Saya siarkan iklan nuffnang!

Thursday, December 30, 2010

~esOk Cuti ...la~la~la~

congrate untuk semua pemain malaysia yg mengalahkan Indonesia dalam piala Suzuki AFF semalam.Dengan mata 4-2.  Rase best sangat...tapi ada rase terkilan skit, kalo malaysia boleh jaringkan satu lagi gol dipenghujung game lagi best...walaupun pun mama tak berapa minat bola, tetap nak tengok sebab Malaysia main.  Anugerah tukang sorak , tak lain jatuh pada mR opel !.. (sampai syaurah 'urut' dada...terkejut abah oiii!!). Anyway thanks again..sbb kan m'sia menang kita dapat cuti..hehe..  ;)

first syahmi masuk kolam...carik bola dulu

this is my ball

tengok je boleh...ambik jangan ye


dah cuti esok, tak yah pegi sekolah la anak-anakku, kita layan tv kat rumah, okay!

Monday, December 27, 2010

~Inilah hEro MamA nO 2~

Salam, takde entry menarik nak citer tapi nak letak gambar jalan2 time weekend. Time ni Tata & Nanny datang Penang, bawak baju bola warna merah "Red Warrior". Actually mama tak berapa berkenan baju ni...sebab apa? setiap kali ada lawan bola team kelantan..mesti ada kacau bilau, stadium terbakar, gaduh dan memacam lagila...their fanatic fans really annoyed me, similar to political issues. Can't review anymore
kat rumah mak long abah

dedua dah boring, kakak nak lena dah tu

jusco's baby room

suka sangat kat langsir ni...takmo lepas

main cak-cak dengan mama

excited...punggung dah tak sakit


Apa2 pun mama harap sekadar pakai baju je okay!..nampak comel bila dedua pakai baju yang sama.

^SYahmi & bisUL^


alkisahnya, hidup mama & abah tak berapa tenang, 2, 3 minggu ni. Starting minggu ke 2 bln Disember ada bisul naik kat punggung Syahmi. Memula mama ingat bengkak@ruam lampin tp syahmi takmo duduk & nangis tiap kali sentuh punggung dia. Ada sekali time balik Perlop, Opah sesaja gurau tepuk punggung, terus melalak tak ingat dunia. Bila jumpa doc nextweeknya baru tahu nak naik bisul & doc bagi antibiotik & ubat tahan sakit. Kalo ikutkan Dr Iskandar kes macam ni biasanya kena operate buangkan bisul tu, tp dia sendiri kata kesian & tak sanggup nak buat. Cuak mama & abah. Nasib baik ada kengkawan syorkan ubat kat kedai sing seh.. nama dia bunga rumput , berbiji kecil macam selasih tp warna coklat muda. bancuh ngan air suam bagi kembang2 (macam ada gam) tampal kat bisul. Tujuan dia nak bagi bisul cepat masak & pecah. Bila pecah, baru antibiotik jalan ( ni kata Dr Shamsul kt klinik depan rumah). Alhamdulillah dalam 2 hari bisul pecah. Ni pun haru biru gak, asyik nangis je..tapi esoknya Syahmi dah boleh main macam biasa..lega mama & abah. Skang dah minggu ke 3, tetap kena pantau & selalu picit bekas bisul supaya betul2 kering..Doa mama...harap sekali ni je bisul tu datang, Amin!
dah tak sakit punggung baru leh duduk mama

bagi adik pinjam sat kakak...

jAlan-jalAn teNgok lauT

actually entry ni dah lama nak buat tapi mama bz mengalahkan ceo ...ni first time syaurah & syahmi tengok laut secara live..biasanya dari dalam kereta je. Tujuan utama adalah makan kenduri anak jiran sekampung dekat Setiawan, dah habis lajak ke jeti Lumut. Opah ajak ke Pangkor, tengok tok ngah (sejak kawen tak sempat jejak kaki kat sana...huhuhu..)tp dah nak masuk petang...satgi nak patah balik. Ada rezeki lain kali kita pergi ye.
at first...nampak pelik

dah suka, tak nak lepas palang tu..jenuh mama tarik

hero-hero mama , abah & syahmi

tengah feel angin laut

senyum...( dan lagi membuang kat sini, jenuh nak tukar diaper)

ala-ala model

opps..macam nampak aiskrim je...

kat sini agak senang nak snap gambar dia, kalo tak ish..ish..ishh
Best berjalan time ni, tp balik hujan  lebat. Lain kali kita jalan lagi okey!

Monday, December 20, 2010

Ayaq takdak 28 DisembEr nih!

baru dapat outlook pagi tadi pasal benda nih. Actually mR Opel pun dah bagi tau ada dapat flyers tentang bekalan air ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau Pinang. kira-kira dalam 80 peratus penduduk kat negeri ni terlibat kecuali area Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang ...syok naa hangpa.

 tapi kira ok la gangguan di kawasan seberang perai dalam anggaran 12 jam berbanding yang 24 jam ..Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar ...sian na kat hangpa...

