Saya siarkan iklan nuffnang!

Monday, January 31, 2011

Bila syaurah bergaya

Gambar ni ni ambil dalam 2 minggu lepas. Baru balik dari kerja & ambil anak-anakku.Time ni nampak macam comel sket pasal makcik Normah tu buat kan tocang pokok nyok atas kepala. kalau harapkan mama tak tau bila dapat lawa2 cam nih.

muka serius..
tengok bawah...patutla

siap babai lagik...nak ke mana cik kak?

 kasut tu dah lama mama tak pakai. Tak rajin la berkasut bagai, suka pakai sandal je. Betul la orang kata, budak2 ni memang suka tiru gaya orang tua. Harap diorang mencontohi yang baik-baik saja amin!

cuti semester, tapi tak cuti

 Tarikh 31/2 hingga 4/2, adalah cuti mid-semester bagi pelajar2 politeknik seluruh Malaysia. Tetapi hanya untuk pelajar, pensyarah yang nak cuti, boleh apply cuti. memandangkan raya cina jatuh dalam minggu ni jugak. Time ni la masa untuk menyelesaikan kerja2 yang tertangguh. 
List mama: 
a. Semak segala test, kuiz, assignment, report bengkel dan sewaktu dengannya
b.melengkapkan kedatangan kelas & mengeluarkan segala surat2 amaran untuk subjek yg diajar
c.melengkapkan FRP-fail rekod pensyarah ( ala-ala buku rancangan mengajar )
d. kemaskini fail pelajar kelas softskill-latihan Industri sem depan
e. perancangan untuk kelab keusahawanan, buat checklist untuk beli barang ( tak tau nak ambik contoh dari mana)

Rasenya banyak lagi...untuk setakat 3 hari ni harap-harap 5 benda ni dapat disiapkan. Tapi kak Wan" my opismate awal-awal lagi dah goda ajak pi giant tengahhari  satgi...dugaannnn

Friday, January 28, 2011

Pagi yang tak best

Salam pagi,  kisah benar ni berlaku semalam kat mama..pagi semalam selepas abah pergi kerja, mama baru nak siap2 pakai baju ..pastu terlupa enjin keter tak start lagi. ..Ambil kunci, buka pintu rumah, cepat2 mama tutup pintu dari luar sebab syahmi tersangat la suka main tutup buka daun pintu...takut tersepit.
 Sungguh tak sangka2 lepas mama tutup pintu, syaurah terus kunci dari dalam..Alamak, kunci rumah kat dalam, tudung tak pakai lagi. Suruh bukak pintu, dia buat tapi tak jadi sebab dia tak pusing habis. Apa lagi naik la volume mama. Syahmi dah start nangis, ma..ma..ma.. (takut kena tinggal la tu..). kakak pun meraung jugak sebab mama dah naik angin. Jam dah 7.30, ngam2 je untuk hantar diorang & thumbprint.
nasib baik sliding door rumah kami ni tak kunci ( dah rosak ), hanya grill je yang berkunci. Kesian kat syahmi dah melalak2, terpaksa la pegang dia ikut celah gril..nak kasi stop nangis. Jiran sebelah siap jenguk  ( kes volume mama terlalu tinggi la ni...)& offer kunci dia suruh try bukak, mana la tau kot-kot boleh. Still tak boleh.
Terfikir nak contact mR Opel, handfon ku? "kakak, tolong ambik encet mama" tercari2 la si kakak ni..Nasib baik henfon ada atas tilam..nasib baik dia faham terus ambik bagi kat mama. Lama gak la mama kena lepak luar rumah sambil pegang syahmi yang bergantung pada gril...hari dah makin cerah. masa tu tinggal lebih kurang 10 minit je kul 8,
Konpem lambat
Last  skali mama thumbprint jam 8.09 ( habis rempit dah....) then baru hantar anak ke rumah pengasuh

Wednesday, January 26, 2011

Wall stickers cap pasar malam

petang ahad lepas, dengan permission mR Opel, mama jalan sorang2 ke pasar malam depan taman. Actually ni dah kali ke2 jalan sorang2. Abah kata senang mama nak beli barang & dia volunteered nak jaga anak...yahooOO!! ;p apa yang dibeli? selain makanan, first time terasa nak beli menda ni...hasilnya agak memuaskan. Jom tengok
model sedang menampal sticker

otomen tengah enterframe

tepi meja makan..agak sesuai la kot
saja2 beli, memandangkan rumah kami ni agak kosong tanpa hiasan. Lagi pun hero & heroin kami suka sangat mengemas. Kalo hias cam nih diorang boleh pandang je... hehehe...

Saturday, January 22, 2011

mama ke yang bersalah?

Kelmarin public holiday, thaipusam...dlm ayat panjangnye: "hari untuk berehat di rumah bersama anak2 dan masa untuk mengemas apa yang patut." Tapi mR Opel ada urusan di sekolahnya, jadi  macam biasa kami 3'S' ni kena tinggal kat umah. Actually abah ada ajak pegi sekali, tapi memandangkan deretan kerja menunggu panjang sangat....apa kerjanye? basuh baju, jemur baju, lipat kain yg dah kering, masak, bagi mandi anak...bla2..bla2...
Bila masuk tengah hari budak 2 orang ni dah start ngantuk (ni yg tak best bile pegi jalan2). Syaurah mencari teman2 baiknye : puting & bantal bucuk. puting jumpa, bantal takde. Alahai ..kat mana la dia letak. Jenuh mama cari, dalam beg, bakul mainan, laci TV bilik stor, dalam peti ais....tak jumpa. selalunya syaurah tau kat mana dia tinggal bantal kesayangan dia. bagi bantal adik yg sama sebijik, dia kata " dik" means bantal ni adik punya, bkn dia. Sian dia tercari cari "cuk". Abah balik nanti kita cari ya.
Bila mama tanya abah, "abang pun cari pagi tadi, takde pun.." masalah besar ni...tawaf rumah la kitaorg cari lagi. Terdetik hati mama nak jenguk mesin basuh...TU DIA, CUK DOK BERENANG.....mama dah terendam sama baju anak2. syaurah apa lagi, "cuk...cuk..."sambil hulur tangan mintak. Ni basah la sayang. Terus on mesin ...kasik basuh & jemur.

kakak intai apa tuh?

intai "cuk" kena jemur

menanti 'cuk' kering
abah kata salah mama sebab tak check before rendam. mana la mama tau, entah bila kakak simpan dalam bakul baju. Sudahnya kakak tidur pada 6.30 petang....