harung je

posted from Bloggeroid

Rumah Kami : Kunci & tinted

Assalammualaikum....(entry taun lepas yerrrr)

Rentetan dari check defect dlm bulan 10 tahun lepas, surat jemputan utk ambil kunci kitaorg terima lebih kurang 2 minggu lepas abis pantang. Ingatkan lepas dapat surat terus boleh ambil bila kita free, rupanya kena buat appoinment dulu. Ni kes excited terlebih. Nasib baik dah join fb tmn sg dua utama, ada yang share pengalaman diorang ambil kunci. Baru gelabah nak telefon pemaju. rupanya ramai yang dah booked tarikh, full sehingga next weeknya. Nasib baik dapat jugak slot minggu berikutnya, tu pun hari jumaat, petang. Takpe2 tak lari rumah dikejar...menten situ jerrrr

Hari ambil kunci 6 Disember 2013..


Check balik defect yg dah report sebelum ni. Dah dibaiki tapi ada plak defect yg baru. Tak sabarnya nk masuk rumah baru. Tingkap yg mengadap rumah depan tu master bedroom. Abaikan stroller cik piyah kat bawah tu, terpaksa bawak sbb x larat nak gendong. Pintu putih sebelah tangga tu untuk stor. Kecik je, tp sangat penting untuk simpan barang2 yang tak berapa sedap mata memandang : )

Sebenarnya kami dah buat appoinment dgn tukang tinted pada hari yang sama.. kes terlebih excited tadi ( sama je laki bini hehe ) . Elok je setel dapat kunci tukang ni dah sampai depan rumah. Sementara kitaorg menge'test' kunci2 yg berlambak ni , dia ukur tingkap. Selesai ukur dan bagi harga kitaorg terus deal jadi. Harganya agak murah, siap warranty 5 taun lagi. So dia akan pasang tinted keesokkan harinya sbb dah lewat petang.

Hasilnya..


Pasang tinted ni sehari pon dah siap. So far servis memuaskan dan tukang ni akan dtg balik lepas 10 hari utk check balik kualiti pemasangan. Macam kitaorg ada gelembung udara naik kat tingkap sliding, so terus dia betulkan. Harap2 sejuk la rumah lepas ni....


Kenangan:
malam hari ambil kunci ni, syafiah lain macam skit. Menangis je. takmo kat orang lain, asyik nak gantung ngan mama je. Kitaorg syak mungkin pasal masuk rumah tadi. tak ikut adab yang sepatutnya. Tambahan dah petang plus hujan renyai2 plak tu. Rasa menyesal sangat sebab terlebih gembira tadi. Mr opel pasang ayat Al Quran kat hfon & telefon tata minta tolong pakcik mansur buatkan pendinding. Lepas baca ayat kursi beberapa kali kat telinga, baru syafiah tenang mcm biasa. Alhamdulillah..lepas ni mmg sentiasa INGAT. In Shaa Allah
posted from Bloggeroid

Tuesday, November 12, 2013

Syafiah: cucuk sebulan

Assalammualaikum,

Alhamdulillah Syafiah dah genap sebulan jumaat lepas. Tapi isnin semalam baru pergi klinik untuk checkup sebulan sebab klinik tu tak buat imunisasi pd hari jumaat. Hasilnya, kuning dah kurang bawah 6 (legaaa..) berat 4.6 kg & panjg 57 cm. Patutla rase makin lenguh bila ampu si kecik ni.



Time cucuk pon nangis kejap je..good girl!
Mama pon check sekali smalam, berat turun kurang dr memula bukak buku..hehe tp still berat lagi sbb masih 80++. Agak2 ade harapan tak nak turun lagik? Pantang tinggal dlm seminggu je lagi pon isk isk...

posted from Bloggeroid

Friday, October 18, 2013

Check ke 2 dari Global Test Market

Assalam..
Sampai jugak check yg ditunggu2. Rasenya mama redeem masa sebelum 36wks. Kali ni banyak skit dr yang lepas sebab saje simpan point sampai 2000, baru nampak banyak. Apa2 pon Alhamdulillah , lepas gak bayar ptptn sebulan ♥


posted from Bloggeroid

Saturday, October 12, 2013

Alhamdulillah...ahli baru kami

Assalammualaikum,

Syukur pada Mu Ya Allah...mama selamat melahirkan adik baru syaurah & syahmi pada 8 8 Oktober 2013, Selasa 1.08 tgh hari di hosp. Seberang Jaya, dgn berat 3kg. Walaupun ada bnyk masalah masa warded terutamanya tak dpt masuk labor room biar pun dh cukup bukaan ( kes labor room over penuh even dh tambah katil xtra) tp alhamdulillah Baby Syafiah lahir dgn sihat & selamat. Yang paling tak boleh lupa mama masuk dewan bersalin time bukak dah 7 cm. Tu pun dah abis tahan. Elok je dok atas katil terus teran. Tak pasang ctg, wayar segala bagai....nak buat mcm mana rezeki masing2. Apa2 pon setiap kelahiran anak ttp kekal dlm ingatan, insyaAllah




posted from Bloggeroid