Apa-apa pun kena think positive, tujuannya adalah untuk kebaikan & kesejahteraan bersama...sesamala la kita menanti 28hb ni & jangan lupa simpan ayaq bebanyak na..

Thursday, December 2, 2010

kursus bina negara@Tok Senik Resort, Langkawi

Dah hampir seminggu balik dari Langkawi...penatnya masih terasa. Ini kali ke2 menjejakkan kaki di bumi mahsuri. First time pegi zaman belajar dengan kekawan perempuan + seorang lelaki (mR OpeL...as bodyguard). Kursus ni berlangsung dari 22-25 november. Kandungannya tak lari jauh dari kursus BTN sebelum ni cuma dari segi pakaian, tak perlu pakai baju putih kain hitam. Kekadang belasah je pakai baju sukan. Yang best kursus ni ada kajian lapangan, peserta secara berkumpulan akan diturunkan di sebuah tempat, kena jalan dalam 2km, dapatkan klu, kemudian baru diberi soalan untuk dijawab. kumpulan saya? ditempatkan di Bukit Malut, perkampungan nelayan yang dihuni oleh melayu campuran kemboja. kami perlu mengkaji sektor yg diusahakan oleh penduduk di situ. Yang kedua best, sebab dah berada di langkawi, sebelum balik wajib beli coklat & kain batik..kalau tanya nak pegi lagi tak? >>>pegi langkawi nak tapi pegi kursus tak nak.
rumah induk, tempat utama aktiviti

udang laut bersaiz XXXL, seekor dlm RM10


kolam udang ternakan bumiputera..ada restoran seefood kat belakang

salah satu view dari 21 buah kolam kat bukit malut


insaf tengok sekolah tahfiz yang majoriti dihuni anak yatim piatu seawal usia 7 tahun, di sini tempat mereka makan, tidur & belajar 

mengalukan sumbangan orang ramai, boleh hubungi nombor tertera


Friday, November 26, 2010

~kakak & hobinya~

 Semalam baru balik dari kursus...pagi ni masuk keje, masih belum berjumpa anak-anak tersayang. Petang ni mama balik ye.Buka laptop ingat nak buat keje tapi masih dalam mood keletihan, so pagi ni layan blog kejap sambil tengok2 gambar anak-anak mR Opel ni.
suka proses beg duit mama..habis semua duit dikeluarkan..pastu cakap 'wet..wet..( duit)
boleh jadi cara nak stop dia nangis...bagi je beg duit ..senyap terus
pantang jumpa tudung@skaf ( mama@opah punya) mesti nak try

suka bila kena puji comel...isk..isk..kecik2 dah makan puji
sangat suka panjat tangga...pastu berdiri & cakap babai kat org bawah..
abah letak pagar...tak dapat panjat..nangis pulak!



posing depan cermin (rumah tok)..tak pakai baju pun takpe

suka 'baca' buku...suruh mama sebut setiap gambar yg dia tunjuk
suka tampal&buka sticker especially upin&ipin

adik cuba teka...ni gambar ape?



main anak patung... sape nak makan ubat dulu ni ( tiru gaya abah bagi ubat)

Next time mama buat entry hobi adik pula ye..

Friday, November 12, 2010

minGGu2 yg meletihkan..

 agak lama tak meng'update'kan blog ni...dek kekangan masa mengadap keje2 di ofis. hari ni hari terakhir student exam..fuh..fuh..fuh...lega...(xyah jaga exam lagi)..siap pegi main bowling time org sembahyang jumaat...One more paper to mark...thermodynamics..nextweek go for matching &  the last one, prepare spreadsheet utk proses result student..Harap2 mana-mana lecturer yg mengajar student2 jagaan ku ini cecepat la key-in markah...kami pun nak beraya gak...tapi raya haji akan dtg ni macam tadak feel nak sambut....masih banyak kerja yg menanti, plus kursus 22 till 25 this month...Ya Allah, permudahkan segala urusan kami, Amin.

nak bagi ubat ape yer?

bz..sampai demam ke mama?


Thursday, October 21, 2010

Maher Zain - for the rest of my life

1st time dengar lagu ni..alahai sedapnye telinga mendengar, plus suara si penyanyi yg menusuk kalbu..trus masuk ofis cari lirik lagu. nanti nak suh mr opel download lagu ni..meh layan lirik lagu ni:

For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

...agak2 sesuai tak ditujukan pada mr Opel?

