Saya siarkan iklan nuffnang!

Monday, January 31, 2011

Bila syaurah bergaya

Gambar ni ni ambil dalam 2 minggu lepas. Baru balik dari kerja & ambil anak-anakku.Time ni nampak macam comel sket pasal makcik Normah tu buat kan tocang pokok nyok atas kepala. kalau harapkan mama tak tau bila dapat lawa2 cam nih.

muka serius..
tengok bawah...patutla

siap babai lagik...nak ke mana cik kak?

 kasut tu dah lama mama tak pakai. Tak rajin la berkasut bagai, suka pakai sandal je. Betul la orang kata, budak2 ni memang suka tiru gaya orang tua. Harap diorang mencontohi yang baik-baik saja amin!

cuti semester, tapi tak cuti

 Tarikh 31/2 hingga 4/2, adalah cuti mid-semester bagi pelajar2 politeknik seluruh Malaysia. Tetapi hanya untuk pelajar, pensyarah yang nak cuti, boleh apply cuti. memandangkan raya cina jatuh dalam minggu ni jugak. Time ni la masa untuk menyelesaikan kerja2 yang tertangguh. 
List mama: 
a. Semak segala test, kuiz, assignment, report bengkel dan sewaktu dengannya
b.melengkapkan kedatangan kelas & mengeluarkan segala surat2 amaran untuk subjek yg diajar
c.melengkapkan FRP-fail rekod pensyarah ( ala-ala buku rancangan mengajar )
d. kemaskini fail pelajar kelas softskill-latihan Industri sem depan
e. perancangan untuk kelab keusahawanan, buat checklist untuk beli barang ( tak tau nak ambik contoh dari mana)

Rasenya banyak lagi...untuk setakat 3 hari ni harap-harap 5 benda ni dapat disiapkan. Tapi kak Wan" my opismate awal-awal lagi dah goda ajak pi giant tengahhari  satgi...dugaannnn

Friday, January 28, 2011

Pagi yang tak best

Salam pagi,  kisah benar ni berlaku semalam kat mama..pagi semalam selepas abah pergi kerja, mama baru nak siap2 pakai baju ..pastu terlupa enjin keter tak start lagi. ..Ambil kunci, buka pintu rumah, cepat2 mama tutup pintu dari luar sebab syahmi tersangat la suka main tutup buka daun pintu...takut tersepit.
 Sungguh tak sangka2 lepas mama tutup pintu, syaurah terus kunci dari dalam..Alamak, kunci rumah kat dalam, tudung tak pakai lagi. Suruh bukak pintu, dia buat tapi tak jadi sebab dia tak pusing habis. Apa lagi naik la volume mama. Syahmi dah start nangis, ma..ma..ma.. (takut kena tinggal la tu..). kakak pun meraung jugak sebab mama dah naik angin. Jam dah 7.30, ngam2 je untuk hantar diorang & thumbprint.
nasib baik sliding door rumah kami ni tak kunci ( dah rosak ), hanya grill je yang berkunci. Kesian kat syahmi dah melalak2, terpaksa la pegang dia ikut celah gril..nak kasi stop nangis. Jiran sebelah siap jenguk  ( kes volume mama terlalu tinggi la ni...)& offer kunci dia suruh try bukak, mana la tau kot-kot boleh. Still tak boleh.
Terfikir nak contact mR Opel, handfon ku? "kakak, tolong ambik encet mama" tercari2 la si kakak ni..Nasib baik henfon ada atas tilam..nasib baik dia faham terus ambik bagi kat mama. Lama gak la mama kena lepak luar rumah sambil pegang syahmi yang bergantung pada gril...hari dah makin cerah. masa tu tinggal lebih kurang 10 minit je kul 8,
Konpem lambat
Last  skali mama thumbprint jam 8.09 ( habis rempit dah....) then baru hantar anak ke rumah pengasuh

Wednesday, January 26, 2011

Wall stickers cap pasar malam

petang ahad lepas, dengan permission mR Opel, mama jalan sorang2 ke pasar malam depan taman. Actually ni dah kali ke2 jalan sorang2. Abah kata senang mama nak beli barang & dia volunteered nak jaga anak...yahooOO!! ;p apa yang dibeli? selain makanan, first time terasa nak beli menda ni...hasilnya agak memuaskan. Jom tengok
model sedang menampal sticker

otomen tengah enterframe

tepi meja makan..agak sesuai la kot
saja2 beli, memandangkan rumah kami ni agak kosong tanpa hiasan. Lagi pun hero & heroin kami suka sangat mengemas. Kalo hias cam nih diorang boleh pandang je... hehehe...

