Saya siarkan iklan nuffnang!

Wednesday, February 29, 2012

Pilih yang mana satu..


( Mode : sakit kepala nak buat anggaran perjalanan!!)

Nak yang mana? Yang kaler merah atau putih

                                                                          Atau

                                                                                                                           
Pilih jangan tak pilih. Deduanya dari prego. Antara menu yg paling mudah nak buat ( malas actually..= ) )
Mr Opel prefer yg merah, tapi mama lebih suka yg putih especially bila tambah fresh milk & extra cheese... wallaaaweiii!

Tuesday, February 14, 2012

Dah 3 taun la mama!

Assalammualaikum,

This week cik Syaurah kita berada di Perlop 1. Takmo balik penang and ayat biasa " akak nak tinggal sini". So mama & Mr Opel ikutkan je, memandangkan dah 3 minggu lebih syaurah tak jumpa opah dia.

Hari ni 14 Februari 2012- hari Selasa, hari yg special - sorry kami tak sambut valentine , HARAM!!!
Hari ni birthday cik Syaurah yg ke 3. Biar pun dia lahir malam, malam semalam abah dah tipon untuk wish besday.
Mama & Abah bersyukur kepada Allah atas kurniaanNya, cahaya mata pertama kami dapat membesar dengan sihat & sempurna. Walaupun kadang2 dia suka buat perangai, kami tetapkan sayangkan Syaurah. Doa kami agar Syaurah terus membesar dengan sihat , ceria & menjadi si bijak yang solehah, Aminnnn!

                                             while she's sleeping.............shhhh!!
 
                                                         gelak sampai tak nampak mata
                                               Faces of Syaurah Nur Aisyah

Thursday, February 9, 2012

Bila diri diuji...

Last two weeks..setelah sekian lama tak jatuh sakit, akhirnya aku demam jua!!! Untuk orang yg jarang sakit (..ermm Alhamdulillah) , bila sekali sakit aduhaii..hanya Allah yg tahu. Starting 3 days before, jumaat malam Syahmi meragam time tido- mama pun tak tido gak la, sabtu malam- syaurah lak dok bergaru time tdo- again mama tak tido, jadik tukang garu dia & ahad malam again Syahmi sekali lagi meragam&menangis time tido- jenuh la mama & abah dok pasang ayat AlQuran guna hset. Dah dekat2 kul 6 baru nak lena. So Isnin pagi pegi kerja macam orang lalokk...huhu..stressed sangat!
Walaupun hari sabtu dan ahad, tetap tak dapat qada balik tdo yg tak cukup tu sebab si debab tu macam jam loceng , once dia terjaga, mesti nak kasik mama jaga jugak. Terus nak main- non stop! Mama jugak lak jadi mangsa lenyek dia. Weekend dah jadi sesuatu yg memenatkan walaupun bermaksud 'cuti dihujung minggu'. Masa ni la nak kemas rumah, nak basuh baju, lipat kain, masak etc..etc..etc.. Tapi sebagai seorang mama, time ni la kita nak spend masa ngan anak2 & family. Thanks Allah!
Berbalik kisah sakit tadi, Isnin malam kitaorang pegi  carefour & balik makan nasi kandar kat seberang jaya. Mr Opel dah pesan siap2 kat 2 beradik tu. Malam ni tido awal, sian kat mama & abah ( rasenye lebih kpd mama kot). Dia siap pasang cd ruqyah untuk kanak2( untuk halang gangguan syaitan). Alhamdulillah malam tu anak2 mama tido lena. Tapi yg TAK BESTNYER, kul 2 pagi ++, mama terjaga - awat la sejuk sangat ni, sampai menggeletar. Ambik selimut tebal tebal pun menggigil lagi. Tak boleh lelap sampai pagi. Sahih demam!
Esoknya ikut Mr Opel pergi klinik Seberang Jaya, (ada appoiment Syahmi sebenarnya) jumpa doktor, check darah, suhu 39 degree celcius. Finally i've got MC for 2 days ( 31 & 1/feb). Time ni la baru terkenang nikmat Allah semasa sihat.

Pengajaran: jangan mengeluh kerana kerja@penat, ianya 1000 kali nikmat berbanding ketika mengeluh kerana sakit!

Friday, January 27, 2012

Rumah Kami #3 - Pinjaman Perumahan

Assalammualaikum...

Tahun baru ni agak slow skit nak mem'blog'..Pasai ape yek?  huhu dah memang dasar tulang berat sihat & kuat!!

Berbalik pada cerita asal. Alhamdulillah, loan kerajan yg dipohon untuk pembelian rumah kami telah diluluskan.  Actually last weekend check online dah tau, tapi hari ni bila terima surat secara rasmi  : )   Makin lebarlah senyum ku ini.

*****Walaupun rumah baru nampak tiang, tapi tetap nak menyambung angan2 kembali yuuuu huuu! Dah terbayang oven panasonic ala2 Masterchef aritu. Kan best kalau boleh dapat satu set barang2 dari It's Cooking Magic ni- dari dapor sampai ke fridge + mesin basuh+ tv...bla2...bl2.. Minta maaf ye kalo ikut list angan2 memang panjang*****

Sambung balik, dlm surat tu dinyatakan pembeli perlu sign & hantar balik surat tuju terima dlm tempoh 14 hari. kalau tak automatik pinjaman terbatal. So next week akan cuba disetelkan secepat mungkin. Dan kena alert call dari lawyer rumah untuk sign surat cagaran sbb tempoh hari call lawyer diorang inform tak terima surat lagi dari bppk. Semoga dipermudahkan segalanya . Aminnnnn.

      Berita gumbira kami...alhamdulillah

Tuesday, January 17, 2012

Salam Takziah

Assalammualaikum...

Dalam kesibukan kerja harian sekarang, memang tak sempat langsung nak update blog. Yg sempat bukak blog2 feveret & baca sepintas lalu jek...(tu pun pasal nak ilangkan stress kerja).Kali ni pun takda idea nak citer panjang2. Sambil2 google nota kat tenet, curik masa sket update blog.

Entry khas ini buat one of my best fren masa study kat Usm dulu Rosbaizura @ Bai. Emak beliau telah meninggal dunia pagi semalam (Isnin , 12.20 pagi) di hospital Kangar. Kata Bai maknye ada kencing manis dan start sakit dari bulan pose tahun lepas. Al-Fatihah, semoga mak Bai di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Untuk Bai, kami ( me & mR Opel ) harap agar sentiasa sabar & tabah atas dugaan yang menimpa. Cuma sedikit terkilan tak dapat menghadirkan diri untuk memberi sokongan & berkongsi kesedihan disaat beliau kehilangan orang tersayang buat kali ke2. Ayahnya juga telah kembali kepadaNya dalam tahun 2006 ( kalau xsilap).

Besar sungguh ujian Mu ya Allah. Hanya yang terpilih sahaja Kau uji keimanannya. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami dunia & akhirat. Hanya Engkau yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..Amin

        One sweet memory....first time jejak kaki di Langkawi. Bai yang paling cun kat tengah2...rindunya zaman muda2 dulu..