Saya siarkan iklan nuffnang!

Thursday, December 30, 2010

~esOk Cuti ...la~la~la~

congrate untuk semua pemain malaysia yg mengalahkan Indonesia dalam piala Suzuki AFF semalam.Dengan mata 4-2.  Rase best sangat...tapi ada rase terkilan skit, kalo malaysia boleh jaringkan satu lagi gol dipenghujung game lagi best...walaupun pun mama tak berapa minat bola, tetap nak tengok sebab Malaysia main.  Anugerah tukang sorak , tak lain jatuh pada mR opel !.. (sampai syaurah 'urut' dada...terkejut abah oiii!!). Anyway thanks again..sbb kan m'sia menang kita dapat cuti..hehe..  ;)

first syahmi masuk kolam...carik bola dulu

this is my ball

tengok je boleh...ambik jangan ye


dah cuti esok, tak yah pegi sekolah la anak-anakku, kita layan tv kat rumah, okay!

Monday, December 27, 2010

~Inilah hEro MamA nO 2~

Salam, takde entry menarik nak citer tapi nak letak gambar jalan2 time weekend. Time ni Tata & Nanny datang Penang, bawak baju bola warna merah "Red Warrior". Actually mama tak berapa berkenan baju ni...sebab apa? setiap kali ada lawan bola team kelantan..mesti ada kacau bilau, stadium terbakar, gaduh dan memacam lagila...their fanatic fans really annoyed me, similar to political issues. Can't review anymore
kat rumah mak long abah

dedua dah boring, kakak nak lena dah tu

jusco's baby room

suka sangat kat langsir ni...takmo lepas

main cak-cak dengan mama

excited...punggung dah tak sakit


Apa2 pun mama harap sekadar pakai baju je okay!..nampak comel bila dedua pakai baju yang sama.

^SYahmi & bisUL^


alkisahnya, hidup mama & abah tak berapa tenang, 2, 3 minggu ni. Starting minggu ke 2 bln Disember ada bisul naik kat punggung Syahmi. Memula mama ingat bengkak@ruam lampin tp syahmi takmo duduk & nangis tiap kali sentuh punggung dia. Ada sekali time balik Perlop, Opah sesaja gurau tepuk punggung, terus melalak tak ingat dunia. Bila jumpa doc nextweeknya baru tahu nak naik bisul & doc bagi antibiotik & ubat tahan sakit. Kalo ikutkan Dr Iskandar kes macam ni biasanya kena operate buangkan bisul tu, tp dia sendiri kata kesian & tak sanggup nak buat. Cuak mama & abah. Nasib baik ada kengkawan syorkan ubat kat kedai sing seh.. nama dia bunga rumput , berbiji kecil macam selasih tp warna coklat muda. bancuh ngan air suam bagi kembang2 (macam ada gam) tampal kat bisul. Tujuan dia nak bagi bisul cepat masak & pecah. Bila pecah, baru antibiotik jalan ( ni kata Dr Shamsul kt klinik depan rumah). Alhamdulillah dalam 2 hari bisul pecah. Ni pun haru biru gak, asyik nangis je..tapi esoknya Syahmi dah boleh main macam biasa..lega mama & abah. Skang dah minggu ke 3, tetap kena pantau & selalu picit bekas bisul supaya betul2 kering..Doa mama...harap sekali ni je bisul tu datang, Amin!
dah tak sakit punggung baru leh duduk mama

bagi adik pinjam sat kakak...

jAlan-jalAn teNgok lauT

actually entry ni dah lama nak buat tapi mama bz mengalahkan ceo ...ni first time syaurah & syahmi tengok laut secara live..biasanya dari dalam kereta je. Tujuan utama adalah makan kenduri anak jiran sekampung dekat Setiawan, dah habis lajak ke jeti Lumut. Opah ajak ke Pangkor, tengok tok ngah (sejak kawen tak sempat jejak kaki kat sana...huhuhu..)tp dah nak masuk petang...satgi nak patah balik. Ada rezeki lain kali kita pergi ye.
at first...nampak pelik

dah suka, tak nak lepas palang tu..jenuh mama tarik

hero-hero mama , abah & syahmi

tengah feel angin laut

senyum...( dan lagi membuang kat sini, jenuh nak tukar diaper)

ala-ala model

opps..macam nampak aiskrim je...

kat sini agak senang nak snap gambar dia, kalo tak ish..ish..ishh
Best berjalan time ni, tp balik hujan  lebat. Lain kali kita jalan lagi okey!

Monday, December 20, 2010

Ayaq takdak 28 DisembEr nih!

baru dapat outlook pagi tadi pasal benda nih. Actually mR Opel pun dah bagi tau ada dapat flyers tentang bekalan air ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau Pinang. kira-kira dalam 80 peratus penduduk kat negeri ni terlibat kecuali area Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang ...syok naa hangpa.

 tapi kira ok la gangguan di kawasan seberang perai dalam anggaran 12 jam berbanding yang 24 jam ..Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar ...sian na kat hangpa...

Apa-apa pun kena think positive, tujuannya adalah untuk kebaikan & kesejahteraan bersama...sesamala la kita menanti 28hb ni & jangan lupa simpan ayaq bebanyak na..

Thursday, December 2, 2010

kursus bina negara@Tok Senik Resort, Langkawi

Dah hampir seminggu balik dari Langkawi...penatnya masih terasa. Ini kali ke2 menjejakkan kaki di bumi mahsuri. First time pegi zaman belajar dengan kekawan perempuan + seorang lelaki (mR OpeL...as bodyguard). Kursus ni berlangsung dari 22-25 november. Kandungannya tak lari jauh dari kursus BTN sebelum ni cuma dari segi pakaian, tak perlu pakai baju putih kain hitam. Kekadang belasah je pakai baju sukan. Yang best kursus ni ada kajian lapangan, peserta secara berkumpulan akan diturunkan di sebuah tempat, kena jalan dalam 2km, dapatkan klu, kemudian baru diberi soalan untuk dijawab. kumpulan saya? ditempatkan di Bukit Malut, perkampungan nelayan yang dihuni oleh melayu campuran kemboja. kami perlu mengkaji sektor yg diusahakan oleh penduduk di situ. Yang kedua best, sebab dah berada di langkawi, sebelum balik wajib beli coklat & kain batik..kalau tanya nak pegi lagi tak? >>>pegi langkawi nak tapi pegi kursus tak nak.
rumah induk, tempat utama aktiviti

udang laut bersaiz XXXL, seekor dlm RM10


kolam udang ternakan bumiputera..ada restoran seefood kat belakang

salah satu view dari 21 buah kolam kat bukit malut


insaf tengok sekolah tahfiz yang majoriti dihuni anak yatim piatu seawal usia 7 tahun, di sini tempat mereka makan, tidur & belajar 

mengalukan sumbangan orang ramai, boleh hubungi nombor tertera