Saturday, January 22, 2011

mama ke yang bersalah?

Kelmarin public holiday, thaipusam...dlm ayat panjangnye: "hari untuk berehat di rumah bersama anak2 dan masa untuk mengemas apa yang patut." Tapi mR Opel ada urusan di sekolahnya, jadi  macam biasa kami 3'S' ni kena tinggal kat umah. Actually abah ada ajak pegi sekali, tapi memandangkan deretan kerja menunggu panjang sangat....apa kerjanye? basuh baju, jemur baju, lipat kain yg dah kering, masak, bagi mandi anak...bla2..bla2...
Bila masuk tengah hari budak 2 orang ni dah start ngantuk (ni yg tak best bile pegi jalan2). Syaurah mencari teman2 baiknye : puting & bantal bucuk. puting jumpa, bantal takde. Alahai ..kat mana la dia letak. Jenuh mama cari, dalam beg, bakul mainan, laci TV bilik stor, dalam peti ais....tak jumpa. selalunya syaurah tau kat mana dia tinggal bantal kesayangan dia. bagi bantal adik yg sama sebijik, dia kata " dik" means bantal ni adik punya, bkn dia. Sian dia tercari cari "cuk". Abah balik nanti kita cari ya.
Bila mama tanya abah, "abang pun cari pagi tadi, takde pun.." masalah besar ni...tawaf rumah la kitaorg cari lagi. Terdetik hati mama nak jenguk mesin basuh...TU DIA, CUK DOK BERENANG.....mama dah terendam sama baju anak2. syaurah apa lagi, "cuk...cuk..."sambil hulur tangan mintak. Ni basah la sayang. Terus on mesin ...kasik basuh & jemur.

kakak intai apa tuh?

intai "cuk" kena jemur

menanti 'cuk' kering
abah kata salah mama sebab tak check before rendam. mana la mama tau, entah bila kakak simpan dalam bakul baju. Sudahnya kakak tidur pada 6.30 petang....

Friday, January 21, 2011

dia buat lagi!

kejadian yang sama ni berlaku isnin lepas. After balik kerja, mama terus mandi solat...biasanye setel kat ofis je, tapi petang ada bengkel, bajuku sudah masam dek peluh...tak best arrr..
Lepas solat, waktu bagi salam ada bau wangi jee....serius wangi.. bebudak 2 orang tu senyapje, heran plak ye. sekali keluar bilik..MaSyaAllaH!!...anak-anaku..



mangsa keadaan
dah macam ju-on dah...baby pun ter'join' skali....taktau mana dia kutip botol bedak tu...lagi sekali mama geleng kepala je...kena gak babab sedas dua.. & abah balik jadik  tukang lap. Tutup citer.

bila askar masuk hutan..

salam pagi...ini masih lagi entri minggu lepas, sewaktu di sg. siput. Sebelum ni syahmi menagis bila ditinggalkan keseorangan, tapi sekarang dah pandai bergerak sendiri ke dapur cari orang. Yang herannya rumah tok sikit punya luas nak jalan, dia boleh cari laluan yang sukar camni
:
:
:
:



sian mama tengok syahmi..tapi kami sekeluarga masih tak faham kenapa dia lalu bawah kerusi-meja ni..Maybe jalan yang luas kurang mencabar bagi dia..go syahmi go!

Thursday, January 20, 2011

@Lembah, kuala kangsar

salam, ni last weekend punya cerita. Actually kitaorang plan nak pergi taiping rumah Nyah tapi tak jadi sebab dia  takde di rumah. so ini la tempat jejalan minggu lepas. Takde la cerita apa pun, hanya gambar, jom layan..
syahmi with mak yong
si kakak ni pantang dapat jalan, selalu over excited. tak peduli orang lain dah



posing ngan opah

turn syahmi...lega ada orang dukung


main redah je
balik dari kuala, singgah TF jap. Ingatkan nak beli pampers budak berdua ni, tapi takde offer, so abah beli susu & nestum syahmi je. Abah shopping sorang, kami....

opah, tuk, syahmi...tengok dari luar je
syaurah masuk tempat main budak2 kat situ, bayar RM2, tapi tak sampai 15 minit dah nak keluar...isk..isk...
syahmi salam maskot MB..(kakak nyorok blakang mama)

kakak memang fobia maskot beso2 camni. dia lebih suka join anak cina kat situ main belon. Macam dah member plak..Walaupun penat berjalan ari ni, tapi puas hati tengok anak2 ku gembira, sekali sekala...lain kali jalan lagi ya!