Wednesday, October 20, 2010

penulisan skop & objektif projek

huhu...baru ku tahu betapa letihnye menjadi penyelia kepada student untuk proposal (sem 5) & projek(sem). Tak pasti apa yg difikirkan oleh budak2 ni ketika memilih tajuk projek untuk dibuat proposal seterusnya dijadikan binaan sebenar sem berikutnya. Sangat memeningkan kepala bila datang jumpa penyelia dengan tangan kosong..tanya objektif: nak buat kerusi roda boleh jadi katil...yg no 2 ni bukan objektif, tp skop, lagi? : tu je puan...
meh saya tgk skop projek plak : kesesuaian kendalian yang mudah dikendali oleh pesakit dan pesakit lumpuh dengan bantuan...bla...bla..bla...bala....(ayat yg panjang berjela2)...adus...sakit mata baca..dapat diperhatikan student psp ni cakap pandai..tapi bab2 penulisan, pelaksanaan..hancuss. Rekabentuk dah siap baru nak patah balik ke objektif & skop..(boleh ke?) Sepatutnya student perlu tahu apa itu objektif yg perlu dikenalpasti dari penyataan masalah yg sedia ada-

objektif: suatu proses/kerja utama yg akan dilakukan dalam sesuatu projek untuk mencapai matlamat projek. Cnth: untuk menghasilkan..., untuk menganalisa..., untuk memperbaiki...
tulis dalam point, sebaiknya 3 objektif shj

skop: had dan kekangan yg perlu ada (disetkan) dlm melaksanakan projek. Lebih kepada sempadan bg mengelakkan sebarang keraguan atau persoalan.
Cnth: Kajian hanya mengambilkira maklumat pelajar yg tinggal di asrama psp sahaja...( so pelajar yg tinggal di luar tak termasuk dlm kajian)
macam tu ke mama?.. layan air jap

bak air tu ckit....kering tekak lak rasenya
.........agak2 boleh paham tak?

Wednesday, October 13, 2010

tidurlah sayang

hari ni on pc, sesaja tengok folder gambar famili...tak pernah rasa bosan menatap gambar anak2 yang macam2 aksinya. Tapi rasanya mama lebih suka tengok gambar anak2ku sedang tidur...tenang & mengasyikkan..apa la yang korang mimpi agaknya..jom tengok..




dalam buai bersama puting & kipasnya

sedapnyer syaurah tdo...

syahmi versi dalam buai

tdo keletihan..

adik dalam pantang

syaurah atau syahmi? cuba teka....

popular atau tidak?

Salam..entry kali ni berkisar pendirian kita dalam membuat pilihan. macam dah biasa dengar, tapi bila terbaca satu situasi yang dicetuskan oleh seorang pengkritik, Leo Velski Julian (diforwardkan melalui email), rasa macam terkena gak tempiasnya bila difikir2kan semula. Email sebenar dalam bahasa Inggeris tp saya translatekan seadanya agar mudah difahami.
Kisahnya..
terdapat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain berdekatan 2 landasan keretapi, satu landasan masih aktif digunakan manakala yang satu lagi tidak lagi digunakan. Ada seorang budak bermain atas landasan yang lama, manakala sekumpulan yg lain bermain atas landasan yg masih digunakan. Tiba- tiba keretapi datang dan pada ketika itu anda sebagai pemerhati sedang berada berhampiran alat penukaran landasan.Apa tindakan anda?
Anda boleh ubah laluan keretapi bagi menyelamatkan bilangan kanak-kanak yang ramai tapi pada masa yang sama kanak-kanak yg main berseorangan tanpa kawan dikorbankan...atau membiarkan saja sejumlah mereka dilanggar keretapi ....tapi sanggupkah? Rasionalnya tentu anda akan memilih menyelamatkan kanak-kanak yg ramai tadi. Walaupun hanya seorang budak terpaksa dikorbankan, tapi pernah tak kita terfikir yang budak ni sebenarnya telah membuat keputusan yang paling tepat iaitu " Bermain di tempat yang SELAMAT biarpun dipinggir rakan-rakan yg lain" Budak2 yang lain sepatutnya tidak bermain di landasan yang sedia maklum masih digunakan atau pun sudah pastinya melarikan diri sekiranya terdengar siren keretapi datang.       Sekiranya kita menukar landasan tadi, kanak-kanak yg keseorangan tadi pasti mati sebab dia tidak akan terfikir keretapi lalu di atas landasan yg tidak digunakan lagi dan RISIKO yg paling besar adalah sekiranya landasan yg kita tukar sememangnya TIDAK SELAMAT, maka nyawa beratus-ratus penumpang keretapi mungkin melayang.
apa yg boleh disimpulkan di sini, kadang-kadang kita membuat pilihan berdasarkan pandangan orang lain, kita pentingkan "kepopularan" pilihan tersebut sedangkan yang terbaik & betul tidak semestinya sentiasa nampak di mata.

Tuesday, October 5, 2010

rumah untuk dijual

Rumah teres end lot di Taman Kledang , Fasa 1, 31100 Sg. Siput (u), Perak
3 bilik + 2 bilik air, dapur telah diubah suai, tiles, gril, full-owning.
leasedhold 99 years
harga RM 130 000
Boleh email untuk maklumat selanjutnya.

Friday, October 1, 2010

Gambar raye..

raya tahun ni semakin meriah dengan kehadiran syahmi & syaurah yang baru pandai berjalan. Inilah kali pertama ambil gambar berempat di studio. kakak dah ready tengok kamera tapi adik dok tengok kakak..barangkali tak faham apa yang berlaku..tu yang jadi kakak pegang tangan adik..( nak suh pandang depan)...SENYUM!!!