Monday, January 17, 2011

ini tahun ke 2...

salam pagi penuh ceria...15 januari 2011, sabtu lepas, genap 2 tahun mama memegang jawatan PPPT DH41. atau dalam bahasa ringkasnye pensyarah, di Politeknik Seberang Perai.. FUh!! tak sangka ye susah payah cari kerja lepas grad dulu dapat gak keje tetap akhirnya. Syukur ALHAMDULILLAH, doa hambamu ini diperkenankan...

Terkenang-kenang lagi pengalaman2 kerja after grad..2005, sebulan lepas tamat belajar mR Opel ajak kerja di pasaraya Sunshine Farlim sebagai cashier, kat air Itam. masa tu gamble (betui ka? ) je datang penang. Disebabkan tak sempat cari rumah sewa, tumpang kejap rumah Jee ( thanxs a lot to U & uR family), pastu tu dalam 2 hari sewa bilik kt tingkat 11 blok yg sama. Dalam taun yang sama bln 11 (ikut mR Opel lagi....) keje under TBT jadik technician. company ni satu vendor yg supply pekerja ( macam kami la) ke company2 besar kat penang, so setahun lebih kami berada di Intel. banyak gak suka duka kerja sini. Dengan penuh nekad sambil kerja sambil pulun cari kerja lain. Letih pergi interview sana sini.

Allah murahkan rezeki, dapat gak tukar kerja lain, kontrak bawah agensi kelly services, diorang hantar bawah VADS. Time ni mR Opel dah berhenti, so tak de geng dah. Masa dapat kerja mama minta cuti kata pergi kursus, lepas tu baru hantar surat berhenti.  Kerja kat VADS sebagai customer service yg pada masa tu dah ambil alih pusat panggilan TM. tempat kerja di tingkat 58 bangunan KOMTAR ( tinggi tuu..)  tempat kerja tersangat la best tapi cabaran kerja..kekadang buat mama down. Ye lah, tempat menerima segala aduan pelanggan tentang kerosakan produk, caci maki tu adalah suatu perkara yang mesti setiap csr terima. tambahan pula, time kecurian kabel telefon tengah menggila...so pepaham je la.

 Cukup setahun je mula rasa tak tentu arah, tambahan kengkawan lain ramai yg resign & dapat kerja lain. dalam senyap hantar borang guru sandaran, GSTT. Alhamdulillah time mama minta ni takde interview, timbalan pengarah PPD panggil semua sekali, dalam 100 ++ calon, bagi surat kontrak setahun, terus lapor diri kat skolah. Kelam kabut bagi notis 24 jam, gaji 2 minggu + OT burn cam tu je....sedih, tapi lagi gembira sebenornye..hehehe. Mama di tempatkan di SMK Hutching..all boys school..tercabar gak mengajar di sini. Tapi kat sini rasa best sebab mama memang suka mengajar & cikgu kan boleh balik awal....Dalam bulan 7 mama saja2 isi borang SPP online & tak sangka diorang panggil gak interview bulan 11. masa tu tgh pregnant syaurah around 6++

Sehari before interview memang debar sangat, hafal macam2, sebab dah lama sangat tak attend mana2 interview & gomen for the 1st time. Baca surah Al-Waqiah, doa semoga dipermudahkan sesi interview tapi  tak doa pun supaya dapat post ni (pelikkan...?). memang ada soalan mama tak leh jawab tapi tidaklah menaikkan darah 'tuan-tuan' di hadapan, seperti di bilik2 lain siap kena jerkah2 lagi. 'tuan-tuan' tu tanya " tak kisah ke kalau pos ke sabah & sarawak?"  mama cakap "ok je"  ...dalam hati...tuhan je tahu. Lagi pun masa tu perut boyot tak nampak sangat. Rezeki anak dalam perut orang kata. surat tawaran sampai kat penang, tapi masa tu mama dah balik sg. siputp tunggu masa nak bersalin. Nasib baik jiran sebelah "Ane" call kata ada surat penting...sangat berterima kasih pada dia.

Nak lapor diri pun ada cerita lain pula....kita sambung lain kali ye

Friday, January 14, 2011

dia pun nak tulis jugak...

Dalam minggu ni syaurah dah pandai sebut "leh...leh...leh" maknanya tulis. sambil tunjuk mama pensel kaler dan buku dia....suruh mama tulis la tu. Mama pun tulis la apa yang patut...ala-ala conteng gak le..saja nak bagi dia minat menulis. Tak sangka2 hero no2 pun sama nak menulis...cuba tengok..

memula usha dulu

makin dekat.."apa la kakak aku tulis ni"

"macam ni la pegang pensel"

 jangan tanya kenapa kakak tak pakai seluar. Sejak dah pandai bukak seluar, ikut dan dia je nak bukak..maybe panas @ dia rase tak pakai seluar lagi best nak bergerak..jangan bukak depan orang ramai dah le ye.

Tuesday, January 11, 2011

Jom jalan-jalan

Semalam, Isnin, sampai kat rumah, mR Opel tak balik lagi. Dia pergi maktab main bola tampar, so mama ajak kakak jalan2 depan rumah. Kali ni bawa syahmi sekali (selalunya dia kena tinggal dengan abah kat rumah).
Mama tiup buih sabun, kakak kejar...pastu dia nak tiup pulak..habis tangan basah, gosok kat mulut lagi..isk..isk..isk..terus simpan air sabun tu. Lain taun la kita main lagi ye..
bangga la tu...dapat tiup sendiri

bila la aku punya turn

buih...buih...dapat dah!

kakak mengamuk, mama simpan botol air sabun

minah ni kalau dapat jalan, tak ingat orang belakang

tolak la kalau larat, dia nak tolak sorang2 tak kasik mama pegang pun
actually saja je bawa budak berdua ni jalan2, sebab kalau duduk dalam rumah suka sangat mengemas.Tak larat nak kutip mainan satu-satu. Dan yang paling tak tahan, bila sorang memerap, mesti sorang lagi nak tumpang. anak mama la katakan....

weekend di Taman Sutera


Last weekend,tak balik Sg. Siput (sebab dah balik minggu lepas), jadik memerap je la kami 4 beranak kat rumah. Plan nak keluar tapi tak jadi, terasa badan letih sangat. So buat la apa yang patut kat rumah sambil melayan anak2. Di waktu siangnya.......

nak basuh berak pun pakai skarf?
ini adalah segmen mari menari ala2 bollywood

hari dobi sedunia, penat mesin basuh bekerja ari ni. nasib baik ada tukang lipat, sayang mR Opel
dia pun nak tolong sidai

sila-sila...letak apa yang patut


jumpa tudung, try kejap


 Waktu malamnya pulak......
mengintai minah2 kilang depan rumah

mama baru nak duduk, dia dah booking dulu

lagu feberet kakak, apis! nganga je dua beradik ni

syahmi dalam usaha nak duduk@merangkak...erm mama pun tak sure

malam tu semua tido lambat layan AJL. lagi pun esoknya masih cuti...tak puas hati  dengan result AJL...tapi takde effect pon, diorang menang dapat duit, kita yang tengok dapat ape?...kalau mama juri AJL ni, yang menang patutnya dato' Siti. Tak ke gitu?




Thursday, January 6, 2011

anak sape la nih...

hari ni balik dari kerja, terus menjemput anak-anakku..makcik Normah tu kata Syaurah & Syahmi boring agaknya sbb tido awal waktu tgh hari, biasanya tak. maybe sebab 2 orang kawan diorang dah ke tadika. Sampai rumah bawak kakak jalan2 kejap, dah puas masuk rumah. Then abah nak pegi pasar malam, tinggal la kami 3 beranak....
mama gi dapur kejap je, kakak dah mulakan operasi. Selalunya bila mama @ abah larang dia akan stop, tapi kali ni buat "dek" je. Macam nak melepas perasaan...nasib baik mood mama baik petang ni

                                      cepat adik , kakak nak touch up sket



                              sampai kemuncak, habis baju & sluar. Dah la baru tukar tadi.


mama tinggi suara, baru nak pandang....sengih...isk..isk..anak sape la ni. Jom basuh muka. Kena tukar baju lagi..huhuhu...pastu mama jugak yang kena lap bedak atas lantai ni...jangan buat lagi kakak!